Monday 29 September 2014

Bermula Episod MB Selangor Di'remote control' Bang Non???

Kalau sungguh Anwar nak 'remote control' Azmin MB Selangor pun tak perlu la kut sampai buat secara terbuka macam ni, buat diam-diam dah la. Atau pun mungkin Anwar sebenarnya ada tujuan lain, tujuan yang lebih bersifat peribadi.

Gambar file Bernama Malaysiakini melaporkan: Menteri besar baru Selangor Azmin Ali diminta mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu. - Mkini.

Malaysiakini juga melaporkan:

Katanya, Azmin sudah diberitahu untuk menyenaraikan individu atau pemegang saham di balik syarikat-syarikat berkaitan. - Ibid.

Yang Anwar ni kalut sangat Isu air ni pasal apa? Tak boleh sabar ke. Baru berapa hari ja Azmin angkat sumpah sebagai menteri besar Selangor dah arahkan Azmin macam-macam.

Tambah-tambah bab nak dedahkan siapa yang dapat untung berjuta ringgit hasil perjanjian air Selangor tu, pasal apa nak kalut sangat suruh dedah, nanti-nanti pun boleh. Belambak lagi benda-benda yang lebih perlu disegerakan yang patut Azmin rancang dan buat.

Kalau sungguh Anwar nak 'remote control' Azmin MB Selangor pun tak perlu la kut gelojoh sangat dan sampai buat secara terbuka macam ni, buat diam-diam dah la. Atau pun mungkin Anwar sebenarnya ada tujuan lain, tujuan yang lebih bersifat peribadi.

Persepsi PT, dengan aksi gelojoh tak sabar Anwar ni PT rasa bukan sangat pasal 'ketelusan' tapi lebih kepada nak 'bersihkan' nama dia yang tercemar teruk sebab gagalnya #KajangMove.

Bila didedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air tu, orang ramai akan sibuk dengan cerita hangat tu dengan harapan cerita pasal gagalnya #KajangMove tenggelam. 29/9/2014

Remaja Dibaham Harimau Di Zoo India, Ini Cerita Sebenar

Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia. Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.

Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.

Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja. Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.

Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit. Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian.

Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.

“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo. Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.

Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut. – Sumber

Saturday 27 September 2014

Berkuburnya PR Di Pengkalan Kubor???

Kecelakaan yang dilalui oleh PR di Selangor berterusan di Kelantan apabila kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kepada Barisan Nasional dengan peningkatan majoriti daripada 1,736 kepada 2,635 undi kali ini.

PAS sebenarnya dihukum oleh rakan-rakan gabungannya sendiri. Ketidakhadiran Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sepanjang kempen PRK ini menimbulkan tanda tanya, ditahap mana sebenarnya semangat pakatan mereka.

Menariknya, yang beria-ria dengan Langkah Kajang adalah PKR dan DAP, yang mahukan Khalid Ibrahim berundur adalah PKR dan DAP, yang menerbitkan tohmahan dan tuduhan palsu terhadap Khalid Ibrahim adalah PKR dan DAP.

Yang mahu jadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah PKR dan DAP, yang mencabar Istana Selangor dengan menghantar satu nama calon MB adalah PKR dan DAP tetapi beban kesalahan diletakkan pada empat bekas Exco daripada PAS yang membantu pentadbiran Khalid Ibrahim ketika itu untuk memastikan tiada pilihanraya kecil negeri malah mereka dilabel pula sebagai pengkhianat oleh DAP.

Harus diakui bahawa kemenangan dengan majoriti yang besar oleh BN juga menjadi isyarat kuat pengundi yang menolak mainan persepsi PR melibatkan isu-isu semasa seperti GST, kenaikan kos sara hidup, royalti minyak dan sebagainya.

Pengundi mahukan pembangunan dan soalnya apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS begitu lemah dalam soal pembangunan hinggakan pengundi menolak PAS? Ironinya, PR cuba dan mahu untuk kuburkan BN tetapi ditimbus liang lahad yang digali oleh mereka sendiri.

'Kajang Move' PKR , Bermula Keretakan PR - Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Pakatan Rakyat (PR) kerana mencetuskan kebuntuan menteri besar Selangor dan menegaskan tugasnya sebagai pemerintah negeri bukan sekadar satu istiadat kerasmian, mempertahankan peranannya melantik Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu.

Katanya, kebuntuan itu dimulakan oleh 'Langkah Kajang' yang diilhamkan PKR bertujuan menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini dipecat daripada parti itu kerana enggan berundur.

"Seperti yang kita sedia maklumm, pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang baru ini adalah disebabkan PKR dan DAP tiada mempunyai keyakinan kepada Khalid yang menyandang menteri besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

"Oleh itu, seorang menteri besar yang baharu dan exco baharu juga perlu dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor ini," titahnya semasa Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Sultan Selangor bertitah, baginda tidak gembira apabila timbul pelbagai hasutan dan tohmahan memburukkan Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatannya sehingga tidak menghormati bulan puasa.

"Hasut-menghasut dan melempar tohmahan terhadap Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan kerja amal yang diredhai Allah untuk membersihkan dosa dan maksiat."

Titahnya, baginda sudah menyeru dan mengingatkan beberapa kali kepada rakyat Melayu beragama Islam di Selangor agar sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah di bulan Ramadan supaya diterima Allah.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Sultan berkata krisis yang berlaku membuka mata dan hati serta pandangannya terhadap politik di negeri itu dan mempertahankan peranannya dalam melantik seorang yang bukan pilihan PKR dan DAP sebagai menteri besar.

Selepas Sultan mengumumkan Azmin sebagai menteri besar minggu lepas, dan bukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beberapa peguam Perlembagaan dan pengkritik mengatakan pelantikan itu cacat dan tidak mengikut Perlembagaan negeri.

"Ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang.

"Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta."

Katanya, baginda kecewa dengan sikap segelintir ahli politik yang sengaja tidak faham peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka ada agenda tersembunyi.

Titahnya, oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu sebagai lambang sahaja tanpa ada peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan yang sempurna.

"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihat menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titahnya.

Baginda juga berterima kasih kepada rakyat Selangor kerana menyokongnya dan percaya kemampuannya menyelesaikan kemelut menteri besar.

Titahnya, faktor ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Selangor menjadi keutamaannya mengendalikan krisis ini. Sultan Sharafuddin turut menitahkan 10 exco baharu supaya memberi sokongan padu kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Lupakan segala sengketa lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor yang memberi mandat kepada tuan puan sebagai wakil rakyat mereka.

"Rakyat tidak suka melihat negeri Selangor ini di dalam kucar-kacir dan mereka tinggal di dalam ketakutan dan kesengsaraan," tegas baginda. Baginda berharap dengan pelantikan Azmin, parti PAS, PKR, DAP yang diberi mandat memerintah Selangor akan dapat bekerjasama demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Titahnya, rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat menetap di Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Pada masa sama, baginda turut menasihati orang Melayu-Islam tidak berpecah-belah dan tidak ekstremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

"Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi kepentingan sendiri," katanya. Baginda khuatir jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

"Beta sentiasa berdoa supaya negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang beta kasihi ini," titahnya. 

Sumber

Friday 26 September 2014

Punca Sebenar Tersungkurnya Pas Di PRK Pengkalan Kubor

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.

PT yakin ramai penyokong PAS tengah kepeningan mencsti apa punca sebenar calon PAS boleh kalah di PRK Pengkalan Kubur. Kalah tu pulak bukan sikit tapi majoriti kalah jauh lebih besar berbanding PRU13 lepas.

Malaysiakini dalam berita bertajuk

"PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah" melaporkan:

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

Malaysiakini juga melaporkan:

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malaysiakini juga melaporkan:

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi. 

PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja. Takkan Timbalan Menteri Besar Kelantan tipu kut. Hahaha.

Malaysiakini juga melaporkan:

Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

Bab pengundi muda ni majoritinya mungkin mereka meluat dengan PAS dan PR. Anak muda yang majoritinya ada akses internet tentu ada persepsi yang kurang elok tentang PAS dan PR hasil aksi mengarut PAS dan PR isu krisis MB Selangor.

Apa pun, PT yakin PAS akan buat postmortem kekalahan PRK Pengkalan Kubor ni dan pasti akan menyalahkan UMNO dengan pelbagai tuduhan termasuk pengundi hantu. Sepatutnya PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Thursday 25 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - BN Tak Kalah Pas Tak Menang

TUMPAT: Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor tiba dengan 24,039 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 12 Pusat Mengundi yang telah dibuka seawal pukul 8 pagi.

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN iaitu Tuan Haji Mat Razi Mat Ail dan calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim serta seorang calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail.

Ikuti bersama  untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang tempoh hari pembuangan undi hingga keputusan diumumkan.

LIVE UPDATE

KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN MENANG MAJORITI 2625.

7.40pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI

PDM SIMPANGAN
BN 878 PAS 263 & BEBAS 6
BN MENANG MAJORITI 615

7.39pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KEDAI GETING BN 531 PAS 679 & BEBAS 2
– PAS MENANG MAJORITI 148

7.36PM -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG GETING BN 1023 PAS 1293 & BEBAS 3 – PAS MENANG MAJORITI 270

7.35pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG KETIL BN 1015 PAS 1012 & BEBAS 4 – BN MENANG MAJORITI 3

7.25pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI: BN MENDAHULUI PAS DENGAN MAJORITI 2652

7.22pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TEBING BN 502 PAS 609 & BEBAS 2 – PAS MENANG MAJORITI 107

7.20pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG BENDANG PAK YONG BN 1099 PAS 878 & BEBAS 5 – BN MENANG MAJORITI 221

7.17pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM BUNOHAN BN 783 PAS 315 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 468

7.15pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TELAGA BATA BN 722 PAS 607 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 115

7.10pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM JUBAKAR DARAT BN 754 PAS 77 & BEBAS 1 – BN MENANG MAJORITI 677

7.05pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TUJOH BN 1082 PAS 971 & BEBAS 6 – BN MENANG MAJORITI 111

7.00pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM PENGKALAN KUBOR BN 1033 PAS 476 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 557

6.30pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TELUK JERING BN 424 PAS 108 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 316

6.00pm – RASMI: Jumlah keluar mengundi ialah 23,929 @ 73%.

Terus ikuti bersama kami untuk mengetahui keputusan terkini PRK N.01 Pengkalan Kubor. 5.10pm – SPR mengesahkan semua 45 saluran di 11 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor telah ditutup.

Sekarang ini proses pengiraan undi dijalankan di setiap saluran sebelum dibawa ke SMK Dato’ Biji Wangsa untuk dijumlahkan.

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Terkini!!! Belang Sebenar Pas

Inilah Pas sejenis parti yang serba boleh dalam segala hal. Tengoklah apa yang penyokong mereka buat???

Statistik % keluar mengundi...

01.00 t/hari-02.00 petang:

PDM Pengkalan Kubor: 79 (3.28%)
PDM Kg. Ketil: 131 (4.10%)
PDM Kg. Tebing: 47 (3.09%)
PDM Kg. Geting:  110 (3.28%)
PDM Simpangan: 57 (3.70%)
PDM Tujoh: 81 (2.86%)
PDM Telaga Bata: 30 (1.75%)
PDM Bunohan: 77 (5.38%)
PDM Jubakar Darat: 33 (3.33%)
PDM Bendang Pak Yong: 195 (7.02%)
PDM Teluk Jering:  21 (3.27%)
PDM Kedai Geting: 24 (1.57%)

Jumlah:  (885) 3.68%)

Keseluruhan setakat ini: 15,180(63.15%)

Insyaallah BN menang dengan izin Allah.

PRK #PengkalanKubor - Terkini - Teruk Pas Dipinggir PKR & DAP Tanda Pas Bakal Tersungkor!!!



Sejumlah 27 peratus atau 6,618 daripada 23,929 pengundi biasa keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sehingga 10 pagi ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Tinjauan mendapati pengundi warga emas turut dibantu petugas SPR dengan kerusi roda untuk masuk ke pusat pengundian.



10.50am – PDM Kampung Teluk Jering mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu68.22% dan PDM Kedai Geting mencatatkan peratusan terendah iaitu 23.29%.


Terkini peratusan keluar mengundi sihingga jam 11.00 pagi..

43 peratus - 10,367 orang  - SPR



TIDAK RASMI. 10.30 pagi  Keputusan keluar mengundi: 

PDM 

Simpangan 616 @ 40.03%, 
Tujoh 1,026 @ 36.16%, 
Pengkalan Kubor 574 @ 23.88%, 
Kampung Ketil 1,004 @ 31.39%, 
Kampung Tebing 605 @ 39.83%, 
Kampung Genting 1,295 @38.60%, 
Telaga Bata 719 @ 42.05%, B
unohan 410 @28.63%, 
Jubakar Darat 458 @46.26%, 
Kampung Bendang Pak Yong 1,195 @ 43.05%, K
ampung Telok Jering 438 @68.22% 
Kedai Genting 355 @ 23.29%.



10.30am - TIDAK RASMI. Jumlah Keluar Mengundi ialah 8,572 @ 35.82%.


PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - TERKINI!!! Sudah 30% Keluar Mengundi


Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.


Seramai 23,930 pengundi akan memilih wakil rakyat mereka dalam pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN), PAS dan seorang calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Sepanjang 12 hari berkempen yang bermula sejak 13 September lalu tidak banyak isu nasional yang dibincangkan dan kempen lebih berfokus kepada isu negeri dan tempatan.


Calon BN Mat Razi Mat Ail merupakan bekas guru yang mula berkhidmat pada 1988 di Sekolah Kebangsaan Bunohan dan bergiat aktif dalam Umno sejak 20 tahun lalu.

11 pusat pengundian sudah dibuka seawal jam 8.00 pagi. Calon BN telah selesai mengundi di SK Simpangan pada jam 9.00 pagi manakala calon PAS mengundi di SK Bendang Pak Yong pada jam 8.10 pagi. Jumlah keluar mengundi sehingga jam 9.30 pagi ialah melebihi 5000 orang atau 30%.


Mengikut statistik tidak rasmi pukul 9.15 tadi jumlah keluar mengundi di PDM adalah seperti berikut:

1. PDM Kg Ketil - 505 @ 15.79%
2. PDM Kedai Genting - 187 @ 12,27%
3. Kg Telok Jering - 159 @ 24.77%
4. PDM Kg Bendang Pak Yong - 422 @ 15.20%
5. PDM Jubakar Darat - 283 @ 28.59%
6. PDM Bunohan - 384 @ 26. 19.30%
7. PDM Simpangan - 244 @ 15.85%
8. PDM Kg Geting - 629 @ 18.75%
9. PDM Kg Tebing - 370 @ 24.36%


Buatlah pilihan tepat!!! Sokong dan dokong calon BN!!!




Wednesday 24 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Insya Allah!!! Kerusi DUN N01 Kekal Milik BN Esok

Di sebalik pergolakan politik di Selangor yang menjadi tumpuan banyak pihak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor esok tidak kurang menariknya, sama ada ia memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Pas atau Bebas.

Pertembungan tiga penjuru itu pastinya menarik tumpuan pemerhati politik tanah air yang ingin tahu apakah BN mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Ataukah Pas yang bergeseran di Selangor bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih mendapat sokongan rakyat di Dun itu?

Ramai melihat pilihan raya kecil ini lebih kepada pertembungan antara BN dan Pas sahaja yang mana kedua-dua parti itu sedaya-upaya cuba meraih sokongan rakyat, sekali gus menguji tahap sokongan kepada parti di kerusi Dun Pengkalan Kubor.

BN perlu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas bagi memastikan suara BN sebagai pembangkang di Kelantan tidak berkurangan pada sidang Dun. Bagi Pas, pilihan raya kecil ini dilihat sebagai platform 'menebus maruah' yang tercalar ekoran perbalahan parti pakatan berikutan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

Pada masa ini, komposisi Dun Kelantan yang berjumlah 45 kerusi menyaksikan 32 daripadanya milik Pas, satu PKR dan 11 BN. Kedudukan satu lagi kerusi iaitu Dun Pengkalan Kubor akan ditentukan esok.

Insya Allah BN akan mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk kali kedua.

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Doa Kerat Lidah Dan Buta Mata Sesiapa Tak Pakoh Bule!!!


Masya Allah , kuasa ALLAH menghukum umatnya yang menyimpang dengan pantas dan berpadan amat jelas sekali. Sudah sudahlah tu...ingat mati lah pulak. Hari itu dia kata apa takut mati semua orang mati. MEMANGlah siapa yang nak mati tapi mati yang bagaimana??? Insya Allah doa bukan untuk menghancurkan UMNO!!!


PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Kempen Terakhir Pas Dengan Rasuah

Bagi PAS, sekiranya UMNO memberi sumbangan kepada masyarakat dianggap sebagai rasuah. Namun bagaimana dengan pemberian PAS kepada pengundi Pengkalan Kubor?

Ini bermakna PAS juga memberi rasuah untuk mendapat dan membeli pengundi. Ini terbukti di Pengkalan Kubor. PAS membawa dan menghantar barangan kepada pengundi. PAS pasti akan menyatakan ini kononnya sedekah dari PAS.

Dalam hal ini PAS menghalalkan setiap cara. Yang menghairan dari mana sumber kewangan PAS ini ? Sedangkan setiap kali ceramah pasti akan mengumumkan tabung sumbangan untuk ceramah. Adakah dari hasil pembalakan yang disapu oleh PAS?

Mungkin ada kebenarannya duit ini hasil dari pembalakan, perlombongan yang dilakukan secara haram. Inikah yang kita nak pilih wakil untuk merajui DUN N01.

Nampaknya Pas beria2 benar untuk merampas Pengkalan Kubor dari tangan UMNO/BN. Kepada penduduk Pengkalan Kubor buatlah pilihan terbaik demi masa depan dan kesejahteraan semua. Selamat mengundi kepada semua pengundi. N01.

Tuesday 23 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - VIDEO & FOTO Mengapa Penduduk Pengkalan Kubor WAJIB UNDI Mat Razi

Tak perlu buat pilihan lagi. Rakyat dan pengundi Pengkalan Kubor memang perlu memilih calon Barisan Nasional. Buat apa undi pada parti yang sedang dilanda kemelut Pakatan? Kalau mereka sibuk berbalah siapa nak jaga rakyat?












PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - VIDEO!! Pas Sudah Mengaku Kalah Di Saat Akhir???

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Lagi Bendera BN Dicabut Dan Dibuang!!!

Terkini 2 sepanduk BN telah ditoreh dipercayai menggunakan pisau di Kg Bunohan . Kejadian ini berlaku sekitar pukul 2.00 Pagi .

Mengikut cerita orang kampung yang meronda di kawasan ini semasa kejadian berlaku mereka ternampak 1 kereta telah berhenti di depan Poster ini di pasang dan keluar seorang pemuda menoreh sepanduk dengan menggunakan pisau dan lari masuk dalam kereta menuju ke tempat lain.

Orang kampung mengejar kereta tersebut , namun kereta tersebut berhenti di hadapan Rumah Pas Kubang Kerian dan turun masuk ke Rumah tersebut. Pihak Polis telah membawa suspek ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut.

Monday 22 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Royalti Minyak!!! Pas Sudah Panas Punggong

Isu royalti minyak Kelantan kembali hangat apabila BN dilihat mula membalas 'serangan' daripada PAS. Sebelum ini, PAS dan NGO yang menuntut royalti minyak R menggantung beberapa kain rentang mengenai isu royalti minyak antaranya bertulis

"Undi calon untuk royalti, tolak pengkhianatan rakyat Kelantan". Malah terdapat juga papan tanda daripada pihak urus setia penerangan kerajaan negeri yang bertulis "Royalti perjanjian sama, jarak lebih dekat, royalti tak dapat".

Terdapat satu gambar peta yang menunjukkan perbezaan jarak antara tempat pendaratan gas asli di Songkla, Thailand dan Kota Bharu. Papan iklan itu juga bertulis "Royalti: Kelantan terus dianiaya".

Kain rentang dan papan tanda itu diletakkan di sepanjang jalan raya antara Bunohan, Jong Bakar dan Getil. Bagi membalas serangan itu, BN semalam menaikkan satu papan tanda besar bagi menangkis dakwaan PAS.

Papan tanda itu bertulis "RM12 bilion fitnah besar PAS. Tetapi demi rakyat, mulai tahun depan wang ehsan akan disalurkan 50% kepada Majlis Agama Islam Kelantan dan 50% disalur terus kepada rakyat Kelantan".

Papan tanda daripada BN itu turut memetik ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. BN meletakkan papan tanda tersebut di dua tempat iaitu di hadapan Wat Machimmaram, Jong Bakar dan di jalan Cabang Tiga berdekatan pusat operasi BN. Isu royalti minyak Kelantan menjadi antara isu hangat sempena PRK Pengkalan Kubor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencabar kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pusat “berhutang” bayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Katanya, BN bersedia untuk menjawab isu berkenaan sekiranya ia timbul dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, PAS sebelum ini pernah meminta Umno tidak memainkan isu royalti minyak semasa PRK Pengkalan Kubor. Ia berikutan kes tersebut masih di mahkamah.

Tetapi pemimpin jentera parti itu, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, PAS tetap akan membangkitkan isu royalti minyak dalam kempen pilihan raya kecil tersebut walau BN kelihatan tidak berminat untuk mengetengahkan isu berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2012 mengundang PAS untuk menyertai satu jawatankuasa untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak pada Kelantan.

Pada masa itu, pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menguar-uarkan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada 5 Mei tahun lalu.

Usaha Kelantan untuk mendapatkan hasil minyak tersebut dijalankan melalui injuksi interlocutari ke atas Petronas untuk menghalang syarikat petroleum tersebut daripada membayar royalti kepada kerajaan persekutuan atau ejennya.

Dalam permohonan tersebut, kerajaan Kelantan mengemukakan alasan bahawa hasil tersebut sepatutnya diperolehi kerajaan negeri. Negeri di tangga kedua paling miskin di Malaysia itu sehingga kini kekal bawah pentadbiran PAS.

PRK#PengkalanKubor #BN4N01 - Royalti Minyak!!! Siapa Takiyuddin Berani Hina Istana???

PAS nampaknya terus memainkan isu wang ehsan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor, Penasihat Jentera Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa penyelesaian sementara antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri sebagai menghina mahkamah.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, penyelesaian sementara pembahagian 50-50 Jabatan Pembangunan Persekutan (JPP) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 menghina mahkamah. Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan Persekutuan boleh mengatasi mahkamah sedangkan sehingga kini mahkamah belum membuat sebarang keputusan.

“Tidak boleh, kes tuntutan ini masih dalam mahkamah. Bolehkah kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Itu isunya.

“Mahkamah belum putuskan lagi, soal tiga batu nautika itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir dalam kes royalti ini. Ini satu penghinaan kepada mahkamah,” katanya dalam satu sidang media harian PAS di pengkalan Kubor Isnin.

Turut serta dalam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh MAIK pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.

Ia merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan kerajaan Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata wang ehsan tersebut tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti masih berjalan di mahkamah. “Persoalan 50 peratus tidak timbul walaupun diberi dan mungkin diterima MAIK tetapi tuntutan royalti tetap dan perkara ini masih dalam proses mahkamah.

“Kalau hendak bagi boleh tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya. Mengulas lanjut mengenai dokumen laporan daripada Jawatankuasa Khas Mengkaji Tuntutan Kelantan terhadap royalti petroleum, Takiyuddin menjelaskan ia bukan penyelesaian kes.

“Memang ada wakil kerajaan negeri iaitu Tengku Mahkota Kelantan. Itu satu siri perbincangan antara kerajaan Pusat dan negeri, belum habis lagi.

“Pengerusi atau wakil ini akan bentang kepada kerajaan negeri dan tuntutan di mahkamah tetap diteruskan. Ini bukan penyelesaian kes. “Bukan kata kita dapat 50 peratus kita tarik balik kes di mahkamah, tidak. Tidak ada kena mengena langsung. Dia hendak bagi itu isu lain,” ujarnya.-22/9/2014

BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA KENYATAAN KEMENTERIAN KEWANGAN MENGENAI PEMBAHAGIAN WANG EHSAN PADA 12 SEPTEMBER LALU

Kerajaan Persekutuan ingin menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa, Kerajaan Negeri Kelantan, sepertimana juga semua negeri di Semenanjung Malaysia, tidak berhak ke atas 5 peratus Bayaran Tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri.

Namun demikian, Kerajaan Persekutuan tetap membuat bayaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada hasil pengeluaran dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai Negeri Kelantan dalam bentuk wang ehsan.

Bayaran tersebut yang diterima daripada PETRONAS mulai tahun 2010 tidak digunakan oleh Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, ia dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan. SEHINGGA September 2014, jumlah bayaran yang diterima daripada PETRONAS yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM224.3 juta.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120.8 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP Kelantan) untuk membiayai Program Wang Ehsan. KERAJAAN Persekutuan memutuskan supaya mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.

SKOP Program Wang Ehsan masih dikekalkan iaitu memberi tumpuan kepada program pembasmian kemiskinan, bantuan persekolahan, khairat kematian, bantuan bencana serta bantuan anak yatim.

PENGLIBATAN MAIK adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi keberkesanan Program Wang Ehsan. Perkara ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Istana Negeri Kelantan.

Untuk rekod, pentadbiran MAIK diterajui oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. INI merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.

PT
Berani betul YB Takiyuddin menghina istana???

PRK#PengkalanKubor #BN4N01 - Penduduk Pengkalan Kubor Tuntut Janji Pas

Serambi Mekah konon tapi hidup rakyat terseksa. Sepatutnya peranan kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS menjaga kebajikan dan membangunkan negeri dan rakyat.

Sebaliknya, pimpinan PAS lebih banyak berpolitik berbanding menjalan tugasnya memimpin rakyat dan seterusnya membangunkan Kelantan. 

Atas sebab itu tiada yang mustahil apabila ramai rakyat Kelantan terutama penduduk Pengkalan Kubor yang meluahkan perasaan marah mereka di dalam media sosial dengan apa yang sedang berlaku.

Kalau nak diikiutkan banyak lagi janji2 manis Pas yang tidak bergerak langsung dari segi perlaksanaannya termasuklah juga beberapa ptojek mega yang telah dicanang oleh MB yang lama iaitu Nik Aziz.



P

Sunday 21 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Hanya Bermodalkan Air Liur Pas Laksana Projek???

Bukan nak mengaibkan mana2 pihak, sebaliknya ia adalah untuk mengingatkan pemimpin Pas yang sentiasa berubah pendirian, pegangan, malahan janji apabila berhadapan dengan kemelut yang memang biasanya dicetuskan mereka sendiri.

Pelik bin Hairan kerana pemimpin Pas teutama MB serta pemimpin2 kanannya selalu membuat janji kepada rakyat Kelantan. Sudah menjadi resam manusia mudah lupa apa yang dikatakan semalam.

Apa yang menjadi pendirian hari ini, mungki akan berubah esok hari. Sikap tidak konsisten pemimpin2 PAS dan kesanggupan mereka untuk berbohong, memfitnah, malahan melabelkan orang lain dengan pelbagai nama yang hina adalah punca kemelut politik sehingga berlaku pecah belah dalam masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Senarai di bawah menggambarkan betapa hebatnya janji2 serta pembohongan Kerajaan Pas Kelantan kepada rakyat Kelantan semenjak awal 1990an. Antara projek mega yang diumunkan oleh MB Pas yang lalu sepanjang tahun sepanjang era tersebut :

- 27.8.1997 - TCB, PKINK, MAJUKAN PROJEK LEMBU DAGING Taiping Consolidated Berhad dengan PKINK akan memajukan projek ternakan lembu daging di kawasan 800 ekar Mukim Apam Pasir Mas?

20.10.1997 - SAUJARAN, YIK BINA PELABUHAN Saujaran Sdn Bhd dan YIK bersetuju mengadakan usahasama membina pelabuhan pedalaman pertama.?

10.6.1997 - USAHASAMA LAKSANA BANDAR BERASAS MULTIMEDIA PKINK dan DPMMNK akan memajukan sebuah bandar seluas 200 hektar hingga 400 hektar secara usahasama tidak lama lagi?

12.3.1997 - HONGKEW BINA PELABUHAN DI TUMPAT Hongkew Holding Sdn Bhd akan membina sebuah pelabuhan di rapak seluas 85 hektar di Tumpat dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM200juta. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz berkata pelabuhan di jangka siap dalam masa 2 tahun bakal menadi pusat persinggahan antarabangsa bagi kapal dari Thailand, Kemboja dan Vietnam? 

11.9.1997 - BANDAR BARU PENGKALAN KUBUR SIAP IKUT JADUAL Kerajaan Pas Kelantan yakin bandar baru itu siap ikut jadual. Yang akan dilaksanakan secara usahasama PKINK dengan MJS Partners Sdn Bhd. Projek ini bernilai RM2.3 billion?
7.9.1998 - PROJEK BANDAR BARU RANTAU PANJANG Pembangunan bandar itu yang menelan belanja RM48j dijangka siap mengikut jadual pada tahun 2001. Fasa pertama projek itu diadakan secara usahasama PKINK dengan MDPM. SBJ yang dapat bukan PKINK.

22.3.1998 - KELANTAN JAMIN PROJEK RAKSASA IKUT JADUAL Pasir Puteh : Kerajaan Pas Kelantan memberi jaminan projek raksasa membabitkan RM1.5 billion bagi membina pusat mendarat ikan terbesar di rantau Asia Tenggara. Iaitu kerjasama PKINK dengan Kumpulan Penang Sdn Bhd?

19.9.2003 - PROJEK BESAR BUKAN TANGGUNGJAWAB PAS Kota Bharu : MB Kelantan mendakwa perlaksanaan projek untuk kemudahan asas rakyat yang membabitkan peruntukan besar dan ratusan juta bukan tanggungjawab penuh Kerajaan Negeri.

22.3.2012 - PROJEK BANDAR RAYA SUKAN DITERUSKAN??? Kota Bharu - Kerajaan Kelantan meneruskan projek Bandar Raya Sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan pengumuman terbaru mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatnkuasa Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, projek di atas tanah seluas 504 hektar itu bukan sekadar membina stadium.

"Kita bukan hanya mahu membina stadium bola sepak malah kita menjadikan kawasan itu sebagai bandar raya sukan", katanya kepada media selepas mesyuarat exco di sini.. Abdul Fattah berkata, walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) merancang membina stadium bernila RM300 juta di Bandar Baru Tunjung, projek di Bukit Merbau tetap diteruskan.

Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan Pas Kelantan (1990-2014), rakyat Kelantan seharusnya menilai semula serta bertanya berapa banyakkah perubahan dan pembaharuan serta janji-janji yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan sepanjang 22 tahun pemerintahan.

Seluruh rakyat Kelantan percaya dan yakin, dalam agama Islam antara duniawi dan ukhrawi, percakapan, janji dan perbuatan mestilah seimbang serta seiring, ianya pelengkap kepada kejujuran dan amanah dalam pemerintahan dan pentadbiran.

Melihat senarai projek2 di atas adakah penduduk Pengkalan Kubor  masih lagi mengharapkan Pas untuk menjadikan Pengkalan Kubor sebuah  bandar yang maju di masa depan???

Pada pendapat PT penduduk Pengkalan Kubor WAJIB menolak calon  PAS  dan memilih calon BN  sebagai meneruskan legasi arwah Dato Nor Zahidi. Juga  tanda mengajar Kerajaan Pas Kelantan yang hanya beretorik dan pandai berjanji dan tidak pandai menunai janji.

Saturday 20 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Pengundi Pengkalan Kubor Ditipu Atas Darat ???

Sepanjang seminggu tempoh berkempen berlalu di Pengkalan Kubor menyaksikan pasukan kempen BN tidak begitu agresif menyerang PAS. Dalam bahasa mudah pasukan kempen BN berkempen dalam kedaaan yang begitu ‘sopan dan lembut’.
Sebaliknya pasukan kempen PAS lebih agresif menyerang BN/UMNO. Situasinya menjadi terbalik sedangkan di Kelantan PAS adalah sebuah kerajaan dan BN adalah pembangkang. Sepatutnya pembangkang yang menyerang kerajaan. Bukannya kerajaan yang menyerang pembangkang.
Dipendekkan cerita, BN lebih banyak membuang masa menjawab serangan PAS baik dalam isu royalti atau GST.  Yang saya tidak faham kenapa begitu susah untuk pemimpin-pemimpin BN menyerang PAS diatas kegagalan-kegagalan mereka menunaikan janji secaranya khususnya di  Pengkalan Kubor serta Tumpat dan di Kelantan secara amnya ?
Salah satu pembohongan besar PAS yang melekat dalam diri rakyat Pengkalan Kubor ialah pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan 18 tahun lalu.
Selain pembohongan itu, PAS juga turut berbohong untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu serta pembohongan PAS untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat.
Tanggal 26.Oktober.1996 MB sekarang, YAB Datuk Ahmad Yakub yang ketika itu selaku Exco Perdagangan dan Perindustrian memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan di Pengkalan Kubor untuk dijadikan Bandar Baru Pengkalan Kubor.
Dalam sidang DUN berkenaan beliau menyatakan dengan terbinanya bandar baru berkenaan akan wujud 6000 peluang pekerjaan, 4000 buah rumah yang berharga RM 35,000.00 sebuah akan dibina, Pusat dagangan islam, masjid, institut pengajian tinggi dan pasar borong.
Bukan setakat mengumumkan projek berkenaan dalam DUN Kelantan, malah pada 22.Disember.1996 kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan pemaju projek berkenaan di sebuah hotel di Kota Bharu, dan mula menjual borang kepada rakyat Pengkalan Kubor untuk membeli rumah-rumah yang bakal dibina.
Pada masa itu saya masih belajar di tingkatan 5. Saya masih ingat bagaimana rakyat Pengkalan Kubor dan Tumpat berebut-rebut membeli borang rumah berkenaan dengan harga RM 1.  
Begitu tingginya harapan rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah rumah di kawasan yang begitu hebat seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.
Tahun demi tahun rakyat menunggu projek berkenaan berjalan. Kini 18 tahun telah berlalu, jangan kata rumah , sebatang cerucuk pun belum nampak lagi. Rakyat Pengkalan Kubor ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kata orang Kelantan, kena tipu atas darat.
Itu baru satu projek. Kerajaan Pas pernah berjanji untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Sampai hari ini satu dermaga pun belum nampak lagi. Begitu juga dengan Jambatan Palekbang. Menjelang pilihanraya 1995 Kerajaan Pas umumkan akan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu.
Tahun 1996 mereka membawa Sultan Kelantan turun mencemar duli untuk meletak batu asas projek berkenaan. Tetapi hingga kini batu asas masih tegak terpacak di sana dan sebatang besi pun belum nampak lagi untuk membina jambatan berkenaan.  
Itu antara pembohongan PAS yang dekat dengan masyarakat Pengkalan Kubor dan Tumpat. Tidak perlu untuk saya huraikan satu persatu pembohongan PAS di Kelantan. Perkara yang saya nyatakan diatas pun sudah cukup untuk BN gunakan bagi menyerang PAS.
Sebab semuanya sudah terbukti di depan mata masyarakat Pengkalan Kubor dan dekat dihati mereka. Apabila dekat dengan mereka maka senang untuk meyakinkan mereka bahawa PAS adalah pembohong. Tetapi sayangnya isu ini belum digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menyerang PAS.
Bukan niat saya untuk mengajar pemimpin-pemimpin BN, tetapi sekadar mengingati. Jika peluru sudah ada mengapa perlu disimpan. Sebaliknya sibuk menepis peluru yang dilepaskan musuh.
Sekian
Pengundi Pusat Daerah Mengundi Kg Geting

Friday 19 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Anak Didik Bang Non Adam Adli Dikenakan Hukuman Penjara

Akhirnya mahasiswa UPSI, Adam Adli dikenakan hukuman penjara atas kesalahan menghasut untuk menggulingkan kerajaan tak lama dulu.

Adam dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan oleh mahkamah atas kesalahan tersebut. Elok elok jadi pelajar yang boleh membantu keluarga dimasa akan datang, nak jadi perusuh dan nak jadi popular dengan buat benda bukan bukan.

Kita nak tengok lepas ni siapa yang akan datang melawat Adam Adli di penjara, dan Semua amat yakin bahawa lepas ni, Adam Adli akan dilupakan seperti mana yang berlaku sekarang, adakah mahasiswa yang berkumpul di Dataran Merdeka satu masa dulu diingat oleh pembangkang?

Hanya beberapa kerat sahaja yang masih kekal hingga kini dan mereka yang lain lain hanya dijadikan alat untuk menunjukkan bahawa pembangkang mempunyai penyokong. Lepas ni kita tunggu pula siapa lagi yang akan beransur ke penjara.  - Sumber

PT
Pada PRK Pengkalan Kubor tak ada pula kelibat si Adam Adli kesini untuk berceramah bersama pemimpin 2 Pas.

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Wajib Baca!!! 10 Fakta Tentang Bandar Baru Pengkalan Kubor ???

Dari wall YY

‪#‎BN4N01‬ ‪#‎PengkalanKubor‬ : PRK berlaku dalam DUN Pengkalan Kubor jadi lebih sesuai kita bercerita mengenai isu yang dekat dengan pengundi Pengkalan Kubor iaitu projek pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan oleh PAS sekitar 1993 hingga 2002.

10 Fakta Penting :

1. Sekitar 1993 kerajaan negeri Kelantan bawah Nik Aziz Nik Mat (ketika itu MB Kelantan) telah menjanjikan satu projek mega bernilai RM2.3 billion yang bakal dilaksanakan atas keluasan 7,200 hektar tanah.

2. Pada 22 Disember 1996 satu majlis menandatangi MOU antara kerajaan negeri dengan MSJ Partners Sdn Bhd sebuah syarikat dari Pulau Pinang berlangsung di sebuah hotel sekitar Kota Bharu disaksikan sendiri oleh Nik Aziz Nik Mat.

3. Nik Aziz juga diberikan taklimat mengenai projek yang menempatkan Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4,000 unit zon kediaman, kawasan perindustrian, pasar borong, masjid serta institusi pengajian tinggi.

4. Tapak bagi melaksanakan projek tersebut di antara sempadan Kelantan - Thailand iaitu berhampiran dengan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

5. Hampir 5,000 penduduk terlibat menganggarkan jika kerajaan negeri mengambil tanah untuk membangunkan projek yang sepatutnya dilaksanakan tahun 1997 mereka bakal menerima pampasan berjumlah RM50k - RM150k bagi setiap hektar tanah.

6. Sebelum projek dilaksanakan PAS mengedarkan borang tawaran dengan harga RM1.00 kepada penduduk setempat yang berminat untuk membeli rumah teres di Bandar Baru Pengkalan Kubor.

7. Sebahagian besar penduduk sekitar Tumpat & Pengkalan Kubor telah membeli borang tawaran berkenaan untuk mendapatkan rumah yang berharga RM35,000 bagi setiap unit.

8. Tetapi pada 2002, Abdul Halim Abdul Rahman (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) menyatakan struktur untuk membina projek berkenaan dibatalkan atas alasan pemaju MSJ Partners Sdn Bhd gagal menyediakan RM2.3 billion.

9. MSJ Partners Sdn Bhd juga dikatakan tidak berupaya membangunkan projek berkenaan walaupun kerajaan negeri perkecilkan keluasan 7,200 hektar kepada 174 hektar dengan kos pembinaan RM200 juta.

10. Namun pemaju iaitu MSJ Partners Sdn Bhd telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa sejak tahun 1997 mereka telah membelanjakan lebih RM12 juta sebelum menarik diri - kenapa pemaju tarik diri walaupun telah belanjakan RM12 juta.

PT
Sehingga kini 17 tahun sudah berlalu penduduk Pengkalan Kubor menanti munculnya bandar baru yang dijanjikan oleh Pas.Tetapi apa yang ada hanyalah sekadar janji tapi tidak tertunai.

Luahan puisi dari seorang pemerhati politik...

MEREKA TAHU

penjual kacang putih pun tahu
Penjual cendol pun tahu
Penjual etak pun tahu
Penarik kereta pun tahu
Pengayuh beca pun tahu
Para pelacur pun tahu
Pas sekarang tidak seperti pas dulu
Pas sekarang menjual fitnah
Pas ditunggang semakin punah
Pas sekarang berwasangka buruk
Perangai macam beruk
Pas sekarang menipu dan rasuah
Rakyat tak caya dan was_was
Pas sekarang tanpa ilmu
Pemimpin terpilih di kalangan si dungu
Pas sekarang dalam musibah
Izin Allah akan kalah
Umno menang insyaAllah...

Thursday 18 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - 17 Tahun Rakyat Pengkalan Kubor Tunggu Janji PAS

Apa pembangunan yang Pas lakukan selama 23 tahun memetintah? Pembangunan fizikal hanya sedikit , pembangunan manusia pun tidak terlaksana. Yang Pas cekap hanyalah mengajar rakyat  jadi ekstrimis dan benci kepada golongan yang tidak menyokobg mereka.

Cuba bandingkan pencapaian Pas dengan pencapaian UMNO/BN yang di buat Pengkalan Kubor? Pengarah Pilihannya mereka iaitu Dato Wan Rahim sendiri mengakui banyak kemudahan dan kemajuan yang di buat oleh BN.

Tak payahlah Pas nak cakap besar menabur fitnah demi merampas Pengkalan Kubor dari tangan UMNO. Banyak projek yang Pas canangkan hanya fantasi saja.Apa yang jelas kepada penduduk di sini semua projek adalah di bawah kerajaan Persekutuan.

Antara projek yang palibg lama dalam sejarah negara ialah pembinaan sebuah pelabuhan yang tetletak di Tumpat dan bandar baru Pengkalan Kubor.  Selama 17 tahun rakyat Kelantan khususnya penduduk Pengkalan Kubor menanti dengan penuh sabar.

Pada 12.3.1997 sebuah Syarikat iaitu Hongkew Holding Sdn Bhd membuat perjanjian akan membina sebuah pelabuhan di tapak seluas 88 hektar di Tumpat dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM200 juta. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz berkata pelabuhan yang dijangka siap dalam masa 2 tahun bakal menjadi pusat persinggahan antarabangsa bagi kapal dari Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Manakala pada tahun yang sama iaitu pada 11.9.1997 Kerajaan Kelantan dengan kerjasama PKINK serta MJS Partners Sdn Bhd akan membina bandar baru Pengkalan Kubor.  Projek tersebut akan siap mengikut jadual dengan kos bernilai RM2.3 billion.

Tetapi kedua dua projek tersebut sehingga kini langsung tidak terlaksana.Adakah penduduk DUN N01 tak reti  boleh membuat pilihan yang tepat pada 25 September nanti.

Wednesday 17 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Berita Yang Menyedihkan Mat Sabu???

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi "suasana politik yang gawat" pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

"Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.

"Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.

"Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah," katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.

"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,"katanya.

PT
Ucapan Haron Din itu menyebabkan Haji Mat Sabu serta pengikutnya ternganga dan sudah betkira2 barangkali untuk meninggalkan Pas...kita tunggu dan lihat apa akan jadi dengan kemelut Pas dalam Pskatan ini.

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Pas Hanya Bermimpi Untuk Rampas N01 Dari UMNO

Hubungan PAS dan PKR dilihat renggang berikutan krisis MB Selangor dan Umno  yakin bahawa BN boleh menang mudah di PRK Pengkalan Kubor. Dari info yang PT dapat kelmarin  ramai penduduk Pengkalan Kubor mengatakan  peratus kemenangan berpihak kepada UMNO/BN. Itu sekadar telahan beberapa orang penduduk yang sempat ditemubual.

Pas yang beria2 mahu merampas Pengkalan Kubor dari tangan UMNO telah melakukan kempen  dengan cara yang kotor. Antaranya ialah:
1. Penyebaran fitnah tentang royalti minyak terhadap pemimpin BN.
2. Mengupah blogger mereka untuk memburukkan calon BN
3. Memfitnah BN memberi wang untuk memilih calon BN
4. Memfitnah kononnya pihak BN mengedar cd memburukkan pemimpin mereka.

Itu adalah sebahagian dari taktik kotor pihak PAS terhadap BN bertujuan merampas DUN N01 jadi milik mereka.

Barangkali kehilangan beberapa Kerusi PAS di Kelantan sewaktu PRU 13 yang lalu sebenarnya melemahkan  semangat Parti Pas ini untuk terus bangkit membalas dendam.

PKR pula telah mencuba nasib di dalam dua PRU sebelum ini dan ternyata tiada rezeki dan nasib PKR di kawasan ini.

Bila PKR memberikan laluan mudah kepada PAS pula untuk mencuba nasibnya kali ini. Sebenarnya penyerahan Kerusi Pengkalan Kubor kepada PAS adalah kerana PKR tahu mereka akan tewas dan mereka ingin mengambil hati PAS di dalam isu Selangor.

PT yakin PKR pasti tewas jika calonnya yang bertanding kerana kita boleh lihat analisa dua keputusan sebelum ini.memang,  PKR ingin mengambil hati PAS dengan memberi laluan kepada PAS..

Tetapi jika melihat suasana suram di pos PKR yang terbesar dengan hanya beberapa orang saja yabg kelihatan di situ, barangkali PKR sekadar mengabui mata penyokong2nya yang  kenelut MB Selangor  tidak terheret hingga ke sini

Adakah PAS punyai strategi tertentu untuk hadapi UMNO kali ini? Isu awal yang cuba dimainkan oleh PAS adalah seperti yang disebut oleh Tok Pa bahawa PAS tidak boleh jadikan isu royalti sebagai modal berkempen kerana Kerajaan Pusat telah menggantikannya dengan wang ehsan melalui JPP kepada Kelantan. 

Walaupun PT  tidak mendapat banyak sumber tapi rata2 mengatakan yang PAS akan kecundang di Pengkalan Kubor. Kerana  PT yakin UMNO lebih baik dari PAS.  Maka PT akan cuba sedaya upaya berkempen setakat termampu agar UMNO  berjaya mengekalkan DUN N01 dan  kuburkan PAS  di kubur yang mereka telah gali.

Sebagai rujukan laporan dari Pemuda Umno yakin seramai 45% pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih Barisan Nasional pada PRK itu, 25 September ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive