Tuesday 14 June 2016

YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menerbitkan sebuah buku bertajuk “Mesti Dapat Kerja” bagi berkongsi pengalaman dengan anak-anak muda setempat cara terbaik untuk mendapatkan kerja. Budiman mendapat idea menerbitkan buku selepas sering mendengar keluhan anak muda sukar mendapat pekerjaan.

Buku tersebut dilancarkan pada Selasa di pusat Giat MARA Sungai Besar dan diedarkan kepada kira-kira 100 pelatih di situ, ia juga merupakan buku ketiga diterbitkan beliau sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

Budiman berkata buku yang ditulis dan diterbitkan itu selepas mendengar sendiri keluhan ramai golongan belia yang sukar mendapat pekerjaan selepas ditemuduga atau tidak pandai memohon pekerjaan yang ditawarkan.

“Dalam buku ini ada sedikit perkongsian mengenai bagaimana caranya mencari pekerjaan yang sesuai dan cara menghadapi temuduga, disertakan dengan ilustrasi yang mudah difahami sebagai input tambahan kepada anak muda yang gagal mendapatkan pekerjaan.

“Tindakan saya menerbitkan buku bukanlah sesuatu yang asing kerana agenda menyampaikan ilmu pada bangsa sudah dilakukan sejak saya baru menjadi wakil rakyat lagi,” katanya hari ini.

Budiman berkata, beliau pernah melihat borang permohonan kerja yang dihantar golongan belia yang perlu diperbaiki kerana memberikan emel yang tidak sesuai, meletakkan akaun media sosial atau maklumat yang tidak menarik. Katanya, perkara sedemikian mungkin perkara kecil bagi pemohon tetapi sebaliknya bagi bakal majikan.

“Golongan belia juga harus memperhalusi bidang pekerjaan yang mereka mahu pohon bagi memastikan ia bersesuaian dengan prospek ekonomi semasa atau tidak. Sebagai contoh, bidang pertanian atau nelayan mungkin tidak bersesuaian dengan kebanyakan belia tetapi mereka boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan berkenaan jika mahu berusaha.

“Pada masa sama, setiap belia perlu mempunyai idola yang boleh contohi selain tidak lagi kabur dalam memilih cita-cita,” katanya. Budiman berkata, buku berkenaan diedarkan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan dan ia sebagai salah satu khidmat serta sumbangan beliau kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja sepanjang berkempen tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk rakyat terutamanya golongan belia.

Pengundi-pengundi parlimen Sg Besar tidak perlu berfikir panjang dalam siapa calon yang layak untuk memimpin anda. Jangan sesekali tersilap langkah memilih calon yang hanya reti berjanji bulan dan bintang tetapi hanya janji sahaja. PT yakin dan percaya calon BN adalah calon yang paling untuk membela nasib penduduk Sg Besar. Fikir-fikir dan renung- renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive