Tuesday 26 November 2013

Jabatan Agama Sila Jawab Tentang Aksi Remaja Ini??


Pertama kali baca dan nampak pengakuan berani mati macam ini oleh pasangan yang melakukan.. 'maksiat secara terbuka' mereka paparkan cabaran ini di facebook dan boleh di akses oleh semua orang pula tu..

Pasangan ini mencabar penguatkuasa agama tangkap dan hukum mereka. Lihat 

facebook budak perempuan ni [SINI]

Kerajaan dan kepimpinan pun satu... Mana ada serius nak tangani keruntuhan akhlak remaja sekarang terutamanya Melayu Islam... Pemimpin-pemimpin agama dalam kerajaan pun sama. Yang sibuknya terus-menerus buat akta yang makin susah dan bebankan masyarakat. Buat la sesuatu sebelum yang parah jadi makin bertambah punah..


Sumber -  FB

Dendam Tok Guru Tak Pernah Padam Pada Umno!!!


KOTA BHARU: Ahli-ahli PAS perlu menerima keputusan pemilihan yang telah dibuat sewaktu Muktamar Tahunan ke-59 di Shah Alam yang berakhir semalam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik, berkata ahli PAS perlu memberi peluang kepada saf kepimpinan yang baru itu menjalakan tugas mereka dalam tempoh dua tahun ini.

“Kewajiban ahli untuk menerima keputusan. Jangan sesekali apabila setelah keputusan dibuat, ada pihak mengada-adakan kumpulan-kumpulan dalam parti.

“Cuma perhati kepimpinan yang baru ini dalam masa dua tahun. Jika ada kesilapan kita tegur,” katanya kepada Harakahdaily ketika di temui di pejabatnya tengah hari tadi.

Kata beliau, sekiranya ada ahli PAS yang ingin menegur kepimpinan, mereka hendaklah menggunakan saluran yang betul.

“Nak tegur jangan tegur terbuka. Itu bukan orang tak panggil tegur. Itu orang panggil mengumpat. Tegur sewaktu dalam mesyuarat,” tegasnya.

Tuan Guru juga menyampaikan rasa gembira dengan perjalanan muktamar kali ini.

“Alhamdulillah, apa yang saya tengok semuanya teratur molek. Yang paling utama sepanjang muktamar kali ini tiada seorang pun perwakilan meluahkan cadangan untuk berbaik semula dengan Umno,” ujarnya.

“Ini satu perkembangan yang baik bahawa penyokong-penyokong PAS tidak terfikir dah untuk berbaik dengan Umno,” ujarnya lagi. Mengulas mengenai senarai kepimpinan PAS yang terbaru, Tuan Guru berkata, saf kepimpinan ini adalah amat bertepatan dengan slogan PAS Untuk Semua.

“Pelbagai latar belakang kepimpinan PAS menunjukan memang tepat dengan slogan PAS Untuk Semua,” ujarnya lagi.

PT
Semakin kuat semangat permusuhan dan dendam tok guru kita ni.harap kita semua diberikan petunjuk.

Friday 22 November 2013

2 Aktivis Bola Sepak Ditahan Kerana Laman Anti-Presiden FAM???

Exco muda Pulau Pinang mengecam penahanan dua penyokong bola sepak negara yang cuba masuk ke kawasan orang kenamaan di Stadium Shah Alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Selasa lalu.


Dr Afif BahardinDr Afif Bahardin (kiri), exco termuda PKR di negeri Pakatan Rakyat berkata, FAM sepatutnya berasa malu kerana Harimau Malaya kini berada di tangga ke-160 dalam kedudukan Federasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Saya mengecam penangkapan dua penyokong pasukan bola sepak kebangsaan oleh pihak polis di Stadium Shah Alam kerana mereka tidak harus dilayan seperti penjenayah," katanya.

Selasa lalu, dua aktivis bola sepak, termasuk pentabdir laman anti-presiden FAM Alfadli Awaludin, ditahan ketika masuk ke kawasan VIP di stadium bagi menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM.

Kekecohan juga timbul setelah peminat tidak puas hati dengan kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium itu, sehingga memaksa Pasukan simpanan persekutuan (FRU) tampil menyuraikan keadaan.


Dalam kenyataannya semalam, Afif (kiri) berkata, FAM harus mendengar rayuan peminat untuk membawa perubahan menerusi penukaran pengurusan dan mengangkat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

NONE"Sejak bila ia menjadi satu jenayah melarang penyokong setia meluahkan kekecewaan mereka terhadap persembahan pasukan kebangsaan yang tidak memuaskan?

"Kekalahan kepada Qatar adalah perit dan persoalannya siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya.

Afif juga menyeru penyokong tegar Ultras Malaya dan peminat bola sepak untuk memakai jersi Harimau Malaya terbalik sebagai tanda protes terhadap FAM.

Ia juga, menurutnya bagi menunjukkan betapa seriusnya untuk menyelamatkan maruah bola sepak negara.

PT
FAM patut responsif kepada kehendak ramai. Kalau ditakok lama juga prestasi bolasepak perlukan post mortem luarbiasa dan menyeluruh. Malangnya masing-masing sayang nak korban kedudukan dan tak ada political will untuk menyanggah pihak pengurusan. 

FAM ada lah "Lubuk Duit" pada Exco dan Ahli jawatankuasa ni termasuk jurulatih-jurulatih di bawah FAM takkan meletak jawatan.Barangkali sampai kiamat Malaysia tak kan layak ke Piala Dunia dan Piala Asia.


Wednesday 20 November 2013

Vila Nabila Terbiar 40 Tahun - Kerajaan Johor Ambil Tindakan

Villa Berhantu Akan Disemak Kerajaan Johor akan menyemak semula status banglo tinggal dikenali sebagai Vila Nabila di Jalan Skudai di sini, sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap kediaman terbiar sejak kira-kira 40 tahun lalu itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya akan merujuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengenai banglo yang mendapat liputan meluas selepas seorang remaja dikatakan hilang ketika memasuki rumah berkenaan.

“Saya akan tanya Datuk Bandar (Ismail Karim) dan melihat macam mana sebelum sebarang tindakan diambil. Kita ingin tahu sama ada cukai dibayar atau tidak,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perancangan dan Penempatan bagi Organisasi Rantau Timur (EAROPH) 2013 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang remaja didakwa hilang di banglo itu sebelum dia ditemui selamat bersama teman wanitanya di rumah rakan, keesokannya.

Sementara itu, tinjauan BH di banglo itu mendapati orang ramai masih berkumpul di depan kediaman berkenaan sejak kelmarin selepas berita kehilangan remaja itu tersebar di laman sosial.

Ada yang bergambar di situ, malah kehadiran orang ramai turut menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat meletak kenderaan di bahu jalan berhampiran banglo berkenaan.

Sumber

Monday 18 November 2013

[VIDEO] Adakah Roboh Masjid Punca Filipina Di Landa Taufan Haiyan???

Sadis dan kesian apabila melihat bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 4000 nyawa.

Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.



Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut. - Sumber

Saturday 16 November 2013

Pemfitnah Mohon Maaf!!! Restoran Guna Najis Sebagai Pelaris


Sebelum ini tersebar tentang fitnah Restoran Nasi Vanggey Greentown menggunakan najis manusia sebagai pelaris. Cepat ia tersebar.

Laporan polis dibuat pemilik restoran. Pemfitnah tampil mohon maaf. Pemilik akaun Facebook Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dimaklumkan wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.

“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini. Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia juga memohon maaf secara terbuka atas permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey dan kesal tuduhannya.

“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya. - Sumber

Friday 15 November 2013

Pesanan Nik Aziz - Erdogan & Ulama Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi Pas???

UMUM mengetahui Nik Abduh, anak kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempunyai pandangan politik yang agak berlainan daripada bapanya. Namun kini kita juga mengetahui bahawa di lubuk hatinya, Nik Abduh adalah seorang anak yang taat dan hormat kepada bapanya.

Jumaat lalu, Mursyidul Am PAS yang berusia 82 tahun itu tidak sihat dan tidak mampu menyampaikan kuliah pagi Jumaat beliau di Ibu Pejabat PAS di Kota Baru. Beliau meminta Nik Abduh menggantikannya. Nik Abduh mempunyai amat banyak persamaan dengan bapanya dan beliau adalah orang yang paling tepat untuk tugas itu – beliau kini merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, timbalan ketua Dewan Pemuda PAS dan seorang ulama.

Tetapi tugas yang harus dilaksanakan Nik Abduh bukan hanya menggantikan bapanya untuk menyampaikan kuliah – Nik Aziz telah meminta anaknya itu menyampaikan satu “pesanan khusus” yang kini hangat diperkatakan oleh orang PAS di Kelantan.

Bapanya mahu beliau menyampaikan pesan bahawa sesiapa saja, tidak kira ulama atau tidak, boleh bertanding untuk menjadi pemimpin PAS dalam pemilihan parti yang akan diadakan dua minggu lagi.Banyak hadirin dalam kuliah pagi Jumaat itu yang terkejut.

Bulan lalu, Nik Aziz membuat gempar apabila beliau mengatakan bahawa dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu dipegang oleh ulama. Beberapa hari kemudian, beliau mengubah pendirian dan mengatakan bahawa dalam diri setiap Muslim ada ulama.

Pendirian yang terkini itu pada asasnya bertujuan untuk meratakan padang permainan untuk kelompok ulama dan bukan-ulama dalam pemilihan parti.

Namun, pembawa pesan yang dipilihnya menunjukkan betapa Nik Aziz adalah seorang ahli politik yang handal. Anak beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang keras dan tergolong dalam kelompok yang percaya bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden mesti dipegang oleh ulama.

Nik Abduh diberikan tugas menyampaikan pesanan yang beliau sendiri tidak persetujui. Namun beliau tidak boleh mengengkari bapanya sendiri yang kebetulan pula adalah ketua Majlis Syura, iaitu badan yang paling berkuasa dalam parti.

Pergelutan antara golongan ulama dan bukan-ulama terlihat paling jelas pada persaingan untuk jawatan timbalan presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, timbalan Menteri Besar Kelantan. Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, berada dalam kelompok Erdogan, manakala Nik Amar adalah seorang ulama.

Dewan ulama PAS dianggotai oleh ilmuan Islam, terutamanya graduan Al-Azhar, dan memiliki pandangan politik yang konservatif.

Kelompok Erdogan pula adalah ahli-ahli parti yang mendapat pendidikan sekular dan pandangan politik mereka lebih keduniaan. Banyak di kalangan mereka juga adalah aktivis seperti Mat Sabu. Sebahagian besar ahli utama Erdogan menyertai PAS setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan mereka meraih pengaruh dalam parti.

Sejak beberapa bulan lalu, kelompok pro-ulama sedang berusaha secara diam di belakang tabir untuk mengukuhkan kedudukan ulama dalam pemilihan parti.

Pemimpin yang dilihat sebagai peneraju kelompok ini adalah ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, seorang yang bertubuh tinggi, kacak dan berhaluan ultra-konservatif. Beberapa tahun lalu, Harun diserang angin ahmar dan semua orang menyangka kerjaya politik beliau telah tamat. Tetapi bagi para penyokongnya, Tuhan mempunyai rancangan lain untuknya. Beliau kembali kuat dan menjadi wakil utama suara konservatif dalam PAS.

Harun dan kumpulan ulama berusaha memastikan hanya seorang calon ulama akan bersaing merebut jawatan timbalan presiden. Mereka mahu menghindari kesilapan yang dilakukan dalam pemilihan parti tahun 2011 apabila dua daripada tiga calon yang bertanding adalah ulama. Ini menyebabkan undi pro-ulama terpecah dua, membolehkan Mat Sabu menang.

Mat Sabu dilihat sebagai ancaman kepada dasar “kepimpinan ulama”. Ulama takut untuk membayangkan Mat Sabu di suatu masa nanti menjadi presiden PAS.

Golongan ulama mengakui Mat Sabu sebagai aset bagi parti, tetapi lebih sebagai seorang pemidato, penghibur dan penaik semangat. Mereka tidak dapat menerima jika beliau terus memegang jawatan yang akan membolehkannya naik sebagai presiden.

Ulama pada awalnya mahu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding menentang Mat Sabu. Malah, Tuan Ibrahim umumnya dilihat sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi presiden PAS.

Beliau adalah seorang ulama dari aliran pemikiran lama yang menganggap cita-cita politik yang berlebihan sebagai sebahagian daripada nafsu. Keinginan untuk merebut kuasa dan jawatan diseertikan dengan keangkuhan, suatu sifat yang ingin diatasi oleh seorang Muslim yang warak. Justeru itu, ulama dari aliran lama biasanya enggan bertanding merebut sesuatu jawatan.Tuan Ibrahim mempunyai senyuman yang manis dan berperwatakan lunak, tetapi di sebalik semua itu beliau adalah seorang yang tegas.

Beliau percaya kalimah “Allah” adalah milik Muslim semata-mata. Beliau menyelar gereja Katolik kerana mengheret isu “Allah” ke mahkamah, menyebutnya sebagai tindakan permusuhan. Beliau juga menyifatkan ketegasan penganut agama Kristian untuk terus menggunakan kalimah “Allah” sebagai tuntutan yang tidak munasabah.

Kerana itulah kelompok ulama mahu beliau memegang jawatan tertinggi. Kata-kata beliau mewakili keinginan mereka.

Tuan Ibrahim telah bertanding merebut jawatan nombor dua dalam PAS pada tahun 2011 kerana Nik Aziz sendiri telah memujuk beliau untuk berbuat demikian. Beliau telah kalah. Lalu, kali ini beliau mensasarkan kedudukan lebih rendah, iaitu kerusi naib presiden.

Natijahnya, Nik Amar kini menjadi pemegang obor-obor bagi kelompok ulama.

Mat Sabu dikatakan merasa lega apabila Tuan Ibrahim menarik diri daripada pertandingan. Beliau tahu peluang beliau malap jika berdepan dengan Tuan Ibrahim dan lebih cerah jika berdepan dengan Nik Amar.

Mat Sabu dikenali di seluruh negara dalam parti PAS, sedangkan Nik Amar lebih dikenali di Kelantan. Nik Amar berasal dari keluarga ulama yang terkemuka, tetapi beliau belum cuba mengembangkan pengaruh di luar negeri yang menjadi kubunya, tidak seperti Mat Sabu yang telah banyak berkorban untuk partinya dan masyhur dari utara sampai selatan tanah air dengan kehebatan berceramah.

Berjaya atau gagalnya Nik Amar bergantung pada sekuat mana keinginan PAS untuk meletakkan ulama di kerusi pengganti bintang besar mereka, iaitu Haji Hadi.

Menurut Mat Sabu, kempen kali ini adalah yang paling buruk sepanjang 35 tahun beliau berada dalam PAS. Satu kumpulan yang dinamakan El-Haraki dikatakan telah dibentuk oleh ulama-ulama muda dalam PAS dan serangan mereka ditujukan kepada tokoh-tokoh Erdogan dalam PAS, iaitu Datuk Husam Muda, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.

Tokoh-tokoh Erdogan dicap sebagai parasit dalam PAS. Manakala para penyokong kelompok Erdogan pula telah menuduh dalang-dalang El-Haraki sebagai perkakas Umno, pemecah-belah parti dan penebar fitnah.

Naib presiden PAS yang popular, Salahuddin Ayub, menyebut bahawa kerusi No 2 sentiasa menjadi rebutan sejak kematian presiden yang mereka sayangi, iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor.

Sewaktu Fadzil menjadi presiden dulu, timbalannya adalah Hadi. Kedua-dua jawatan itu tidak pernah diganggu-gugat kerana ahli-ahli parti cukup menghormati kedua-dua mereka. Tetapi apabila Hadi naik menjadi presiden, bermulalah perebutan untuk jawatan timbalan presiden.

Sumber dalaman PAS di Selangor menyatakan ulama agak dominan jika diukur pada mood dalam Dewan Pemuda. Ulama muda telah menyapu jawatan dalam dewan itu.

90% daripada pimpinan Dewan Pemuda di Selangor adalah ulama. Di Perak, calon-calon ulama muda berjaya merebut semua jawatan, tinggal jawatan ketua pemuda Perak yang tidak dipegang oleh ulama.

“Tetapi jangan pandang rendah pada Mat Sabu, beliau seorang pejuang,” kata Ketua PAS Cawangan Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Hakikat bahawa parti itu banyak kehilangan sokongan di peringkat akar umbi kepada Umno dalam pilihan raya umum lalu digunakan sebagai bukti bahawa PAS perlu menilai semula pendekatan dan pakatan politiknya. Matlamat jangka panjang parti itu ialah untuk menggantikan Umno sebagai parti induk untuk Muslim dan orang Melayu.

Puak ulama percaya, parti itu perlu kembali ke jalan asal, manakala puak Erdogan pula merasa parti itu perlu berubah untuk meraih sokongan lebih meluas di kalangan pengundi. Dilema ini tidak berbeza daripada pertandingan idea dan pendapat yang berlaku dalam Umno di kalangan kelompok yang merindukan zaman lampau dan kelompok yang mahu bingkas ke depan.

“Ulama atau bukan-ulama, kita semua berada dalam PAS. Seperti suami-isteri yang berkelahi, akhirnya nanti semua tetap tinggal sebumbung,” ujar Wan Rahim.

Tetapi perebutan kuasa antara puak ulama dan Erdogan telah lama berlangsung. Muktamar kali ini akan menentukan siapa bakal memegang pengaruh lebih besar. (mStar)

Kenapa Timbalan MB Berdolak Dalik Tentang Hudud Di Kelantan???

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) enggan mengulas lanjut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah negeri yang mendakwa jabatan itu sudah bersedia melaksanakan hukum hudud.

Mohd. Amar berkata, hanya pihak jabatan kehakiman mengetahui apa yang diperlukan termasuk bilangan hakim dan sebagainya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad semalam yang menyatakan pihaknya sudah mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum itu.

"Saya tak tahu nak komen apa dah kalau dia cakap macam itu, tetapi dia perlu jelaskan apa maksud dengan sudah bersedia.

"Hanya jabatan mahkamah tahu apa yang mereka perlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Daud yang menyatakan Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Namun, Daud berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah bilangan hakim sekiranya mahu hukum itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohd. Amar ketika ditanya perkembangan kertas kerja yang dirangka pakar undang-undang Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari mengenai bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dilaksanakan dalam kerangka bidang kuasa negeri, beliau berkata, pihaknya masih menunggu hasil kerja yang dimaksudkan.

Baru-baru ini beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta Abdul Aziz membuat cadangan bertulis bagaimana hudud boleh dilaksanakan tanpa sekatan undang-undang.

KPN SAHKAN KEJADIAN CULIK DI PULAU POM-POM SEMPORNA

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.

Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Bahru di sini hari ini.
Difahamkan kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata setakat ini polis belum menerima apa-apa permohonan penggunaan senjata api daripada bahagian penguatkuasaan agama di negara.

"Ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi untuk pemohon miliki senjata api, jika penuhi syarat itu kita luluskan, Namun setakat ini kita belum terima (permohonan daripada jabatan agama)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahukan Anggota Penguatkuasa Jabatan Agama Islam dibekalkan dengan senjata api ketika melakukan operasi.

Berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malik, Khalid meminta saki baki 27 lagi pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' supaya tampil membantu siasatan.

"Kalau tidak hadir, kita akan cari mereka dan mahkamah sendiri juga telahpun mengeluarkan waran tangkap untuk menahan ketua mereka yang gagal menghadirkan diri di mahkamah untuk perbicaraan," katanya. - BERNAMA

Umcedel Dedahkan Rahsia Kemenangan Pas Di PRK Sg Limau???

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya(Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.
Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.


Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.

“Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan.

Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno.” ujar Dr Shaharuddin.

Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat.

Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu.
Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya.

"Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau.

Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung.

Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar.

Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas.

Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen. - Sumber

UPSR 5A - Tokey Ayam Bagi Mini Cooper Kepada Anaknya???




Seorang pelajar di Sekolah Zainab Kota Bharu berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan semalam , namun yang menjadi sensasi nya kisah adik yang cermelang ini adalah , beliau di khabar kan mendapat hadiah sebuah kereta Mini Cooper bernilai RM 210 ribu dari keluarganya sebagai hadiah kejayaan itu , hadiah tersebut di sampaikan kepada nya di Sekolah tersebut selepas mengetahui keputusannya semalam.


Ramai yang memperkatakan kisah adik ini di laman-laman sosial , di khabarkan bapa kepada adik ini adalah seorang peniaga ayam di Kota Bharu , namun sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat admin pastikan , senadainya betul berita ini , tahniah untuk adik ini kerana mendapat hadiah yang mungkin jarang perolehainya oleh orang lain. sumber fb.

Giliran Peniaga Pasar Malam Pula Ditembak Di Kelantan

Gambar kes tembak di Bachok Kelantan pada 14 November 2013. Kejadian dipercayai berlaku pada khamis 8.45 malam melibatkan kematian seorang peniaga pasar malam. Mangsa Alias Yusof, 58, maut ditembak tiga das tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah. 



Sebelum insiden, mangsa dilaporkan menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga. Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan. 


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.

PT
Pada 11 Oktober 2013 lepas seorang wanita telah ditembak di persimpangan lampu isyarat di depan balai Polis Binjai..bermakna kes tembak di Kelantan berlaku hampir setiap bulan. Sila baca selanjutnya di [SINI]. Baca juga di [SINI] guru ditembak di Bachok dan jangan lupa baca [SINI] pesara tentera ditembak dan ditetak juga di Bachok.






Sumber

Thursday 14 November 2013

Pengikut Berbalah Di Twitter Kerana CT - KJ

Gara-gara teguran Siti Nurhaliza kepada Khairy Jamaluddin, pengikut setia mereka berbalah di Twitter. Ramai yang menghentam Siti kerana ada yang menyifatkan penyanyi tersebut tak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.

“Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket,” kata seorang pengikut Khairy, lapor mStar Online.

Pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut dan menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.

Peminat Siti kelihatan lebih berhemah membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.

“Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?” kata salah seorang pengikut Twitter Siti.

PT
Tepat jawtan KJ di Parlimen. FAM adalah institusi dan bukannya individu. Jadi tidak perlulah sesiapa melenting atau tak fasal fasal membela individu. Menteri intitusi manakala FAM institusi. Semua berlaku dalam konteks peranan masing-masing. Kepada Datuk ct nurhalija tolong faham yer!!!!

Wednesday 13 November 2013

Betulkah Penjawat Awam Bakal Dapat Durian Runtuh Lagi???

Pengunjung dinasihatkan mencari info lain selepas membaca maklumat tidak dapat disahkan ini. Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014.

Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012 Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.

Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama. Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.

Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150. Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

Sumber

Guru Protes Sistem SPPBS Di Facebook???

Ekoran kegagalan kerajaan meringankan beban kerja perkeranian guru sekolah rendah, ada kalangan warga pendidik mewujudkan laman Facebook menuntut supaya Kementerian Pendidikan untuk membuat penambahbaikan atau menghapuskan bebanan mereka.

Aduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka.

Bagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut.

Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka.

Sumber

'Batman' Di Penjara Kerana Pelbagai Kesalahan Termasuk Pecah Rumah

Namanya boleh super hero tapi kelakuannya seorang penjahat, itulah yang terjadi terhadap seorang lelaki Singapura bernama Batman bin Suparman yang menjadi selebriti media sosial baru-baru ini.


Batman bin Suparman, yang bererti “Batman anaknya Suparman” dalam bahasa Melayu, dijatuhi hukuman penjara selama hampir tiga tahun pada hari Isnin (11/11/2013) kerana melakukan pelbagai kesalahan, termasuk pencurian, pecah rumah serta mengambil dadah.

Penganggur berusia 23 tahun ini ditangkap pada 19 Ogos lepas lalu, setelah video pihak keselamatan memperlihatkan dia menyelinap ke sebuah kedai di malam hari pada dua kesempatan yang berasingan.

Ia juga dituduh mencuri kad ATM adiknya dan melakukan pengeluaran sebanyak S$500 yang wangnya digunakan untuk mengambil heroin.

Batman, yang dijatuhi hukuman sejumlah 33 bulan penjara, menjadi sensasi media sosial setelah kad pengenalannya beredar secara online.

Meski pun penjahat, sebuah halaman “Batman bin Suparman Fan Club” di laman maya sosial Facebook telah mengumpulkan lebih 11,000 likes. - Sumber


Tuesday 12 November 2013

[FOTO] 'Joemar' Suspek Ke2 Kes Tembak Pegawai AmBank


KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai ‘Joemar’ yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

“Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.





































Kredit foto- Tengoktvonline.blogspot.com

Inikah Syiah Yang Terbabit Pembunuhan Ketua Penguatkuasa JAIP???

Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki kelmarin.Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah,ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis,tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah. 

Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan,ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini.

Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain,kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka.Malah terdapat beberapa kes,di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.

Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini,banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam.Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka.Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.

Paling menarik,Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang.

Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah.Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur,Muadzam Shah.

Hasil maklumat awam,serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala,sebungkus tanah Karbala,tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.Di dalam serbuan tersebut,JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu.Sebelum menyertai Syiah,lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat,Johor.

Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.Selain Syiah,Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM.Pada 12 Mei lalu,beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan. 

Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.Kesimpulannya,sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini,biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.

Thursday 7 November 2013

[FOTO] MPKB Peruntuh Warong Di Pengkalan Chepa???

Jom pakat tengok foto-foto beberapa warong di Cabang Tiga Pengkalan Chepa telah diruntuh dan ditunbangkan dalam operasi MPKB sebentar tadi.

Barangkali untuk menjadikan pekan Pengkalan Chepa setanding dengan bandar bandar besar yang bersih dari warong dan bangsal kecil yang menyakitkan mata pelancong...

Fikir-fikir dan renung-renungkan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive