Friday, 26 September 2014

Punca Sebenar Tersungkurnya Pas Di PRK Pengkalan Kubor

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.

PT yakin ramai penyokong PAS tengah kepeningan mencsti apa punca sebenar calon PAS boleh kalah di PRK Pengkalan Kubur. Kalah tu pulak bukan sikit tapi majoriti kalah jauh lebih besar berbanding PRU13 lepas.

Malaysiakini dalam berita bertajuk

"PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah" melaporkan:

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

Malaysiakini juga melaporkan:

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malaysiakini juga melaporkan:

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi. 

PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja. Takkan Timbalan Menteri Besar Kelantan tipu kut. Hahaha.

Malaysiakini juga melaporkan:

Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

Bab pengundi muda ni majoritinya mungkin mereka meluat dengan PAS dan PR. Anak muda yang majoritinya ada akses internet tentu ada persepsi yang kurang elok tentang PAS dan PR hasil aksi mengarut PAS dan PR isu krisis MB Selangor.

Apa pun, PT yakin PAS akan buat postmortem kekalahan PRK Pengkalan Kubor ni dan pasti akan menyalahkan UMNO dengan pelbagai tuduhan termasuk pengundi hantu. Sepatutnya PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka.

5 comments:

  1. Pas memang tak dak alasan lain...,balik balik salah kan kerajaan pusat hulur bantuan banyak tetapi faktor kekalahan sendiri punca tak mau di bil iktibar. Dah kalah bukan nya reti nak ucap tahniah .... Tu laa apabila memandang diri tu sangat mulia dari org lain jadi dah tak boleh terima kekalahan dgn hati terbuka

    ReplyDelete
  2. Pas mana reti bersyukur serta dan beri ucapan tahniah..

    ReplyDelete
  3. Taksub, angkuh.
    Bilakah hidayah nak tembus.

    ReplyDelete
  4. PAS hanya boleh berbangga dapat memerintah Kelantan kerana pengundi luar.

    Rakyat Kelantan dah lama terseksa dengan PAS, tapi pengundi luar yang bekerja luar Kelantan yang tak sedar diri masih beri mandat pada PAS. Kutuk negeri orang lain, puji melangit negeri sendiri, tapi bekerja bukan di negeri sendiri....

    ITULAH PERANGAI ORANG KELANTAN....!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Anon 12:23 ... bkn semua org kelantan mcm tu.. kalau penyokong betulla...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive