Monday, 13 June 2016

Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan Rakyat @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi berkata bahawa segala permasalahan yang berhubung isu kesejahteraan rakyat di kawasan parlimen Sungai Besar akan menjadi fokus utama beliau untuk diselesaikan sekiranya BN diberi peluang sekali lagi untuk menjadi wakil bagi rakyat di kawasan parlimen ini.

Jelas beliau, inilah tugas sebagai seorang wakil rakyat yang menjadi orang tengah bagi menyampaikan sebarang permasalahan rakyat setempat kepada kerajaan pusat.

“Saya suka mengambil tema permasalahan ini dengan kaedah bagaimana kita mahu memastikan kesejahteraan rakyat itu dilaksanakan secara berterusan.

“Jika berdasarkan kluster pengundi sama ada nelayan, penanam padi dan pekebun, mereka punyai masalah tersendiri yang berkaitan dengan kesejahteraan mereka. Kalau mereka merasakan punca pendapatan mereka terganggu, maka itu adalah satu isu bagi mereka.

“Contohnya majoriti daripada pesawah padi merasakan isu pemutuan padi dengan potongan sebanyak 20 peratus itu menyusahkan mereka.

“Tetapi dalam masa yang sama ada aspek-aspek lain yang perlu diambil kira sebagai contohnya sistem pengairan, suhu akibat bencana seperti El Nino kesan daripada perubahan cuaca, jadi perkara-perkara ini perlu juga untuk kita ambil kira dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam satu temubual ekslusif di sini hari ini.

Tambah beliau, begitu juga dengan golongan nelayan. Golongan ini juga punyai masalah tersendiri di mana nelayan di persisiran pantai di kawasan ini merasakan kaedah mereka mencari makan terganggu, dengan kehadiran pukat-pukat tunda yang melepasi kawasan mereka.

“Manakala golongan pekebun sayur di kawasan ini pula merasa terganggu dengan isu kenaikan harga racun dan baja yang semakin meningkat dan ianya diluar kawalan mereka.

“Jadi inilah perkara-perkara yang dikatakan sebagai isu kesejahteraan rakyat yang perlu diselesaikan dengan melihat pelbagai aspek, agar permasalahan ini dapat diselesaikan dan jalan penyelesaian yang diambil perlu mengambil kira faktor-faktor kesejahteraan rakyat secara berterusan,”ujarnya.

Justeru itu tegas Budiman, sekiranya beliau diberi peluang oleh pengundi di kawasan parlimen Sungai Besar ini untuk menjadi wakil rakyat mereka, maka sudah pasti permasalahan rakyat di sini menjadi lebih mudah untuk disampaikan kepada kerajaan pusat.

“Inilah tugas saya sebagai mediator atau sebagai orang tengah antara rakyat dan kerajaan. Hari ini, kerajaan BN adalah kerajaan pusat dan Alhamdulillah, saya juga mewakili kerajaan BN.

“Jadi insyaAllah apa yang saya sebutkan tadi sebagai isu kesejahteraan rakyat akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling mudah untuk kita selesaikan, demi untuk manfaat rakyat di kawasan parlimen ini,”ujarnya.

PT yakin dan percaya pengundi - pengundi parlimen Sg Besar tidak mudah untuk ditipu oleh pihak pembangkang dalam menentukan wakil rakyat mereka. Inilah masa dan peluang terbaik menentukan masa depan penduduk Sg Besar ke arah kesejahteraan dan kemudahan serta pembangunan. Fikir - fikir dan renung-renungkan. Pengundi- pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive