Tuesday 30 December 2014

Hujan Lebat Dijangka Landa Negeri Terjejas Banjir - Palanivel

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Jan tahun depan.

"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat. Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.

Beliau berkata hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan. Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

Palanivel juga berkata mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang portal banjir.

BERNAMA

Pasukan SAR Yakin Kotak Hitam QZ8501 Akan Di Temui

JAKARTA: Pegawai SAR Indonesia berharap mereka akan dapat mencari kotak hitam daripada pesawat penerbangan AirAsia QZ8501 tidak lama lagi.

Pasukan itu juga yakin ia pasti tidak berada terlalu jauh dari lokasi di mana serpihan pesawat malang itu dikesan.

"Kami berharap kotak hitam itu ditemui berdekatan badan pesawat.

"Kami tidak rasa fiuslaj pesawat akan berada terlalu jauh daripada kawasan serpihan," kata pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) sepertimana dipetik daripada portal berita Indonesia, Berita Satu Online.

"Gelombang akan bergerak dari barat ke timur. Serpihan mungkin terapung jauh sedikit daripada badan pesawat," katanya lagi.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Kuala Krai Umpama Acheh Semasa Tsunami

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.

"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia. Pasukan itu menggunakan empat pacuan empat roda meredah Kelantan pada 27 Dis lalu selama 18 jam menuju Kota Baharu beserta tiga buah bot dan barangan bantuan.

Misi mereka ialah untuk membekalkan bantuan logistik kepada HUSM dengan membawa petugas dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman. Menurutnya, pasukan itu yang telah bertugas 48 jam tanpa henti turut mengagih makanan dan minuman kepada mangsa di sekitar Kota Baharu dan kawasan berdekatan bersama pasukan Wataniah HUSM.

Beliau berkata kekangan logistik masih menjadi masalah utama untuk pasukan bantuan sampai kepada mangsa banjir. Namun Razi kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pasukan bantuan termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Mercy Malaysia dan anggota-anggota sukarelawan lain dalam membantu mangsa banjir.

"Senyuman masih terbayang di wajah mereka, walaupun mereka kelihatan letih. Mereka adalah wira-wira yang bertungkus-lumus siang malam. Mereka berada di sana sebelum banjir gelombang pertama, mereka terputus bekalan makanan, elektrik, air bersih, tetapi mereka tetap bertugas... menggadai segala-galanya untuk menyelamat nyawa orang.

"Mereka menakjubkan, mereka memiliki semangat yang menakjubkan," demikian antara lain bunyi teks mesejnya.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Cerita Di Sebalik Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501

Pesawat malang QZ8501 dikhuatiri melalui awan ribut (kumulus nimbus), dipercayai selepas permohonannya untuk mengubah laluan lewat mendapat maklum balas daripada pengawal trafik udara di Jakarta.

Perkara itu dipercayai berlaku memandangkan lokasi terakhir laluan pesawat QZ8501 itu adalah laluan penerbangan yang sibuk umpama Lebuh Raya Utara-Selatan.

Disebabkan kesibukan itu, pengawal trafik udara di Jakarta didakwa kerap kali memberi maklum balas yang agak lambat kepada pesawat. Seorang juruterbang tempatan yang kerap menggunakan laluan itu khuatir, kelewatan menerima maklum balas tersebut menyebabkan juruterbang berkenaan melalui awan tersebut.

Awan ribut yang dikesan berwarna merah dalam radar penerbangan memang bahaya dan perlu dielakkan. Dalam radar penerbangan, terdapat tiga jenis awan iaitu hijau yang bermaksud awan bergoncang, awan bergelombang (kuning) dan merah (awan ribut).

"Pada kebiasaannya juruterbang tidak akan mengambil risiko untuk melalui awan ribut. Kalau ada yang berani memang dia gila. "Juruterbang yang melihat awan merah ini sedaya upaya akan mengelak, kalau kita sudah rasa tidak selesa, apatah lagi pesawat dan penumpang," katanya kepada MalaysiaGazette.

Pesawat QZ8501 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu dikesan hilang dari radar pada pukul 7.24 pagi semalam ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Jelas juruterbang itu, seandainya jangkaan itu benar-benar berlaku bermakna pesawat malang tersebut mungkin berhadapan dengan dua situasi. Jika pesawat itu melalui awan ribut

kemungkinan besar tekanan udara boleh menarik terbang lebih tinggi ke tahap siling antara 35,000 kaki atau 40,000 kaki - gelombang lagi kuat sebelum terjunam. Tekanan yang kuat daripada awan ribut itu juga boleh mengakibatkan pesawat turun tetapi impaknya adalah kurang berbanding senario pertama.

Bagaimanapun, katanya, jika pesawat berkenaan melalui juga awan ribut itu, juruterbang perlu mematuhi prosedur-prosedur lain termasuk had kelajuan.

"Apapun selalunya juruterbang memang akan elak melalui awan ribut," jelasnya.

Mengulas mengenai kehilangan pesawat QZ8501 itu, juruterbang berkenaan berkata, walaupun dalam apa sekali keadaan, juruterbang tidak boleh menyimpang laluan pesawat sesuka hati hingga mendapat kebenaran menara kawalan udara kerana dikhuatir berlanggar dengan pesawat lain, apatah lagi lokasi tersebut memang sibuk.

"Laluan yang dilalui oleh pesawat QZ8501 itu sibuk kerana ia menjadi laluan ke Australia, Indonesia, Singapura dan Timur Tengah. "Kalau mengubah laluan sesuka hati lagi bahaya, mungkin menganggu laluan pesawat lain," tambahnya.

Menurut beliau, jika pesawat itu sahih terjunam, pesawat berkenaan tidak mungkin memerlukan masa yang lama untuk ditemui - kemungkinan besar serpihan atau bangkainya boleh dikesan esok. ~malaysia gazzette

#Pray4PantaiTimur - Mangsa Banjir Menurun Kecuali Pahang

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terus menurun malam ini manakala Pahang menunjukkan peningkatan bilangan mangsa yang dipindahkan.

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 37,389 orang berbanding 35,501 orang petang tadi. Mangsa berada di 244 pusat pemindahan dalam lapan daerah yang masih terjejas. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Temerloh mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 15,366 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah yang terlibat ialah Jerantut yang menempatkan 6,025 orang di 59 pusat pemindahan, Pekan (5,108 mangsa/ 34 pusat), Maran (3,690 mangsa/ 28 pusat), Lipis (2,468 mangsa/ 31 pusat), Bera (2,426 mangsa/ 14 pusat), Kuantan (2,277 mangsa/ 14 pusat) dan Rompin (29 mangsa/ dua pusat).

Di KELANTAN, jumlah mangsa berkurangan kepada 142,564 orang malam ini berbanding 147,072 pada sebelah petang. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata 43,558 mangsa berada di 63 buah pusat di Kota Baharu, Pasir Mas (23,568 mangsa/35 pusat), Pasir Putih (192 mangsa/dua pusat), Tumpat (26,584 mangsa/32 pusat), Tanah Merah (3,546 mangsa/24 pusat).

Seramai 8,289 mangsa di Machang berada di 34 pusat pemindahan, Kuala Krai (23,500 mangsa/103 pusat) dan Gua Musang (13,327 mangsa/24 pusat).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa juga memperlihat penurunan daripada 32,210 petang tadi kepada 31,805 malam ini. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 21,874 mangsa, Dungun 9,507, Kuala Terengganu 270 dan Hulu Terengganu 154. Jumlah pusat yang beroperasi adalah 70 iaitu 29 di Dungun, Kemaman 33, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu masing-masing empat, dengan keadaan terkini dilaporkan hujan.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian menurun kepada 7,408 mangsa daripada 1,948 keluarga malam ini.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Norhafizah Zainuddin berkata semua mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan di Kuala Kangsar, Perak Tengah 19, Hulu Perak 11 dan satu di Kerian. Perak Tengah mencatat 4,194 mangsa manakala di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mempunyai 2,176 mangsa, Hulu Perak 744 dan Kerian 294 mangsa.

Di JOHOR, 171 mangsa melibatkan 49 keluarga berada di lapan pusat pemindahan sehingga malam ini, demikian menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor.

Sumber

Monday 29 December 2014

#Pray4PantaiTimur - Fakta Dan Garis Masa Kehilangan Pesawat Air Asia QZ8501

Berikut ialah beberapa fakta dan garis masa insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 pada 28 Dis. Pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan menara kawalan (ATC) pada Ahad.

Pesawat kemudiannya gagal dikesan pada radar dan operasi menjejakinya terus dilakukan dengan kerjasama beberapa negara yang menghantar aset mereka ke Laut Jawa sekitar Kepulauan Bangka-Belitung di mana titik akhir pesawat berkenaan dikesan.

Berikut ialah beberapa fakta dan garis masa insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 pada 28 Dis.

#Pray4PantaiTimur - Sesi Persekolahan Di Tangguh Seminggu - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing. Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Sumber

Sunday 28 December 2014

#Pray4PantaiTimur - Penipuan Banjir Di WhatsApp & Facebook Menjadi2!!!

Cuba kita senaraikan kes-kes penipuan banjir yang tersebar melalui whatsapp, facebook dan lain-lain.

Yang dapat ingat adalah seperti berikut:

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum.

2. Bantuan dari NGO ataubpersendirian yang ditahan sebab nak tampal sticker BN.

3. Surat dari anggota tentera (kebuluran kerana bantuan tidak sampai.

4. Sekolah Kebangsaan Manik Urai yang runtuh.

5. Puisi ibu darwish 'tidurlah sayang'

6. Sewa helikopter tentera RM4500

7. Gambar budak mati akibat bumbung
runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia)

8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah di Kuala Krai.

9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.

10. Empangan Thailand yg melepaskan air.

11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja

Kalau ada yang tertinggal, bolehlah tambah dan sila nyatakan antara 11 di atas yang manakah anda tidak pernah dengar lagi.

P/S: Mengapa kesemua sebaran palsu di atas berpunca dari penyokong parti tertentu sahaja dan mengandungi mesej untuk menyalahkan kerajaan sahaja?

#AwasBanjir #Pray4PantaiTimur #Banjir

Kehilangan Pesawat Air Asia QZ8501 Bagaikan Mimpi Ngeri - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes terharu dengan sokongan yang diterimanya di media sosial dan menganggap kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 sebagai satu mimpi ngeri.

Beliau yang sudah tiba di Surabaya, Indonesia berkata ingatan beliau adalah bersama para penumpang dan anak kapal. “Saya sebagai CEO kumpulan anda akan terus bersama dalam masa-masa sukar ini.

Kami akan melalui pengalaman pahit ini bersama dan saya akan cuba untuk bertemu seberapa banyak daripada anda,” tulis Tony di Twitter.

Beliau turut berterima kasih dengan pihak kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dan meletakkan harapan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Tambahnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menjaga ahli keluarga staf beliau dan para penumpang. Kata-kata Tony di Twitter terus mendapat reaksi pengguna media sosial, yang berkata mereka akan sentiasa bersama Tony dalam saat yang menguji ini.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut. Penerbangan tersebut membawa 162 penumpang dan anak kapal.

Sumber

#Pray4PantaiTimur @PDRMsia - King Jason Tunjuk Gedeber #SKMM Jangan Duduk Diam???

Nampaknya makin melampau sesetengah pihak yang seolah olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa.
Rasanya beberapa pihak telah mengeluarkan kenyataan serta amaran supaya jangan ada berita palsu disebarkan tambahan pula yang melibatkan mangsa banjir.

Tapi kali ni nampaknya masih ada yang tidak peduli dengan amaran tersebut dan rasanya pihak SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak boleh lagi buat buat tak nampak atau nak buat tak tau sebab  rasa dah melampau puak puak ni.

Dengan memuat naik gambar yang menunjukkan seorang kanak kanak dijumpai meninggal dan mengatakan bahawa gambar berkenaan di ambil di Kelantan, PT rasa dah tak boleh lagi nak dimaafkan.

Dan untuk makluman, gambar tersebut adalah gambar lama kejadian tanah runtuh di negara jiran. Ini sengaja mendatangkan keresahan dan kebimbangan dikalangan masyarakat tambahan pula mereka yang ditimpa bencana.

Harap pihak yang berkenaan tampil membuat siasatan dan membawa haram jadah ni ke muka pengadilan.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang Dari Radar Pagi Tadi

Akhbar negara jiran, Kompas dan media-media utama Indonesia melaporkan bahawa pesawat Air Asia QZ 8501 hilang dari radar.

Pesawat yang membawa 155 penumpang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi, 28 Disember 2014.

Pengarah Keselamatan Penerbangan Indonesia, Wisnu Darjono menjelaskan pesawat terbabit sepatutnya dijadual tiba di Singapura pada 7.20 pagi.

Akan tetapi pesawat jenis Airbus A320-200 tersebut hilang perhubungan dengan menara kawalan di antara sempadan Indonesia dan Singapura.

155 penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak, satu bayi, dua pilot, empat anak kapal dan seorang pegawai teknikal. Pesawat terbabit diterbangkan oleh Kapten Irianto.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - RM1.5 Juta Untuk Bantuan Banjir - Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM1.5 juta untuk membantu negeri-negeri yang dilanda banjir. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh dalam satu kenyataan berkata, wang itu telah dipindahkan ke Akaun Amanah atas arahan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Saya telah diberi kuasa untuk mengeluarkan RM500,000 bagi setiap transaksi untuk membeli kelengkapan seperti susu tepung, tuala wanita dan air. Dokumen akan dibentangkan pada mesyuarat EXCO akan datang.

"Ini juga dengan persetujuan ahli-ahli EXCO," katanya. Satu pasukan bantuan bencana juga akan digerakkan ke Kelantan pada Isnin.

"Terdapat satu kumpulan terdiri daripada 18 pegawai kebajikan dan sukarelawan sosial yang akan dihantar ke Kelantan pada hari Isnin.

"Mereka mempunyai pengalaman berkhidmat di pusat pemindahan semasa banjir di Pahang," kata Phee. ADUN Sungai Puyu itu juga berkata kerajaan negeri itu sedang mengatur logistik dan pengangkutan kerana banyak tempat tidak boleh diakses disebabkan paras air yang semakin meningkat.

Sumber
.

Saturday 27 December 2014

#Pray4PantaiTimur - Bantuan Khas RM500 Juta Bagi Mangsa Banjir

KOTA BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara yang akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata berikutan situasi banjir yang semakin meruncing, kerajaan berharap bantuan tersebut akan membantu mengurangkan beban mangsa banjir.

"Untuk terus membantu mereka, bayaran BR1M yang dijadualkan hujung bulan depan dipercepatkan ke pertengahan Januari 2015," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Najib berkata dana RM500 juta itu merangkumi bantuan bagi mangsa yang kediaman dan kenderaan mereka rosak akibat banjir. Beliau bagaimanapun berkata ia tidak meliputi peruntukan yang akan ditentukan kemudian untuk membaiki kerosakan kepada institusi pendidikan, bangunan kerajaan, masjid, surau dan lain-lain.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) akan menyelaraskan kerja baik pulih (infrastruktur awam) yang perlu dilakukan sebaik sahaja banjir ini selesai nanti," katanya.

Beliau menegaskan segala usaha bantuan perlu dilakukan pada tahap semaksimum mungkin oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan berkaitan.

Najib berkata beliau dimaklumkan MKN bahawa bencana kali ini amat serius memandangkan ada lokasi tertentu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, kali ini terjejas teruk.

"Saya diberitahu keadaan amat kritikal yang mana sesetengah tempat air masih naik, dan ada juga tempat yang tak pernah banjir, kini mengalami keadaan banjir yang begitu serius. "...dan ada juga tempat di mana mereka (penduduk) terpaksa lari ke atas bukit dan lereng bukit, dan (ada) juga tempat pemulihan banjir yang secara mendadak diwujudkan kerana keadaan banjir di luar dugaan yang berlaku kali ini," kata Najib.

Sehubungan itu, perdana menteri berharap semua agensi terlibat memastikan tumpuan diberi sepenuhnya kepada usaha menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir.

"Saya amat berharap kerjasama semua pihak untuk pastikan bahawa fasa pertama ini kita dapat beri tumpuan iaitu menyelamat dan beri bantuan seperti makanan, selimut, tikar, lilin dan sebagainya," katanya.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa keadaan lebih runcing kerana air naik begitu tinggi disertai arus begitu deras selain terputus bekalan elektrik.

"Ini bererti bekalan air bersih juga tak dapat disampaikan dan mangsa banjir di tempat pemindahan sementara terpaksa berada dalam gelap tanpa bekalan elektrik," katanya.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Banjir Di Kelantan Makin Meruncing

KUALA LUMPUR: Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di KELANTAN, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Bharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548) Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu di tempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Bharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda. Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baru telah ditutup.

Berbeza di TERENGGANU, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan. Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5).

Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian. Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan. Di PERLIS, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SELANGOR, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula.

Sumber
.

#Pray4PantaiTimur - PM Diberi Taklimat Banjir Di Kelantan

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meminta semua agensi terlibat dalam kerja-kerja membantu mereka yang terlibat banjir di Kelantan mempastikan segala usaha diteruskan dengan lancar termasuk menentukan bekalan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semasa majlis taklimat yang turut dihadiri Pengerusi Masjlis Tindakan Persekutuan Kelantan Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Menterui Besar kelantan, Dato’ Haji Ahmad Yaakob, Perdana Menteri banyak mengajukan pertanyaan kepada pihak-pihak terbabit tentang permasalahan yang dihadapi ketika kerja-kerja menyelamat dan menghulur bantuan dilakukan.

Antara aspek yang diperjelaskan kepada Perdana Menteri ialah kesukaran penerbangan helikopter ekoran cuaca buruk serta ketiadaan tempat-tempat sesuai untuk pendaratan.

Dato’ Seri Najib menaiki helikopter untuk meninjau kedaan keseluruhan banjir sekitar Kelantan dan cuba mendarat di mana-mana pusat pemindahan termasuk Tumpat dan Jeli jika keadaan mengizinkan untuk pendaratan.

Beliau dijangka membuat kenyataan pada satu sidang media sebelum berlepas pulang ke ibu negara lewat petang ini.

Sumber

Tuesday 28 October 2014

Kronologi Kes Liwat!!! Adakah Anwar Akan Ke Penjara???

Kronologi kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada 28 Jun, 2008 apabila bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis yang mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.

Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu. Dari situ bermulalah kes liwat kedua yang mendapat perhatian media seluruh dunia. Perjalanan politik Anwar Ibrahim tidak pernah lekang dengan cabaran dan dugaan. Nasibnya akan sekali lagi ditentukan oleh mahkamah yang akan bersidang pada hari ini dan esok 28 dan 29 Oktober ini.

28 Jun, 2008 :
Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

30 Jun, 2008 :
Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful, yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

7 Ogos, 2008 :
Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Nov 7, 2008 :
Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah. Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

5 Mac, 2009 :
Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

6 Mac, 2009 :
Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi. 10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

17 Jun, 2009 :
Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

6 Nov, 2009 :
Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

1 Dis, 2009 :
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

3 Feb, 2010 :
Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii. Mohd Saiful berkata insident itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

5 Feb, 2010 :
Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

9 Feb, 2010 :
Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri. Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

18 Feb, 2010 :
Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

25 Feb, 2010 :
Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

3 Mac, 2010 :
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu "simpan bukti".

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya. Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.
16 Ogos, 2010 :
Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

20 Sept, 2010 :
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

6 Dis, 2010 :
Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keenganannya mengenakan tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah kerana mengeluarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis kepada kes itu.

14 Dis, 2010 :
Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya membantu mempercepatkan kes membabitkan anak lelakinya itu.

14 Jan, 2011 :
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan keengganan Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

16 Mei, 2011 :
Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lepas, setelah pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Anwar. Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang benar, boleh dipercayai dan diyakini.

6 Jun, 2011 :
Anwar gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan terdapat prapenghakiman dan sikap berat sebelah oleh hakim itu apabila memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai pada penggulungan kes pendakwa.

22 Ogos, 2011 :
Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh apabila membacakan kenyataannya yang setebal 32 muka surat, menafikan beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful.

Anwar mempunyai tiga pilihan - memberi keterangan dari kandang saksi yang yang bermakna beliau boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh yang bermakna beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan tetapi dalam membuat keputusan, mahkamah mengambil kira fakta bahawa pihak pendakwaan belum menyoal balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri. Pada perbicaraan kes liwatnya yang pertama pada 1998, Anwar memberi keterangan dari kandang saksi.

6 Okt, 2011:
Mahkamah Tinggi memutuskan tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan sebagai saksi pembela dalam perbicaraan kes liwat Anwar. Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan Rosmah untuk mengetepikan sapina yang mengarahkan mereka menjadi saksi untuk pihak pembela pada perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata selepas meneliti afidavit, hujah daripada pihak-pihak berkaitan, mahkamah bersetuju dengan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah bahawa Anwar gagal menunjukkan kerelevanan dan kepentingan apabila mengemukakan sapina kepada perdana menteri dan isteri.

9 Jan, 2012:
Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Penghakiman 80 muka surat oleh Hakim Mohamad Zabidin menunjukkan adanya kemasukan zakar tetapi ia tidak disokong oleh bukti-bukti lain. Beliau berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

9 Julai 2012:
Pihak pendakwaan mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan, yang antara lain, supaya Anwar disabitkan atas tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

12 Sept, 2012 :
Anwar menarik balik samannya terhadap Mohd Saiful kerana membuat laporan polis terhadapnya kerana meliwat, dan mendakwa laporan itu bersifat palsu dan berniat jahat.

22 Feb, 2013 :
Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari dari 22 Julai, 2013 untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar.

18 Sept, 2013 :
Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

2 Okt 2013 :
Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 11 Dis untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar.

21 Nov, 2013 :
Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuannya. Anwar mengemukakan permohonan dengan alasan bahawa Muhammad Shafee tidak boleh bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu kerana beliau (Muhammad Shafee) adalah saksi penting pada perbicaraan kes liwat.

11 Dis, 2013 :
Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

20 Dis, 2013 :
Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pihak pendakwa raya. Ketika menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan memutuskan permohonan itu tidak mempunyai merit. Kali ini, Anwar menggunakan maklumat daripada akuan berkanun bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai alasan untuk mengemukakan permohonan.

6 dan 7 Mac, 2014 :
Mahkamah Rayuan mendengar hujah daripada Muhammad Shafee dan peguam Karpal Singh.

7 Mac, 2014 :
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pendakwa dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata mahkamah dengan sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA yang digunakan dalam kes itu telah dikompromi. Karpal Singh, ketika ditemui pemberita kemudian, berkata berikutan keputusan itu, Anwar tidak dapat mengemukakan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang pada 10 Mac.

24 April, 2014 : Ketua Pembangkang mengemukakan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya harus diketepikan.

14 Ogos, 2014 : Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Okt untuk mendengar rayuan akhir Anwar. Datuk Sulaiman Abdullah, seorang peguam kanan, akan mengetuai pasukan pembela berikutan kematian peguam Karpal Singh yang terkorban dalam nahas jalan raya pada 17 April.

14 Okt, 2014 :
Mahkamah Persekutuan memutuskan Muhammad Shafee ialah seorang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rayuan Anwar pada 28 Okt. Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mencapai keputusan itu dengan sebulat suara, berkata saluran yang sesuai untuk Anwar mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman dan bukan melalui notis usul.

28 dan 29 Okt 2014 :
Mahkamah Persekutan dijadual mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa. Sama ada mahkamah akan membuat keputusan atau menangguhkan keputusan ke tarikh lain, ia hanya akan diketahui pada tarikh berkenaan ~ AstroAwani

Monday 27 October 2014

Lansung Dari UM - Anak Didik Bang Non Menggila

Anwar Ibrahim pada malam ini telah merancang untuk mengadakan satu Pidato yang bertajuk 40 Tahun dari UM ke Penjara. Beliau telah menggunakan alasan yang dirinya ini adalah seorang alumni Univerisi Malaya dan telah dijemput oleh PMUM, Saudara Fahmi Zainol.

Namun begitu, tindakan PMUM ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar daripada mahasiswa UM sendiri yang diwakili oleh Gabungan Mahasiswa Bersatu yang dianggotai oleh seluruh Universisi di lembah Kelang.

Mereka telah melakukan satu sidang media semalam yang membantah kehadiran Anwar Ibrahim ke kampus mereka kerana ingin melakukan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.

Namun, tanpa menghiraukan pendapat mahasiswa yang membantah ini, Anwar tetap berdegil untuk masuk ke Universiti Malaya dan tetap berhasrat untuk melakukan Pidato di Dataran Tunku Canselor.

10.25 malam :
Anwar Ibrahim selesai memberikan pidato beliau yang kira-kira 20 minit sahaja. Demonstran pula mula bersurai dan ada antara mereka yang akan mengikuti konvoi Anwar Ibrahim ke Stadium Mini 3K di Subang Jaya. Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan persinggahan beliau di Stadium MBPJ kerana kehadiran yang kurang menggalakkan.

10.06 malam :
Anwar Ibrahim mula menyampaikan pidato beliau di DTC

9.50 malam :
Demonstran berarak menuju ke DTC. Pintu UM ditutup semula oleh pengawal keselamatan. Didapati lebih daripada separuh demonstran merupakan orang luar bukannya mahasiswa UM. Ada juga antara mereka yang membawa anak kecil bersama-sama.

9.46 malam :
Demonstran sedang tawar-menawar dengan pengawal keselamatan sebelum merempuh masuk walaupun tempoh masa yang mereka tetapkan sudahpun tamat. Anwar sepatutnya tiba jam
8.30 malam namun tiba lewat hampir 1 jam.

9.41 malam :
Demonstran mula berarak ke DTC manakala sebahagian lain sedang menunggu Anwar Ibrahim untuk berarak bersama.

9.36 malam :
Anwar sudah tiba di hadapan pintu UM. Didapati beliau disertai oleh Wan Azizah, Lau Chin Tong (DAP), Elizabeth Wong (PKR), dan Nurul Izzah.

9.27 malam :
Pintu pagar UM dirosakkan oleh demonstran.

9.23 malam :
Pintu pagar berjaya dirempuh oleh demonstran dan suasana menjadi semakin kecoh. Berkemungkinan akan menyebabkan keganasan berlaku. 

9.06 malam :
Dato Sri lajim dan Johari Abdul antara yang dikesan di UM ketika ini.

8.46 malam :
Kelihatan ketika ini dalam anggaran 200 demonstran sedang melakukan provokasi agar pintu dibuka.

8.35 malam :
Angka demonstran meningkat kepada 300 orang. Mereka mula menggesa pengawal keselamatan untuk membuka pintu pagar. Kemungkinan untuk mereka merempuh masuk adalah tinggi. Dari juml;ah iuni didapati hampir 60% demonstran adalah dari kaum Melayu, 30% dari kaum Cina dan selebihnya dalah dari kaum India.

8.24 malam :
Terdapat cetakan-cetakan yang tertulis “Sekolah Bukan Penjara & Universiti Bukan Kilang”, “The mind of a child is where the revolution begins” dibawa oleh demonstran.

8.09 malam :
50% daripada kehadiran dikesan merupakan Mahasiswi dari Akademi Pengajian Islam. Kenderaan PKR jenis mula masuk dan dijangka Anwar Ibrahim akan berucap di atas Hilux tersebut. Uji suara sedang dilakukan ketika ini.

8.00 malam : Kehadiran kini mencecah 100 orang. meraka didapati datang dan berkumpul di depan simpang pintu masuk UM. 7.30 malam : Hujan masih turun dengan renyai-renyai. Kehadiran ketika ini dijangka dalam kira-kira 50 orang sahaja di sekitar pintu utama dan hadapan Masjid Ar-Rahman.

Tiada pemimpin pembangkang yang hadir buat masa ini. Suasana masih tenang dan tiada provokasi dilakukan.

7.00 malam :
Pintu Pagar UM dan laluan ke Masjid Ar-Rahman telah dikunci oleh pengawal keselamatan. - Sumber

Thursday 16 October 2014

Facebook Bang Non Diserang!!!

Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah.

Namun kini sebaliknya berlaku. Bertambah menarik, penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri.

Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan. Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya.

Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.  - Sumber

PT
Takkan bakal PM Malaysia pun terkena??

'Tahaluf Siyasi' Dr. Maza Sekolahkan Ulamak Pas???

Nampaknya hujah Dr. MAZA bertentangan dengan pandangan Ulamak PAS dan kita rata-rata orang Melayu yang macam aku (buta arab) ni turut terpaku dengan pendapat mereka ni

Tapi kenapa hari ni baru beliau lontarkan pandangan begini? Mungkin tempat ini adalah tempat yang terbaik (Parlimen) kot?Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masyarakat Melayu sering menganggap sesuatu istilah Arab sebagai mewakili ajaran Islam.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, istilah "tahaluf siyasi" yang digunakan PAS dalam menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat (PR) adalah istilah Arab, dan bukan mewakili Islam.

Bekas bekas mufti Perlis itu ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen hari ini, berkata istilah Arab tidak semestinya mewakili ajaran agama Islam, dan melahirkan kekhuatiran tentang bahaya kesilapan penggunaan istilah Arab seperti itu.

Katanya, masyarakat seakan-akan melihat penggunaan perkataan Arab sebagai benar-benar mewakili Islam.

"Orang Melayu bila dengar bunyi Arab, dia ingat Islam. Kita tidak boleh anggap istilah Arab mesti mewakili agama. "Tujuan Islam bukan nama itu. Allah tidak minta kita mengArabkan diri, Dia minta kita mengIslamkan diri.

"Islam mana satu yang kita cari?" katanya pada program dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika sidang Dewan Rakyat berhenti rehat. Mengambil contoh penyatuan Eropah selepas berperang sejak berdekad lama, Asri berkata, negara Eropah hanya dapat bersatu selepas mereka memisahkan agama daripada pentadbiran politik.

"Di Eropah, agama tidak mencampuri politik. Jadi, mazhab-mazhab tidak boleh bertelagah sesama mereka," katanya. Situasi di Malaysia pula, katanya, perdebatan antara parti yang mewakili komuniti Islam pasti akan melibatkan hujah menggunakan dalil agama mengikut tafsiran masing-masing.

"Hari ini, Islam dimasukkan ke dalam politik, ada pergerakan Islam, pertubuhan Islam. Kemudian, nama itu di-Arabkan.

"Apabila Islam dalam bentuk ini masuk, dan tidak mempunyai tujuan 'kemaslahatan hamba' (hamba Allah), maka sebanyak mana nama Islam dalam dunia Islam, hanya akan menimbulkan masalah dalam dunia Islam," katanya.

"Bila PAS lawan Umno, kedua-duanya keluarkan dalil. Kita tidak tahu mana sebetulnya yang Islam," katanya. Asri berkata, Islam yang dibawa Nabi Muhammad ialah bagi memperbaiki sistem politik, tetapi umat Islam sekarang menggunakan agama sebagai senjata politik.

"Jangan eksploitasi agama menggunakan nama Islam," katanya. Beliau turut berkata, mengkritik ulama juga bukan bermakna mengkritik agama Islam.

"Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan mengkritik Islam. Tidak salah kritik (ulama), dia pun manusia juga, yang tidak boleh dikritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata. "Berhati-hati gunakan dalil ketika berpolitik," katanya.

Sumber

Wednesday 8 October 2014

Demo Minyak!!! Kakak Montel PR Tunjuk Gedebe

Pagi tadi dengar cerita ada himpunan yang dilakukan oleh para penyokong PR di jalan masuk Parlimen. Antara punca mereka ini berkumpul adalaj disebabkan oleh peningkatan harga minyak petrol dan diesel apabila kerajaan mengambil keputusan menarik balik subsidi sebanyak RM0.20 sejak beberapa hari lepas.

Ada di kalangan peserta demo membawa kertas bertulis " Nak bagi rakyat makan pasir ke" seperti di bawah.

Dari apa yang kita tengok, kakak kita ni badannya boleh tahan juga, agak chubby juga orangnya. Agaknya oleh kerana risau badannya akan turun maka beliau membuat pertanyaan sebegitu.

Bersyukur le kak sebab badan dah gedempol macam tu sebab berada di Malaysia, kalau di Afrika rasanya nak berjalan pun akak tak tentu mampu sampai baju saiz double S pun dah nampak macam saiz L.

Kat tangan tu pun kita boleh tengok ada smartphone, mampu akak kita ni membeli telefon canggih macam tu dan patutnya bersyukurlah sebab di negara ni rakyatnya sekarang dah ramai menggunakan smartphone macam tu dan ini membuktikan bahawa penduduk negara ini mempunyai kemampuan.

Sumber

Sunday 5 October 2014

Minyak Oh Minyak!!! Alasan Bengong Anak Pengikut Pas Kepada Ibubapa Mereka

PT telah kehilangan bapa pada tahun 2006 dan kehilangan ibu setahun sebelum itu. Kalaulah ditakdirkan kedua orang tua PT masih ada kini, sudah pasti PT akan kerap pulang untuk menjengah kedua dua mereka tapi apakan daya kedua dua orang tua PT telah pergi mengadap Ilahi.

Tapi berbeza pula dengan pengikut pengikut PAS yang hanya akan melawat atau pulang je kampung jika ibu bapa mereka mengundi PAS hanya semata mata kerana penarikan subsidi minyak sebanyak RM 0.20 baru baru ini. 

Nampaknya pengikut PAS tak tau nilai perhubungan diantara anak dengan orang tua mereka hingga memberikan alasan penambahan harga minyak, bayaran tol dan PTPTN membuatkan mereka tidak mampu untuk menjengah kedua orang tua di kampung.

Alasan alasan ini adalah tidak wajar kerana pengorbanan ibu bapa kita di kampung untuk membesarkan kita rasanya lebih besar nilainya dari seliter minyak petrol atau diesel dan harga tol yang kita perlu bayar.

Mungkin orang yang membuat kain rentang ini tidak pernah memikirkan bahawa ibu bapa mereka di kampung memerlukan bantuan dari kerajaan seperti hospital yang selesa, bantuan sara hidup dan sebagainya dan dari pada penarikan subsidi minyak sebayak RM 0.20 itu rasanya ibu bapa mereka juga dapat menikmati pembangunan yang dapat dilakukan

Begitu juga dengan tol dilebuhraya, bukankah ia sepatutnya menjadi menjadi perantara bagi memudahkan pergerakan kita untuk pulang ke kampung halaman masing masing?

Pernahkah mereka ini terfikir bahawa dengan bantuan pinjaman PTPTN itu sepatutnya boleh membuatkan ibu bapa mereka merasa selesa dengan pemberian anak anak kerana telah berjaya menjawat jawatan yang tinggi dalam sektor swasta atau kerajaan?

Kenapa pinjaman untuk ke arah itu perlu dipertikaikan? PTPTN hanya akan dibayar semula jika mereka gagal dalam pelajaran dan adakah dengan kegagalan tersebut maka kerajaan juga harus dipersalahkan?

Jangan jadikan semua ini sebagai alasan untuk kita tidak pulang menjenguk ibu bapa di kampung dan bagi Sangkakala pula, walau seribu harga minyak seliter, pulang menjengah orang tua tetap Sangkakala akan lakukan.

Pernah juga ke mereka ini mendengar orang tua mereka merungut untuk pergi bekerja bagi menyara kehidupan keluarga? Bagi ibu bapa yang menoreh getah, rasanya alasan nyamuk tidak pernah disebut untuk tidak membeli beras dan lauk untuk hidangan anak anak yang dijaga.

Bagi yang bersawah, tidak pernah mengayakan bahawa lintah dan terik matahari dijadikan alasan untuk membiarkan anak anak tidak ke sekolah untuk menimba ilmu. Belajarlah jadi manusia, kecil hati ibu dan bapa kalau melihat ini adalah alasan anak anak mereka tidak pulang ke kampung halaman.

Hari ini pula, jalan mengahala ke utara dan selatan serta ke pantai timur di katakan sesak dengan kenderaan, dan syabas kepada mereka yang pulang berhari raya tanpa memberikan alasan BENGONG seperti yang tertera dalam kain rentang seperti yang diatas.-Sumber

Thursday 2 October 2014

RON95 - Kronologi Harga Minyak Malaysia!!! Janji Dicapati


Petikan dan  luahan pemain2 dari group WhatsApp di seluruh Malaysia akibat penurunan subsidi minyak yang mengakibatkan kenaikan harga minyak RON95....sebanyak 20 sen seliter..

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA 

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78) 
01/09/2009 - RM 1.80 (TURUN RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05) 
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)
02/10/2014 - RM 2.30 (kenaikan RM 0.20).

Homework sikit

Berita luar negara lain pulak ceritanya ..... pelik pelik

1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu - telegraph UK (1 hari yang lalu)

2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 - bloomberg
(2 yg lalu)

3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun - Wall street (1  yg lalu)

4) Menteri minyak risau harga minyak yg rendah akn mengurangkan pelaburan - reuters UK (2 hari yg lalu)

5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran - the globe and mail (1 hari yang lalu)

6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun - edmonton journal (1 hari yang lalu)

7) Harga minyak di Malaysia naik -  Kerajaan Malaysia - (18 jam yang lalu)

Wednesday 1 October 2014

Bajet 2015 - Harapan 1.5 Juta Penjawat Awam Mahu 'Buah Tangan' Terbaik Dari Kerajaan

Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami & Bantu Nasib 630,000 Kakitangan Awam di Malaysia Termasuk Guru, Jururawat, Polis & Tentera! Cuepacs Malaysia yang mewakili 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia mahukan lebih daripada sekadar kenaikan gaji kakitangan awam naik di Malaysia. Ya…itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada Presiden Cuepacs Malaysia ini.



Menjelang pembentangan bajet 2015 Malaysia besarlah harapan 1.5 juta kakitangan kerajaan mahukan “buah tangan” yang boleh ditawarkan kerajaan Malaysia untuk mereka bagi meneruskan kesinambungan hidup bagi 12 bulan yang akan datang. Oleh itu, Cuepacs Malaysia sedang bertungkus lumus dengan kerajaan bagi menyelesaikan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan penjawat awam di Malaysia

Berdasarkan kajian & pemerhatian Cuepacs dan majoriti kakitangan kerajaan semakin risau dengan masalah kenaikan kos sara hidup naik di Malaysia, ditambah dengan gelombang bebanan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) 6% bermula April 2015.


Kenaikan Gaji Kakitangan Naik

Kerajaan malaysia perlu membina lebih banyak rumah mampu milik terutamanya melibatkan 630,000 kakitangan awam yang menikmati gaji di bawah RM3,000 sebulan termasuklah polis, askar, jururawat dan guru.

Cuepacs mahu kerajaan kaji semula tindakan kerajaan Malaysia potong 50% elaun kos sara hidup (Cola) & elaun perumahan penjawat awam yang memilih untuk tinggal di kuarters kerajaan. Apa beza dengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM124 sebulan jikalau kerajaan memotong elaun tersebut?

Cuepacs mahu kerajaan umumkan kenaikan elaun kos sara hidup (COLA) daripada di antara RM200 dan RM300 kepada angka yang lebih tinggi bersesuaian dengan sara hidup sekarang.

Kenaikan Elaun perumahan kakitangan awam naik sepatutnya tidak lagi berlegar RM180 sebulan, sepatutnya lebih daripada nilai yang sudah lama tidak berganjak ini.

Realitinya, ada kalangan pegawai kerajaan yang telah lama berkaja di sektor awam selama lebih 10 tahun tetapi masih lagi tidak mampu beli rumah sendiri dek kerana kenaikan harga rumah melonjak lebih laju dibandingkan kenaikan gaji mereka ditambah pula, kadar sewa yang dikenakan ke atas mereka selama ini melibatkan sebahagian besar gaji bulanan mereka.

RON95 Naik 20 Sen - Rela Demi Tolong Kerajaan Kita....


SAH! Nah….baru sahaja diumumkan  sebentar tadi, yang mana melalui pengumuman yang disampaikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan yang mana pada awal pagi esok, 2 Oktober (Khamis) bermulanya tawaran harga baru bagi harga minyak RON95 dan harga minyak diesel di Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dengan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan Malaysia mengurangkan beban subsidi petrol RON95, diesel dan LPG yang ditanggung mereka selama ini sejumlah RM21 bilion untuk tahun 2014. Manakala rakyat pula???

Betino Bar Council Hentam BTN???

Pelacur tua Bar Council bernama Ambiga kini menyerang BTN pula ye? Dah takde modal lain nak menyerang kerajaan Barisan Nasional maka BTN pun jadilah janji dapat support dari PR.

Kalau si pelacur tua ni kata BTN tu mengajar atau membasuh otak Melayu menjadi Samseng dan Rasis, bagaimana pula dengan peserta BERSIH yang lepas?

Adakah mereka semua keluar dari BTN? Ambiga rasa apa yang BTN buat tu tak betul, tapi apa yang dia buat semua betul dan tepat, baso jenis BENGONG betul la keling sekor ni. - Sumber

Monday 29 September 2014

Bermula Episod MB Selangor Di'remote control' Bang Non???

Kalau sungguh Anwar nak 'remote control' Azmin MB Selangor pun tak perlu la kut sampai buat secara terbuka macam ni, buat diam-diam dah la. Atau pun mungkin Anwar sebenarnya ada tujuan lain, tujuan yang lebih bersifat peribadi.

Gambar file Bernama Malaysiakini melaporkan: Menteri besar baru Selangor Azmin Ali diminta mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu. - Mkini.

Malaysiakini juga melaporkan:

Katanya, Azmin sudah diberitahu untuk menyenaraikan individu atau pemegang saham di balik syarikat-syarikat berkaitan. - Ibid.

Yang Anwar ni kalut sangat Isu air ni pasal apa? Tak boleh sabar ke. Baru berapa hari ja Azmin angkat sumpah sebagai menteri besar Selangor dah arahkan Azmin macam-macam.

Tambah-tambah bab nak dedahkan siapa yang dapat untung berjuta ringgit hasil perjanjian air Selangor tu, pasal apa nak kalut sangat suruh dedah, nanti-nanti pun boleh. Belambak lagi benda-benda yang lebih perlu disegerakan yang patut Azmin rancang dan buat.

Kalau sungguh Anwar nak 'remote control' Azmin MB Selangor pun tak perlu la kut gelojoh sangat dan sampai buat secara terbuka macam ni, buat diam-diam dah la. Atau pun mungkin Anwar sebenarnya ada tujuan lain, tujuan yang lebih bersifat peribadi.

Persepsi PT, dengan aksi gelojoh tak sabar Anwar ni PT rasa bukan sangat pasal 'ketelusan' tapi lebih kepada nak 'bersihkan' nama dia yang tercemar teruk sebab gagalnya #KajangMove.

Bila didedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air tu, orang ramai akan sibuk dengan cerita hangat tu dengan harapan cerita pasal gagalnya #KajangMove tenggelam. 29/9/2014

Remaja Dibaham Harimau Di Zoo India, Ini Cerita Sebenar

Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia. Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.

Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.

Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja. Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.

Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit. Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian.

Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.

“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo. Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.

Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut. – Sumber

Saturday 27 September 2014

Berkuburnya PR Di Pengkalan Kubor???

Kecelakaan yang dilalui oleh PR di Selangor berterusan di Kelantan apabila kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kepada Barisan Nasional dengan peningkatan majoriti daripada 1,736 kepada 2,635 undi kali ini.

PAS sebenarnya dihukum oleh rakan-rakan gabungannya sendiri. Ketidakhadiran Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sepanjang kempen PRK ini menimbulkan tanda tanya, ditahap mana sebenarnya semangat pakatan mereka.

Menariknya, yang beria-ria dengan Langkah Kajang adalah PKR dan DAP, yang mahukan Khalid Ibrahim berundur adalah PKR dan DAP, yang menerbitkan tohmahan dan tuduhan palsu terhadap Khalid Ibrahim adalah PKR dan DAP.

Yang mahu jadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah PKR dan DAP, yang mencabar Istana Selangor dengan menghantar satu nama calon MB adalah PKR dan DAP tetapi beban kesalahan diletakkan pada empat bekas Exco daripada PAS yang membantu pentadbiran Khalid Ibrahim ketika itu untuk memastikan tiada pilihanraya kecil negeri malah mereka dilabel pula sebagai pengkhianat oleh DAP.

Harus diakui bahawa kemenangan dengan majoriti yang besar oleh BN juga menjadi isyarat kuat pengundi yang menolak mainan persepsi PR melibatkan isu-isu semasa seperti GST, kenaikan kos sara hidup, royalti minyak dan sebagainya.

Pengundi mahukan pembangunan dan soalnya apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS begitu lemah dalam soal pembangunan hinggakan pengundi menolak PAS? Ironinya, PR cuba dan mahu untuk kuburkan BN tetapi ditimbus liang lahad yang digali oleh mereka sendiri.

'Kajang Move' PKR , Bermula Keretakan PR - Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Pakatan Rakyat (PR) kerana mencetuskan kebuntuan menteri besar Selangor dan menegaskan tugasnya sebagai pemerintah negeri bukan sekadar satu istiadat kerasmian, mempertahankan peranannya melantik Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu.

Katanya, kebuntuan itu dimulakan oleh 'Langkah Kajang' yang diilhamkan PKR bertujuan menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini dipecat daripada parti itu kerana enggan berundur.

"Seperti yang kita sedia maklumm, pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang baru ini adalah disebabkan PKR dan DAP tiada mempunyai keyakinan kepada Khalid yang menyandang menteri besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

"Oleh itu, seorang menteri besar yang baharu dan exco baharu juga perlu dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor ini," titahnya semasa Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Sultan Selangor bertitah, baginda tidak gembira apabila timbul pelbagai hasutan dan tohmahan memburukkan Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatannya sehingga tidak menghormati bulan puasa.

"Hasut-menghasut dan melempar tohmahan terhadap Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan kerja amal yang diredhai Allah untuk membersihkan dosa dan maksiat."

Titahnya, baginda sudah menyeru dan mengingatkan beberapa kali kepada rakyat Melayu beragama Islam di Selangor agar sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah di bulan Ramadan supaya diterima Allah.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Sultan berkata krisis yang berlaku membuka mata dan hati serta pandangannya terhadap politik di negeri itu dan mempertahankan peranannya dalam melantik seorang yang bukan pilihan PKR dan DAP sebagai menteri besar.

Selepas Sultan mengumumkan Azmin sebagai menteri besar minggu lepas, dan bukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beberapa peguam Perlembagaan dan pengkritik mengatakan pelantikan itu cacat dan tidak mengikut Perlembagaan negeri.

"Ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang.

"Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta."

Katanya, baginda kecewa dengan sikap segelintir ahli politik yang sengaja tidak faham peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka ada agenda tersembunyi.

Titahnya, oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu sebagai lambang sahaja tanpa ada peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan yang sempurna.

"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihat menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titahnya.

Baginda juga berterima kasih kepada rakyat Selangor kerana menyokongnya dan percaya kemampuannya menyelesaikan kemelut menteri besar.

Titahnya, faktor ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Selangor menjadi keutamaannya mengendalikan krisis ini. Sultan Sharafuddin turut menitahkan 10 exco baharu supaya memberi sokongan padu kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Lupakan segala sengketa lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor yang memberi mandat kepada tuan puan sebagai wakil rakyat mereka.

"Rakyat tidak suka melihat negeri Selangor ini di dalam kucar-kacir dan mereka tinggal di dalam ketakutan dan kesengsaraan," tegas baginda. Baginda berharap dengan pelantikan Azmin, parti PAS, PKR, DAP yang diberi mandat memerintah Selangor akan dapat bekerjasama demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Titahnya, rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat menetap di Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Pada masa sama, baginda turut menasihati orang Melayu-Islam tidak berpecah-belah dan tidak ekstremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

"Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi kepentingan sendiri," katanya. Baginda khuatir jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

"Beta sentiasa berdoa supaya negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang beta kasihi ini," titahnya. 

Sumber

Friday 26 September 2014

Punca Sebenar Tersungkurnya Pas Di PRK Pengkalan Kubor

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.

PT yakin ramai penyokong PAS tengah kepeningan mencsti apa punca sebenar calon PAS boleh kalah di PRK Pengkalan Kubur. Kalah tu pulak bukan sikit tapi majoriti kalah jauh lebih besar berbanding PRU13 lepas.

Malaysiakini dalam berita bertajuk

"PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah" melaporkan:

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

Malaysiakini juga melaporkan:

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malaysiakini juga melaporkan:

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi. 

PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja. Takkan Timbalan Menteri Besar Kelantan tipu kut. Hahaha.

Malaysiakini juga melaporkan:

Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

Bab pengundi muda ni majoritinya mungkin mereka meluat dengan PAS dan PR. Anak muda yang majoritinya ada akses internet tentu ada persepsi yang kurang elok tentang PAS dan PR hasil aksi mengarut PAS dan PR isu krisis MB Selangor.

Apa pun, PT yakin PAS akan buat postmortem kekalahan PRK Pengkalan Kubor ni dan pasti akan menyalahkan UMNO dengan pelbagai tuduhan termasuk pengundi hantu. Sepatutnya PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Thursday 25 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - BN Tak Kalah Pas Tak Menang

TUMPAT: Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor tiba dengan 24,039 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 12 Pusat Mengundi yang telah dibuka seawal pukul 8 pagi.

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN iaitu Tuan Haji Mat Razi Mat Ail dan calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim serta seorang calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail.

Ikuti bersama  untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang tempoh hari pembuangan undi hingga keputusan diumumkan.

LIVE UPDATE

KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN MENANG MAJORITI 2625.

7.40pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI

PDM SIMPANGAN
BN 878 PAS 263 & BEBAS 6
BN MENANG MAJORITI 615

7.39pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KEDAI GETING BN 531 PAS 679 & BEBAS 2
– PAS MENANG MAJORITI 148

7.36PM -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG GETING BN 1023 PAS 1293 & BEBAS 3 – PAS MENANG MAJORITI 270

7.35pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG KETIL BN 1015 PAS 1012 & BEBAS 4 – BN MENANG MAJORITI 3

7.25pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI: BN MENDAHULUI PAS DENGAN MAJORITI 2652

7.22pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TEBING BN 502 PAS 609 & BEBAS 2 – PAS MENANG MAJORITI 107

7.20pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG BENDANG PAK YONG BN 1099 PAS 878 & BEBAS 5 – BN MENANG MAJORITI 221

7.17pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM BUNOHAN BN 783 PAS 315 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 468

7.15pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TELAGA BATA BN 722 PAS 607 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 115

7.10pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM JUBAKAR DARAT BN 754 PAS 77 & BEBAS 1 – BN MENANG MAJORITI 677

7.05pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TUJOH BN 1082 PAS 971 & BEBAS 6 – BN MENANG MAJORITI 111

7.00pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM PENGKALAN KUBOR BN 1033 PAS 476 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 557

6.30pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TELUK JERING BN 424 PAS 108 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 316

6.00pm – RASMI: Jumlah keluar mengundi ialah 23,929 @ 73%.

Terus ikuti bersama kami untuk mengetahui keputusan terkini PRK N.01 Pengkalan Kubor. 5.10pm – SPR mengesahkan semua 45 saluran di 11 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor telah ditutup.

Sekarang ini proses pengiraan undi dijalankan di setiap saluran sebelum dibawa ke SMK Dato’ Biji Wangsa untuk dijumlahkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive