Saturday, 8 September 2012

TUNGGU BAJET 2013 UNTUK BONUS - KSN




PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan 28 September nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari pembentangan tersebut.

"Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti," katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini hari ini.

Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Mengenai lawatan itu, Ali berkata, ia sebahagian daripada aktiviti 'turun padang' yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya. - Bernama


PT

PM kita sangat kuat bekerja. Malangnya segelintir daripada kita pegawai awam hanya kuat meminta tapi mutu kerja masih di tahap lama. Berubahlah dan sama-sama kita menjayakan GTP dan sokongan tidak berbelah bagi pada kerajaan YAB. Gaji baru saja naik, PM tetap bagi kita bonus separuh gaji. Aidil Fitri tahun ini kebanyakan kita mampu tersengih sebab ada extra dalam poket.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive