Monday 22 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Royalti Minyak!!! Pas Sudah Panas Punggong

Isu royalti minyak Kelantan kembali hangat apabila BN dilihat mula membalas 'serangan' daripada PAS. Sebelum ini, PAS dan NGO yang menuntut royalti minyak R menggantung beberapa kain rentang mengenai isu royalti minyak antaranya bertulis

"Undi calon untuk royalti, tolak pengkhianatan rakyat Kelantan". Malah terdapat juga papan tanda daripada pihak urus setia penerangan kerajaan negeri yang bertulis "Royalti perjanjian sama, jarak lebih dekat, royalti tak dapat".

Terdapat satu gambar peta yang menunjukkan perbezaan jarak antara tempat pendaratan gas asli di Songkla, Thailand dan Kota Bharu. Papan iklan itu juga bertulis "Royalti: Kelantan terus dianiaya".

Kain rentang dan papan tanda itu diletakkan di sepanjang jalan raya antara Bunohan, Jong Bakar dan Getil. Bagi membalas serangan itu, BN semalam menaikkan satu papan tanda besar bagi menangkis dakwaan PAS.

Papan tanda itu bertulis "RM12 bilion fitnah besar PAS. Tetapi demi rakyat, mulai tahun depan wang ehsan akan disalurkan 50% kepada Majlis Agama Islam Kelantan dan 50% disalur terus kepada rakyat Kelantan".

Papan tanda daripada BN itu turut memetik ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. BN meletakkan papan tanda tersebut di dua tempat iaitu di hadapan Wat Machimmaram, Jong Bakar dan di jalan Cabang Tiga berdekatan pusat operasi BN. Isu royalti minyak Kelantan menjadi antara isu hangat sempena PRK Pengkalan Kubor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencabar kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pusat “berhutang” bayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Katanya, BN bersedia untuk menjawab isu berkenaan sekiranya ia timbul dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, PAS sebelum ini pernah meminta Umno tidak memainkan isu royalti minyak semasa PRK Pengkalan Kubor. Ia berikutan kes tersebut masih di mahkamah.

Tetapi pemimpin jentera parti itu, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, PAS tetap akan membangkitkan isu royalti minyak dalam kempen pilihan raya kecil tersebut walau BN kelihatan tidak berminat untuk mengetengahkan isu berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2012 mengundang PAS untuk menyertai satu jawatankuasa untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak pada Kelantan.

Pada masa itu, pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menguar-uarkan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada 5 Mei tahun lalu.

Usaha Kelantan untuk mendapatkan hasil minyak tersebut dijalankan melalui injuksi interlocutari ke atas Petronas untuk menghalang syarikat petroleum tersebut daripada membayar royalti kepada kerajaan persekutuan atau ejennya.

Dalam permohonan tersebut, kerajaan Kelantan mengemukakan alasan bahawa hasil tersebut sepatutnya diperolehi kerajaan negeri. Negeri di tangga kedua paling miskin di Malaysia itu sehingga kini kekal bawah pentadbiran PAS.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive