Sunday 12 June 2016

Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -TPM #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi yang sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebagsaan Malaysia (UKM) perlu dipilih pengundi kawasan itu bukan saja bagi meneruskan legasi Allahyarham Noriah Kasnon tetapi juga mampu membawa pelbagai kecemerlangan di peringkat Parlimen terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan keyakinan yang ada, Budiman mampu menamatkan pengajian tesis Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) kelak, sekaligus dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di Parlimen Sungai Besar.

“YB (Yang Berhormat) Budiman mesti selesaikan tesis PhD. Kalau boleh cemerlang beliau (Budiman) akan cemerlang sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar.

“Budiman adalah antara pelajar cemerlang akademik di Universiti Putra Malaysia sebelum ini. Saya galakkan beliau terus pengajian beliau dalam doktor falsafah,” kata Dr Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Masjid Nurul Falah Kampung Sungai Leman, Sekinchan, sebelum majlis berbuka puasa bersama penduduk di kawasan berkenaan pada Jumaat. Dalam ucapan yang sama Dr Ahmad Zahid menyentuh soal agama di mana beliau mahu semua rakyat di negara ini menghormati sesama agama kerana keharmonian di negara ini wujud atas dasar menghormati agama dianuti masing-masing.

“Gambaran terhadap Islam dibuat oleh musuh-musuh Islam berlaku di luar negara tetapi tidak di sini kerana keharmonian telah wujud dan telah mendapat kesefahaman pelabagai agama.

“Namun kita lihat dalam PRK di sini dan Kuala Kangsar ada beberapa pihak cuba mainkan isu termasuk isu bilboard dimana wujud persoalan agama dan perkauman,” katanya.

Justeru jentera UMNO dinasihatkan tidak melakukan perkara yang sama dengan mematuhi etika yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha mengekalkan keharmonian sedia ada meskipun berbeza pandangan politik.

Pengundi-pengundi parlimen Sg Besar anda tidak perlu pecah kepala untuk berfikir untuk memangkah calon dari parti mana. YB Budiman adalah pilihan yang tepat untuk memimpin parlimen Sg Besar bagi kesejahteraan penduduk yang berbilang kaum. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi-pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive