Tuesday, 7 June 2016

Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prksgbesar #InilahBudiman #scs93 #BN4SGB

Selepas pembangkang menerima pukulan ‘KO’ daripada BN dalam PRN ke-11 Sarawak pada 7 Mei lalu, kekalutan terus berlaku dalam blok itu untuk menghadapi PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Selepas berjaya menidakkan majoriti dua per tiga BN dan mendabik dada memenangi undi popular pengundi dalam PRU13 tiga tahun lalu, penyokong pembangkang mula sedar tiada cara sebenarnya untuk parti pembangkang bersatu hati membentuk sistem dua parti sebagai kaedah paling ideal menumbangkan BN dan UMNO.

Petanda pembangkang bungkus di PRK Sungai Besar tersebar luas. PAS-PKR-DAP-AMANAH tidak mungkin dapat duduk semeja membentuk barisan kerajaan pemerintah menggantikan BN dan segala cita-cita rakyat Malaysia melihat kesepaduan serta kesepakatan antara parti ini, seperti 'retak menanti belah’.

Walaupun BN terutamanya UMNO adalah ‘underdog’ dalam PRK Sungai Besar memandangkan penyandangnya, allahyarham Datuk Noriah Kasnon hanya menang majoriti 399 undi, jentera kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR dikepalai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali tetap terpaksa berdepan pelbagai serangan, bukan saja dalam kalangan pembangkang tetapi dalam parti sendiri.

Dengan sikap keras PAS yang tidak mahu berundur memberikan laluan kepada parti pembangkang lain terutama AMANAH, kepada surat terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kata dua mengenai Deklarasi Rakyat ditunjangi Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah kebocoran ‘Whatsapps’ Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengenai rasuah wanita dan duit dalam kerajaan Selangor.

Semua faktor itu bukanlah ‘winning point’ untuk pembangkang terutama sekali kepada Azmin dalam memenangi PRK Sungai Besar apatah lagi PAS tidak akan berkompromi menyerahkan Sungai Besar serta Kuala Kangsar kepada Pakatan Harapan.

Itulah ujian paling besar yang perlu dihadapi Azmin bagi mengemudi Pakatan Harapan dan PAS bagi mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang dimiliki BN.

PKR sudah pasti tidak boleh mengharapkan DAP untuk turun berkempen jika parti Islam itu bertanding menentang BN daripada UMNO dan tekanan akan wujud dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya blok pembangkang itu turut meletakkan calon.

Pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti sudah mengangkat sebelah tangan tanda kemenangan kepada calon UMNO dan membuatkan Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan cengkaman selaku perdana menteri dan presiden UMNO.

Satu-satunya senjata yang dimiliki Azmin ketika ini ialah Mahathir, yang kerjasamanya dengan pembangkang terutama sekali Pakatan Harapan tidak direstui langsung Anwar hingga turut membuatkan PKR terbelah dua.

Tak heran kut kalau betul pun calon Umno BN akan menang lebih besar. Kalau ikut dapatan kajian, calon Umno BN bakal menang dengan majoriti hampir 4,000 undi.

Kalau Pakatan Rakyat masih ujud dan sokongan kepada parti-parti pembangkang tu dicampur maknanya calon Pakatan Rakyat dah dapat 45.5% undi, boleh la dapat majoriti dibawah 500 undi.

Walaupun Umno BN sekarang ni penuh dengan isu dan skandal besar tapi parti-parti pembangkang pun tak kurang bangangnya pulak, tak habis-habis berperang sesama sendiri termasuk dalam kalangan Pakatan Harapan yang belum pun setahun jagung ditubuhkan.

Apapun diharapkan pengundi-pengundi di Parlimen Sg Besar membuat pilihan yang bijak dengan memilih YB Budiman Mohd Zohdi sebagai wakil rakyat anda. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Kita mampu mengubahnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive