Saturday, 25 May 2013

Lagi Pemimpin Pembangkang Akan Didakwa Di Mahkamah Dan Akan Lepas Bebas???

Propaganda Pakatan Pembangkang dengan demo-demo haram post-PRU13 mereka bakal terbantut dan tidak menjadi apabila lebih ramai lagi yang didakwa dan dipanggil pihak polis.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu. 

Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama. 

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei. 

Su berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwagagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh seterusnya. Lebih ramai lagi yang berdepan dengan tindakan undang-undang dek kebebalan mereka tidak mahu hormat kepada undang-undang.

Tambahan pula, rakyat Malaysia sudah muak dengan propaganda pakatan pembangkang dan lakonan Anwar Ibrahim yang berjanji akan undur diri daripada politik jika gagal menawan Putra Jaya. - 
sumber

Terbongkar!!! MB Kelantan Mula Mencantas Orang2 Nik Aziz???

Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.

Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.

Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas,besi dan sebagainya.Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. 

Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata.

Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob,apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi.Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.

Namun bila diteliti semula,jelas seakan ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob,barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.

Bukan satu rahsia pun,banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.

Bukan saja tender,malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati. 

Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan,namun sebagai MB Kelantan yang baru,Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.

Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit,mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.

Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.

Sumber

Friday, 24 May 2013

Dasar Penipu!!! Pembangkang Menipu 'BLACKOUT' - PRU13 Rupanya Lakonan Terhebat???

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive