Monday 31 December 2012

MOGOK LAPAR APA !!! SIAP MAKAN DI HOTEL LAGI PUAK2 LANGAU HIJAU NI ???



Sampai dalam hotel depa nie buat onar...Apa kejadah puak hijau anti-lynas nie buat kat dalam hotel murah sekitar dataran merdeka nie..


Ha tau pun lapar ! mogok apa ka bendanya..Tapi ampa semua kena tau mogok tu bukannya 100 hari cuma 100 jam ja , sehingga gambar-gambar ni diambil puak-puak tu baru mogok selama 63 jam teketaq-ketaq cari makan.

Jika dihitung jumlah hari puak-puak tu lancarkan mogok lapar ni rasanya tak sampai seminggu lagi tapi ada cerita lawak yang berlaku.Kita kena berterima kasih kepada mereka yang berjaya merakamkan gambar-gambar paling sadis tentang puak-puak yang mogok lapar tu.
































SETERUSNYA KLIK

DEMI LELAKI PELAKON INDO SANGGUP MURTAD

Pelakon filem Ayat Ayat Cinta yang pernah mencetuskan fenomena dahulu, Rianti Cartwright dilaporkan telah murtad dan mengahwini seorang lelaki Kristian di dalam gereja. Pelakon yang terkenal dengan watak Aisyah, isteri pertama watak Fahri dalam filem Ayat Ayat Cinta ini berkata dia bahagia dengan perkahwinannya itu.

Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian.. Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta..

Ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab.., “Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”

Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri kepada Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

“Saya sekarang amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu.


PT
Beginilah barangkali apa yang nak di laksanakan oleh anak Ketua Umum PKR supaya rakyat Malaysia terutama bebas menganut sebarang agama. Inilah akibatnya jika agama tidak diutamakan. Memang bahagia dalam perkahwinan tetapi adakah si murtad ini bahagia di dunia serta di akhirat???

"GAMBAR SIAPA NI YANG !!!!



Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg!! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja. - Sumber

TAK RELAAAA UUUU !!!

Sunday 30 December 2012

TERKINI !!! "'SAYA SEBAGAI KETUA NEGERI WAJIB JAGA HARTA RAKYAT KELANTAN WALAUPUN 5 SEN"


Lihat sendiri apa yang tertulis pada Kalendar ini, Nik Aziz menyatakan bahawa dia sebagai kepala negeri wajib menjaga harta rakyat Kelantan walaupun 5 sen. Siap dengan muka nak 'berjerit"(menangis) konon-kononnya sedih la. Tapi apa pula kisah disebalik pemberian tanah di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu memberi 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.Rakyat sendiri punyalah susah untuk mendapatkan sebidang tanah.


Rupa-rupanya Nik Aziz selama ni "berkecek belawok" kepada seluruh rakyat Kelantan. Untuk makluman kalendar 2013 yang PT dapat ni diperolehi dari pencacai kaler hijau semasa PT sedang membeli belah di pasaraya Billion petang tadi. Kesian kat pencacai Pas berapa sen sangatlah dapat upah bagi kalendar ni pada pengunjung pasaraya. Tanpa dia sedari yang tok guru dia tu seorang PEMBOHONG yang amat.!!!!




Semakin tinggi ilmu dan jawatan diperolehi, semakin hebatlah ujian ditanggungi. Sungguh malang, tindak-tanduk dan kata-katanya akhir-akhir ini memberi petunjuk bahawa beliau tidak direstui dan menyimpang dari ajaran yang haq. Beliau dan Hadi Awanglah yang mencetus dan mengapi-apikan kebencian dan perpecahan sesama Islam di negara ini. Paling parah apabila jutaan ahli UMNO yang beragama Islam dianggap kafir dan murtad, termasuk yang sudah meninggal dunia. Berat sungguh berat....


Bukti yang Nik Aziz jaga harta rakyat Kelantan

Selagi namanya manusia, walau sebesar mana sekalipun serbanya, ia tetap ada nafsu zahir dan batin, nafsu itu kan kawan SYAITaN. Jadi apa nak dihairankan. Nik Aziz juga manusia yang punya nafsu, jadi dia juga berkawan dengan Syaitan..kerana itulah dia pun sudah mengikut perangai Syaitan yang bertopengkan Ulamak..

Itulah sifat pemimpin melayu tak sedar diri dan gila kuasa.Tak hairanlah walaupun bukan harta bendanya (tanah orang melayu yang diamanahkan oleh bangsa melayu kepadanya untuk dimajukan supaya bangsa itu maju) digadaikan kepada bangsa asing semata-mata kepentigan diri dan politik. Mungkin juga beliau akan sanggup mengorbankan anak dan isteri mereka jika diminta. Biasalah apa2pun boleh janji boleh kekal berkuasa.



GAGAL MASUK MASJIDIL HARAM KERANA PEREMPUAN BOGEL ???

Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu. Seterusnya baca [SINI]

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din…..

#bukan penulis berada dalam situasi ini, penulis hanya menyampaikan cerita sahaja.

[FOTO] PAS PASIR PUTEH TERNGANGA LIHAT SAMBUTAN GEMPUR PENDITA


GEMPUR PENDITA MENUTUP TIRAI 2012 BERSAMA KEHADIRAN USTAZ MUDA (UMMATI) SERAMAI 96 ORANG DGN LAUNGAN2 SEMANGAT DARIPADA HADIRIN, MAKA SEMANGAT PERJUANGAN BERTERUSAN SEHINGGA GENDANG PERANG PRU13 DIBUNYIKAN...GELOMBANG MERAH. BERLANGSUNG DI DEWAN 
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETAI PASIR PUTEH .



BICARA PENDITA MAJLIS PELANTIKAN GURU-GURU KAFA 
PASIR PUTEH, KELANTAN Di Taman Sri Aman 2.




BICARA PENDITA P028 PASIR PUTEH MAJLIS PENYAMPIAN 
BANTUAN KEBAJIKAN RAKYAT 1MALAYSIA (KAR1SMA) DI SMK KAMIL 


Sumber dari FB Acu Uthink

OSTAZAH JADI 'BENGONG' TETIBA HENTAM PAS !!!






Mungkin kerana lidahnya sudah terlalu biasa menabur fitnah dan memburukkan UMNO, sehinggakan dia sendiri tersalah tuduh. Dia nak kata UMNO yang rampas tanah rakyat Langkawi walhal yang menjajah Kedah sekarang adalah PAS.

Kepada Abby,di nasihatkan supaya berhentilah berceramah kerana apa yang kamu buat ni bukan tambah pahala tetapi silap-silap boleh tersilap akidah sebab terlalu taksub dengan PAS. Seterusnya [KLIK]

Saturday 29 December 2012

WANITA INDIA MANGSA ROGOL MENINGGAL DUNIA DI SINGAPORE



SINGAPURA – Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.

Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu. Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.

“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia jam 4.45 pagi waktu tempatan hari ini,” kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital, dalam satu kenyataan hari ini. – AFP

DRAMA YANG TERKENA DIRI KITA JIKA TIDAK HATI2 !!!

Penipuan dan ugutan terbaru yang sangat melampau. Awas dalam dunia ni banyak cara untuk menipu dan banyak cara juga anda tertipu jadi waspada laa dengan keadaan sekeliling. Ini bukan perkara main-main jadi perlu ambil perhatian dengan perkara di bawah ni.


INIKAH WAJAH MANUSIA KAKI TIPU WANG PENEROKA FELDA KEMAHANG 3 ???



Peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 melahirkan kekecewaan mereka terhadap Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang didakwa telah gagal untuk mengembalikan wang pampasan yang mereka menangi daripada saman ke atas Felda.

Mereka yang menunggu kehadiran Mazlan di Wisma Felda sejak jam 2 petang itu ternyata hampa apabila niat mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan secara aman terhadap pemimpin PAS itu telah ditolak bulat-bulat.

Justeru, Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Kelantan, Wan Zawawi Wan Zain, mencabar Mazlan supaya bertemu dengan peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 sekiranya beliau benar-benar ikhlas mahu membantu.

“Kenapa dia (Mazlan) tak terima (memorandum peneroka)? Memang dia pembohong..Kalau sudah salah dia, memang dia pembohong. Saya cabar dia datang ke Kemahang 3..kami menunggu kehadiran dia kalau betul dia ikhlas nak bantu peneroka,” tegas Wan Zawawi.

Sebelum ini seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3 dengan kerjasama Mazlan dan peguamnya, Tetuan Wan Rohimin & Asmadi telah menyaman Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Pada 26 Ogos 2010, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi Kota Bahru untuk memberi kemenangan kes saman tersebut kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 ini dengan jumlah keseluruhan saman termasuk faedah sebanyak RM11,236,983.00 di mana setiap peneroka terbabit seharusnya menerima RM30,000 seorang.

Namun begitu sehingga kini hanya sekitar RM6.2 juta sahaja yang sudah diagihkan kepada peneroka dengan jumlah yang tidak selaras iaitu RM16,000 dan RM19,000 serta terdapat juga peneroka yang masih tidak mendapat sebarang bayaran.

Sikap Mazlan yang cuba mengelak dari tanggungjawabnya itu turut ditempelak Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Manap.

Jika selama ini katanya pelbagai tohmahan dilontarkan oleh Mazlan di dalam mempengaruhi peneroka Felda, peristiwa hari ini tegas beliau telah membuka mata mereka untuk menolak perkara yang boleh mencemarkan nama Felda sebagai sebuah organisasi yang telah banyak berjasa.

Peneroka Felda juga jelas beliau, sedar bahawa kerajaan yang sedia ada sudah melakukan yang terbaik di dalam menjaga kepentingan Felda.


Justeru tegas beliau, pihak-pihak luar serta anasir-anasir yang berniat jahat memburukkan Felda boleh melupakan terus hasrat mereka untuk berbuat demikian.

“Kami juga hadir membawa memorandum. Rakan-rakan kami datang dari Felda Kemahang 3 ini datang bawa memorandum dengan tujuan nak serahkan kepada Mazlan Aliman.

“Mazlan Aliman kata dia tak nak terima..Dia tak nak terima memorandum yang kami beri. Memorandum ini tertulis beberapa perkara yang memaklumkan bahawa Mazlan Aliman ini penipu. Dia telah menipu peneroka.

“Selama ini kita telah mendengar macam-macam perkara dilontarkan oleh pihak-pihak makhluk perosak. Jadi mereka ini sedaya-upaya cuba untuk mempengaruhi orang-orang Felda.

“Orang Felda sudah celik mata..kita tak nak terima lagi fitnah-fitnah, perkara yang tidak baik ini yang cuba mencemar nama baik Felda. Kerajaan yang ada pada hari ini, kepimpinan yang ada pada hari ini sudah jaga elok Felda. Jadi tak perlu ada orang-orang luar nak cuba bawa anasir-anasir buruk tentang Felda,” ujar beliau.

Sumber

PT 
Rupanya si Mazlan Aliman ni kaki putar alam jugak, tak pasal-pasal peneroka Felda Kemahang 3 disonglap oleh Pengerusi 'ANAK' ni. Itulah yang peneroka pulak langsung tak guna akal dan fikiran, tahu ikut apa yang si penipu tu cakap. Kepada peneroka Felda Kemahang 3 sebelum percaya kepada  si makhluk penipu bertindaklah secara waras dan bukan seperti lembu dicucuk hidung.

MASALAH VISA GADIS BRAZIL JUAL DARA TERDAMPAR DI BALI


INGAT lagi tak nama Catarina Migliorini? Gadis Brazil berusia 20 tahun ini sempat membuat heboh dunia setelah menjual dan melelong dara seharga AS$780,000 (RM2.4 juta), untuk membentu kerja-kerja amal. Seorang pemuda Jepun bernama Natsu memenenginya. Tapi hingga kini Natsu belum mengambil 'hadiah' yang dimenanginya.

Catarina kini sedang berada di Bali. Gadis ini terdampar sedang menunggu visa untuk masuk ke Australia. Rencananya, hubungan badan pertama Catarina dan Natsu akan dibuat filem dokumenteri di atas pesawat antara Bali-AS dan dilanjutkan di Australia. Untuk keperluan itulah Catarina mengurus visa. Justin Sisely yang membuat filem dokumenteri mengenai keperawanan Catarina enggan terjerat hukum dan undang-undang di Indonesia. Kerana itu syuting dilakukan di luar wilayah Indonesia. Seharusnya jadual filem dibuat November lalu, tapi terhambat dokumen dan libur Natal serta Tahun Baru.

"Banyak hal diubah kerana masalah dokumen. Saat ini semua projek ditunda hingga tahun baru," kata jurucakap Justin Sisely, Frank Thorne seperti dikutipHuffington Post, Khamis (28/12).

Pembuat filem dokumenteri itu tiada masalah di Australia. Di Brazil, Jaksa Agung Joao Pedro bertekad mengusutkan kes yang dicurigai sebagai perdagangan manusia. Keputusan Catarina melelong dara itu mengejutkan banyak pihak. Mereka menyebut tindakan Catarina ini tidak jauh berbeda dengan pelacur.
Namun, Catarina menolak tindakannya itu disebut pelacur dan dia masih percaya dengan cinta.

"Jika anda melakukan hanya sekali seumur hidup maka itu tidak disebut pelacur. Seperti halnya anda memotret sekali tidak menjadikan anda seorang juru foto," ujarnya

Tindakan Catarina semakin menjadi kontroversi lantaran kisahnya itu akan dibuat filem dokumenteir oleh kru filem asal Australia dengan judul Virgins Wanted. Catarina menyebut kesempatan ini sebagai bisnis dan membuat dirinya dapat bepergian percuma serta mendapat bonus.

KENAPA PAS TAK ARAH MAT SABU TARIK BALIK GELARAN "ANWAR AL-JUBURI" KEPADA ANWAR ???

Dulu sebelum Anwar dipecat dari jawatan TPM dan Umno, Mat sabu selalu menyentuh isu liwat Anwar dan istilah yang pernah disebutnya adalah "ANwar buka kilang kunyit" dan yang paling popular ialah Anwar sebagai " Anwar Al-Juburi". Untuk pengetahuan sehingga kini Mat Sabu tak pernah menarik balik ucapannya itu. Pas Pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mat sabu itu.

Ini bermakna Pas Pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mat Sabu. Anwarr sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. kalau tidak benar, Mat Sabu WAJIB tarik balik ucapannya dan memohon maaf pada Anwar.

Sejarah telah membuktikan Anwar yang satu ketika dulu menjadi Presiden ABIM telah lari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai UMNO. Dengan tidak memilih Pas, ternyata Anwar tidak beliau tidak menjiwai Islam. Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah Anwar diberi kepercayaan sebagai PM. Mahukah Pas sekadar menjadi batu loncatan kepada Anwar dalam mengejar impiannya ???

Kalau PR menang, Islam tidak akan tertegak, apa lagi perjuangan Pas hendak diteruskan. Apakah Hj Hadi dapat memberi jaminan, setelah Pas berkuasa tanpa melaksanakan Hudud, maka Allah akan turunkan keberkatan, negara akan aman, tumbuhan dan ternakan akan hidup subur seperti mana keadaan penduduk yang Allah ceritakan dalam ayat 15 surah Saba'.

"Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya.Negeri kamu ini adalah negeri yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun."

Pendedahan S.Nalakaruppan terhadap Anwar berhubung isu biseksual adalah bukti, logiknya Nala membantu Anwar memenangkan PR sebab Anwar bakal PM. Tetapi tidak berlaku sedemikian kerana Nala amat mengenali siapa sebenarnya Anwar. Tapi kenapa Pas tidak ambil kisah semua itu. sepatutnya Hj Hadi menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat isu ini. Takkan Pas sebuah parti Islam sanggup berada di bawah PM yang terang-terang seorang biseksual dan peliwat. Teringat peribahasa, "anjing kalau dah biasa makan taik, kalau tak makan pun dihidunya juga"....

ADAKAH MB KEDAH TAHU TENTANG PEMBUNUHAN NUR FATIMAH ANIS ???

ALOR SETAR - Pembunuhan Nur Fatimah Anis Md Radzi dalam satu pergaduhan dipercayai berpunca daripada cemburu.

Seorang jiran Nur Fatimah yang enggan dikenali memberitahu, dia terdengar pertelingkahan antara seorang lelaki dan perempuan kira-kira jam 2 pagi semalam.

“Saya bangun, buka tingkap dan dengar suara orang bergaduh. Saya dengar suara seorang lelaki sedang memaki-hamun seorang perempuan. Saya juga dengar perempuan itu mengadu sakit dan meminta air,” katanya.

Katanya, pasangan itu kemudian keluar dengan motosikal dan pulang semula tidak lama kemudian dengan diikuti seorang lelaki, yang turut menunggang motosikal.

Difahamkan kedua lelaki itu juga bergaduh di luar kawasan rumah tersebut sebelum Nur Fatimah dihentak dengan objek keras.

Menurut jiran itu, suami wanita itu membawa isterinya masuk ke dalam rumah dan selepas itu dia tidak lagi dengar bunyi bising.

Katanya, dia difahamkan pasangan ini selalu bergaduh, dipercayai akibat cemburu.

"Tidak sangka kira-kira pukul 6.30 pagi, perempuan itu ditemui sudah meninggal dunia,” katanya.

Nur Fatimah dikatakan tinggal bersama ibu bapa suaminya, tetapi ketika kejadian, mentuanya dipercayai berada di rumah seorang lagi anak mereka di Pahang.


PT
Nampaknya semakin berleluasa kejadian jenayah di negeri pemerintahan pembangkang ni. Kes gadis dirogol ustad hijau pun belum selesai lagi. Apakah Ustad Jijan buat-buat tak kisah dengan kejadian-kejadian yang menimpa penduduknya?
Apakah Ustad Jijan tidak rasa bersalah? Apapun diucapkan takziah kepada keluarga simati.Al-Fatihah.

ANAK MEMBAWA PATUNG SALIB BUAT DEMONTRASI ???


Demo ANAK iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda melakukan demostrasi jalanan di hadapan bangunan Felda. Khabarnya nak serah memorandum kepada Felda utk menuntut Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad supaya letak jawatan.

Demostrasi nie bermula selepas solat jumaat bermula dari Masjid UTM menuju ke Wisma Felda, Jln Semarak.

Yang aku dok sedih tengok bila mereka nie dok berarak sambil bawak patung yang berwajah Isa Samad. Dah la bawak patung,pahtu digantung plok dgn rotan yang menyerupai salib. Ape dah jadi nie dgn puak2 nie??

Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub pun sertai demo nie. Doh guane, tak leh nak tegur ke? ataupun PAS sendiri yang merancangnya? Mane perginye islam dalam PAS?

Kita sesama islam patut ke menghina sesama umat dengan mengikut perbuatan menyerupai ajaran Kristian dgn menyalib org islam sendiri? Pikir la sendiri.. Aku pun tak faham la ape dah jadi dengan PAS skrg nie.

Kalu gini la gayanya, mungkin benar kata YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, PAS adalah Parti Ajaran Sesat. - Sumber

BERJALAN DAN BERGAYUT DI ATAS TALI TANPA PAKAIAN



Seorang gadis yang terkenal dengan aktiviti lasak, Hayley Ashburn telah berjalan di atas tali pada ketinggian 120 kaki tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan. Dia melakukannya di Mai Leung Thailand. Tapi apa yang menjadi persoalan orang ramai adalah dia lakukan tanpa sebarang pakaian. Hayley cuma menjawab isu tersebut dengan :

“to feel free, for the thrill and the fun of being naked in the wilderness where nobody can see”.


Namun gambar di bawah ini diambil oleh rakannya.



[FOTO] KEBAHAGIAAN BEKAS TUNANGAN APEK DI MAJLIS KONVOKESYEN


Apek kini sedang bahagia dan apa kata kita kisahkan sedikit tentang Aimie Harmelia atau Elia wanita yang pernah bertaktha di hati Apek.

Melalui blognya JejariRuncing, Elia berkongsi kegembiraan sempena majlis konvokesyen UITM baru-baru ini kerana berjaya menggenggam diploma dan dia berhasrat untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama pula. Tahniah untuknya.Lupakan kisah lalu...kejar impian yang belum tercapai....


Lihat foto Elia [SINI] di Majlis Konvokesyen UITM ke 77.


Friday 28 December 2012

[VIDEO] MOGOK LAPAR ALA PR OLEH ADAM ADLI DI DATARAN MERDEKA ???



Macamanala bakal guru ni boleh terjebak dengan puak-puak Penipu Rakyat ni. Pelik sangat-sangat dahlah begitu dia sendiri terikut-ikut dengan perangai menipu pemimpin PR. Kononnya mogok sampai 100 jam semasa demontrasi mahasewel di Dataran Merdeka yang lepas. Bro kalau mogok lapar tak makan dan tak minum la..ni minum bukan mogok la...apa punya bakal GURU yang BENGONG sangat !!! Tapi itulah belang sebenar puak-puak PR ni, anak buah dengan pemimpin sama sahaja sama-sama MENIPU !!!

SIAPA PUNYA KERJA KALENDAR ANTI HUDUD ???


"Do no think that hudud law does not affect you, it will" apa maksud ayat diatas ? Dalam terjemahan bahasa Melayunya "Jangan sangka Undang2 Hudud tidak ada kesan kepada anda, pasti ada" ..apa yang sebenarnya cuba dilakukan oleh mereka yang mengeluarkan kalendar ini ? Lihat [SINI]

GADIS JADI HAMBA SEKS KERANA VIDEO LUCAH !!!


JOHOR BAHRU – Keseronokan melakukan seks kali pertama selepas terpengaruh dengan video lucah di Internet menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun sanggup meniduri tujuh lelaki, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini.

Tanpa memikirkan risiko ke atas dirinya, gadis kecil ini rela bersama lelaki berkenaan di hotel bajet dan rumah sewa di bandar raya ini, meskipun baru berkenalan beberapa hari menerusi Internet tanpa mengenakan bayaran.

Gadis berkenaan juga bangga menceritakan pengalamannya kepada rakan sekolahnya, sebelum aktiviti sumbangnya itu terbongkar apabila ibunya mengesyaki anaknya kerap keletihan setiap kali pulang ke rumah, selain sering dipanggil guru kaunseling berikutan masalah ponteng sejak Julai lalu.

Membuat pendedahan tersebut, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak polis dan JKM untuk tindakan susulan berikutan mangsa di bawah umur.

“Bagi menyelamatkan gadis berkenaan, kami terpaksa menahannya selama 30 hari di pusat perlindungan JKM mengikut Seksyen 46 (2) (bb) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membantu menjalankan siasatan.

“Selepas dirujuk ke mahkamah, remaja berkenaan diarahkan menjalani perintah tahanan sementara selama tiga tahun di Batu Gajah, Perak dan dia akan dihantar ke sana hujung bulan ini untuk proses pemulihan.

“Diharapkan pendedahan ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa, supaya mengawasi tingkah laku anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik,” katanya kepada media semasa Majlis Penutup Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga di @Mart Kempas, di sini, semalam.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng yang merupakan wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr Robia Kosai.

Dalam pada itu, Song Cheng ketika membacakan teks ucapan Robia memberitahu, statistik JKM negeri merekodkan sebanyak 133 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah diselamatkan sehingga Ogos tahun ini.

“Manakala pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 158 kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Berdasarkan statistik ini ianya amat menyedihkan dan mendatangkan kebimbangan kepada kita apabila memikirkan adakah anak-anak kita selamat berada di persekitaran.

“Masyarakat perlu sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa, anggota keluarga dan anggota masyarakat untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak mereka selain perlu mengambil tahu dan peduli bagi memastikan keselamatan masyarakat sekeliling terjamin,” katanya. - Sinar

FOTO !!! DEMBA BA SUJUD SELEPAS JARINGKAN GOL



PENYERANG Newcastle United bakal ke Arsenal pada awal Januari ini, Demba Ba, dikenal sebagai pemain bola sepak Muslim yang taat. Selain dikenal sangat ketat dalam menjalankan praktik ritual keagamaan, Ba tidak segan mendukung perjuangan kemerdekaan Palestin dari penjajahan Israel.

Namun satu yang tidak boleh dilupakan, Ba dilabelkan pula sebagai pendakwah. Hal itu dilihat dari akaun twitter mantan pemain West Ham United itu, @dembabafoot. Di kala waktu dia mengingatkan bahawa selebrasi sujud merupakan cara bersyukur kepada Allah. Hal itu sebagai jawapan kepada kenyataan legenda bekas pemaian England  Gary Lineker yang menyebut pemaian itu sebagai orang sedang makan rumput.

Ba memang dikenal sebagai ikon pemain yang identik melakukan  sujud syukur selepas menjaringkan gol. Ba kadang menjawab mention akaun penggemarnya dengan jawapan "terima kasih ya Allah" dan "insyaallah".

Terakhir, tanpa diduga, ujung tombak Timnas Senegal itu mengucapkan salam, "Salam alaikoum" yang langsung di retweet 413 dan difavoritkan 70 penggemarnya. Dengan jumlah hampir 160 pengikut di twitter, Ba dapat berperanan dalam mengenalkan ajaran Islam. Tidak hanya dengan cara bertutur, melainkan melalui dakwah kultural.

RENUNGAN !!! AJAIBNYA SEDEKAH

Amalan jadikan mukmin tenang, raih ganjaran 700 kali ganda

Dewasa ini amalan bersedekah dan bantu-membantu sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk berbilang kaum serta budaya di negara ini. Sikap ini terus berkembang merentasi sempadan dunia hingga sampai ke negara memerlukan bantuan.


Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" - Surah al-Anam (ayat 160)

Kenapa sedekah dan bantu-membantu itu sering beriringan? Ini kerana ia adalah dua sikap yang lebih kurang sama. Kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, ia juga dikira sedekah. Malahan, senyuman manis dan perkataan baik yang mendamaikan hati dan telinga orang yang mendengar pun adalah sedekah.Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Namun, tidak pula dinafikan ada segelintir masyarakat kurang prihatin terhadap impak positif amalan sedekah terhadap dirinya dan juga masyarakat. Mereka berasa harta kurang apabila memberi selain berasa takut kehilangan barang kesayangan.

Mereka inilah yang kurang kefahaman dan keyakinan mengenai kelebihan bersedekah seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah.

Bagi yang kurang faham, bukalah hati dan minda untuk memahami betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan. Terdapat sifir mudah termaktub di dalam al-Quran di dalam Surah al-Anam, ayat 160, yang bermaksud, “Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya.”

Dalam hal ini, Pengetua Pondok Pesantren Daarul Quran Bulak Santri, Indonesia, Yusuf Mansur mempunyai penjelasan mengenai keajaiban sedekah.

Katanya, berdasarkan dalil al-Quran di atas, setiap kali kita memberi satu, kita akan mendapat 10. Asalnya, sekiranya kita ada 10, kita berikan satu pada orang lain yang memerlukan, baki yang kita ada ialah sembilan (10 – 1 = 9).

Jika kita memberi, memang secara zahirnya apa yang kita miliki itu akan berkurang. Namun, ia bertambah di sisi Allah SWT, malahan ganjarannya boleh sampai sehingga .
Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Apabila memahami sifir sedekah di atas, maka yakinlah sedekah akan menjadikan kita kaya dengan sekelip mata. Masakan tidak kaya, apabila memberi satu, bukan berkurang, tetapi ditambah dengan gandaan 10. Malah boleh digandakan hingga 700 kali ganda.

Justeru, jadikan amalan sedekah bukan sebagai amalan kebetulan iaitu jika tidak ke masjid, tidak bersedekah. Jika bukan hari Jumaat, tiada yang mahu disumbangkan, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian. Kalau tiada yang meminta, kitalah yang mencarinya. Alangkah hebatnya seorang Muslim yang tidak akan tenang hatinya jika tidak dapat memberi dalam sehari.


Thursday 27 December 2012

FOTO !!! HIMPUNAN SEDAR 2.0 DI KOTA BHARU UNTUK NIK AZIZ YANG TAK PERNAH SEDAR2...

Bukan seorang rakyat Kelantan yang berhasrat menukar kerajaan Pas kepada Kerajaan UMNO/BN pada PRU13 nanti. Pada pukul 10.00 pagi tadi satu Himpunan Sedar 2.0 telah diadakan di perkarangan Bangunan Mara Kota Bharu.Kepada rakyat Kelantan yang mahukan perubahan pemerintahan Negeri Kelantan. Himpunan ini dianjurkan oleh MTRK yang di ketuai oleh Azmi Ali. Beberapa pemimpin NGO Kelantan berucap termasuklah Perkasa dan Ombak serta Tukar.Isu-isu yang disampaikan ialah berkaitan dengan pemberian tanah oleh Nik Aziz kepada 2 cina Dap Perak.







 Hairan juga PT kerana semasa himpunan berlansung tiada seekor pun langau hijau yang melalui sekitar tempat himpunan sedang berlangsung. 

FOTO !!! KEBANGKITAN RAKYAT ANJURAN PAS BUNGKUS ???

Program Perhimpunan Kebangkitan rakyat di Machang yang gagal!




Solat serupo sembah Bendera PAS?



Dewan besar tu, dema banyok tu hahaha!



Perniaga kecewa ... penganjur takleh pitis






Memang betul-betul bersih tak ada orang







VIDEO !!! BOM KECIK BUNUH SKUAD PEMUSNAH BOM THAI



Video ini memaparkan detik-detik tidak diduga oleh Skuad Pemusnah Bom Thailand FAKAP yang menyangkakan Bom sekecil itu yang diletakkan di sebuah motosikal boleh menghasilkan satu letupan Maut.

Agak pelik juga kenapa Skuad Pemusnah Bom Thailand tidak memakai pakaian keselamatan seperti Skuad Pemusnah Bom negara-negara lain.
Mari saksikan rakaman sewaktu kejadian. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive