Sunday, 14 September 2014

#PengkalanKubor #BN4N01 AMK Kelantan Rela Menderhaka Demi Hak

Semua orang tahu, dan rakyat Pengkalan Kubur juga tahu, isu jawatan Menteri Besar Selangor belum selesai. Hakikatnya untuk menyelesaikannya bukan suatu hal yang semudah dicakap. Jika benar ketiga-tiga parti itu ‘sepakat’ tentu kemelut berkenaan tidak ‘melarat’.

Di Pengkalan Kubur juga merasai tempiasnya. PAS yang sudah merasa ‘ada kelebihan’ dalam kedudukannya di Selangor sudah berjaya ‘merampas’ dominasi PKR yang sebelumnya meletak calon bagi perebutan kerusi DUN Pengkalan Kubur.

Nampaknya PKR terpaksa ‘mengalah’. Tidak tahu apa bentuk ‘kompromi’ di sebaliknya, namun hakikatnya PRK terpaksa memberi ruang kepada calon PAS untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubur. Tindakan itu ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak dalam PKR sendiri.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan awal-awal lagi menyatakan ‘protes’ dengan apa yang mereka anggap sebagai tindakan memberi laluan khas kepada PAS meletak calon di PRK Pengkalan Kubur. Mereka meluahkan rasa tidak puas hati dalam satu laman sosial yang dipetik sebagai menyebut…

”Pakatan Rakyat Kelantan diharap tidak berkecil hati sekiranya jentera AMK mengambil sikap ‘menyendiri’. Hak tetap hak.” Malah banyak ‘suara-suara sumbang’ kedengaran di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR sendiri yang tidak senang dengan ‘penyerahan’ kerusi Pengkalan Kubur kepada calon PAS.

Mereka menanyakan ke mana pergi maruah PKR dan ke mana cita-cita PKR untuk meletakkan calon mereka ke dalam barisan EXCO kerajaan negeri Kelantan jika ditakdir menang…?

Memberi laluan kepada PAS meletak calon di Pengkalan Kubur bermakna secara terang-terangan pengaruh PKR ‘dikuburkan’ khususnya di kawasan Tumpat. Semakin jauhlah pula usaha PKR untuk ‘memulih imej’ setelah musnah dalam kemelut di Selangor.

Apa pun kedua-dua parti bertanding mempunyai cabaran besar. BN bukan saja mahu kekal menang tetapi mengejar majoriti lebih besar. Momentum perolehan majoriti perlu dipertahan.

Untuk rekod…majoriti yang diperolehi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 lalu sebanyak 1,736 undi. Manakala 100 undi pada PRU-12 dan 714 pada PRU-11. Hampir 25 tahun Kelantan di bawah PAS.

Penduduk Pengkalan Kubur tentu dapat mengukur prestasi pemerintahan PAS di Kelantan. Kepada mereka siapa pun yang mencari calon, mereka sudah tahu prestasi parti yang mereka wakili.

Sudah pasti bagi PAS, mereka mahu buktikan bahawa pengaruh mereka tetap barada di hati rakyat Kelantan khususnya di Pengkalan Kubur. Mereka juga pastinya mahu buktikan bahawa calon mereka lebih baik bukan saja dari UMNO atau BN tetapi lebih penting ialah lebih berpengaruh dari PKR. Rakyat Pengkalan Kubur akan memberi isyarat bahawa mereka telah faham dan kenal calon dan parti bertanding.

Mereka ingin pamerkan kebijaksanaan dalam membuat pilihan. Di kawasan parlimen Tumpat terdapat empat kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi Parlimen dan tiga lagi DUN iaitu Kelaboran, Wakaf Bharu dan Pasir Pekan semua dimenangi PAS.

Justeru adalah bijak bagi penduduk Pengkalan Kubur mempastikan DUN mereka dimiliki BN. Sekurang-kurang untuk ‘mengimbangi’ keadaan selain untuk menentukan kawasan mereka tidak turut ketinggalan sebagaimana dialami oleh kawasan lain di bawah naungan PAS.

PT
Apapun kita semua berharap dan mudah mudahan Haji Mat Razi diberi peluang dan berjaya menggalas tugas sebagai Tok Wakil baru untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh arwah Dato Nor Zahidi Omar pada hari mengundi pada 25hb September nanti.Buatlah pilihan yang tepat demi penduduk DUN Pengkalan Kubor.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive