Showing posts with label Brazil. Show all posts
Showing posts with label Brazil. Show all posts

Saturday, 29 December 2012

MASALAH VISA GADIS BRAZIL JUAL DARA TERDAMPAR DI BALI


INGAT lagi tak nama Catarina Migliorini? Gadis Brazil berusia 20 tahun ini sempat membuat heboh dunia setelah menjual dan melelong dara seharga AS$780,000 (RM2.4 juta), untuk membentu kerja-kerja amal. Seorang pemuda Jepun bernama Natsu memenenginya. Tapi hingga kini Natsu belum mengambil 'hadiah' yang dimenanginya.

Catarina kini sedang berada di Bali. Gadis ini terdampar sedang menunggu visa untuk masuk ke Australia. Rencananya, hubungan badan pertama Catarina dan Natsu akan dibuat filem dokumenteri di atas pesawat antara Bali-AS dan dilanjutkan di Australia. Untuk keperluan itulah Catarina mengurus visa. Justin Sisely yang membuat filem dokumenteri mengenai keperawanan Catarina enggan terjerat hukum dan undang-undang di Indonesia. Kerana itu syuting dilakukan di luar wilayah Indonesia. Seharusnya jadual filem dibuat November lalu, tapi terhambat dokumen dan libur Natal serta Tahun Baru.

"Banyak hal diubah kerana masalah dokumen. Saat ini semua projek ditunda hingga tahun baru," kata jurucakap Justin Sisely, Frank Thorne seperti dikutipHuffington Post, Khamis (28/12).

Pembuat filem dokumenteri itu tiada masalah di Australia. Di Brazil, Jaksa Agung Joao Pedro bertekad mengusutkan kes yang dicurigai sebagai perdagangan manusia. Keputusan Catarina melelong dara itu mengejutkan banyak pihak. Mereka menyebut tindakan Catarina ini tidak jauh berbeda dengan pelacur.
Namun, Catarina menolak tindakannya itu disebut pelacur dan dia masih percaya dengan cinta.

"Jika anda melakukan hanya sekali seumur hidup maka itu tidak disebut pelacur. Seperti halnya anda memotret sekali tidak menjadikan anda seorang juru foto," ujarnya

Tindakan Catarina semakin menjadi kontroversi lantaran kisahnya itu akan dibuat filem dokumenteir oleh kru filem asal Australia dengan judul Virgins Wanted. Catarina menyebut kesempatan ini sebagai bisnis dan membuat dirinya dapat bepergian percuma serta mendapat bonus.

Tuesday, 2 October 2012

Pelajar Brazil Lelong Dara Untuk Kerja Kebajikan !!!

FLORIANOPOLIS, Brazil – Catarina Migliorini, seorang pelajar wanita bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar online, Huffington Post.


Sehingga kini, Migliorini, 20, menerima bidaan tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Catarina Migliorini menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.


“Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus.Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur,” kata Migliorini.
Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan kelamin buat kali pertama.


Pelajar Brazil Lelong Dara Untuk Kerja Kebajikan
Pelajar Brazil itu bakal menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka bakal melakukan hubungan itu menggunakan kondom di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.


Sumber : 4blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive