Wednesday, 13 November 2013

Guru Protes Sistem SPPBS Di Facebook???

Ekoran kegagalan kerajaan meringankan beban kerja perkeranian guru sekolah rendah, ada kalangan warga pendidik mewujudkan laman Facebook menuntut supaya Kementerian Pendidikan untuk membuat penambahbaikan atau menghapuskan bebanan mereka.

Aduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka.

Bagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut.

Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka.

Sumber

3 comments:

  1. Realitinya, inilah cara Malaysia. Semua program dijadikan experimen. Masalahnya dgn PBS ni, yang jadi bahan ujikaji ialah jutaan pelajar yang sedang bersekolah! Mangsa kedua ialah guru-guru. Prasarana masih belum lengkap, tapi projek wajib tip top. Guru kena buat kerja pukul 1 - 4 pagi apa cerita? Bukan nak marah sesiapa, tapi saja2 buat bising. Hati dah panas katakan!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap salah..tak cakap salah..,,,,

      Delete
    2. ni tgh isi PBs lah.....menyampah sgt,,

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive