Sunday, 14 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Royalti!!! Ulamak PAS Jaja Fitnah???

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mencabar kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS supaya mengemukakan bukti berhubung tuntutan royalti petroleum yang dicanang-canangkan oleh parti tersebut.

Pada masa sama, katanya fakta yang dikemukakan PAS adalah fitnah semata-mata dan tuntutan yang dibuat adalah tidak berlandaskan undang-undang. "Kerajaan negeri kata kerajaan Pusat menafikan hak mereka untuk menerima royalti. Ini fitnah besar. Hak ini tak ada sebenarnya.

"Kita cabar mereka kemukakan bukti kerajaan Pusat perlu bayar royalti RM12 bilion kepada Kelantan," katanya pada ceramah perdana bertajuk 'Pembangunan Kelantan, Menepis Fitnah PAS' di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tebing di Tumpat, malam ini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Penerangan Umno Kelantan merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad.

Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan semalam menyatakan kerajaan negeri Kelantan tidak berhak ke atas lima peratus bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri.

Bagaimanapun, kerajaan Pusat mengambil langkah sementara dengan mewujudkan Program Wang Ehsan sehingga isu tuntutan oleh kerajaan negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah. Dalam pada itu, Mustapa turut mencabar PAS Kelantan mendedahkan fakta sebenar mengenai pelbagai bantuan yang telah diberikan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri.

"Adakah mereka takut dengan pendedahan ini, rakyat akan benci kepada mereka, tak beri undi kepada mereka. Adakah ia bersifat politik? Kenapa mereka sorokkan perkara sebenar," katanya. Beliau turut menolak dakwaan kerajaan negeri bahawa kerajaan Pusat menganaktirikan Kelantan dalam proses pembangunan negeri itu.

"Lebih RM590 juta telah diberikan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2005 hingga 2013 kecuali 2008 bagi menampung kekurangan akaun mengurus kerajaan negeri yang defisit.

"Selain itu, RM239 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Pusat bagi membangunkan kawasan Tunjong, antaranya melibatkan pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dan membina pelbagai kompleks kerajaan Persekutuan di kawasan tersebut," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive