Kampung Jubakar - Hujan yang berterusan sejak beberapa hari ini meresahkan kira-kira 20 keluarga warga Siam di sini apabila kampung mereka dilanda banjir kilat menyebabkan rumah mereka dimasuki air. Penduduk, Mek Kesom Eh Choi, berkata rumahnya di masuki air sejak seminggu lalu dan yang merisaukannya air yang bergenang sedalam hampir satu meter ini tidak surut.
Menurutnya, di dalam rumahnya air sedalam paras betis menyebabkan dia terpaksa memasak dan melakukan aktiviti harian di dalam air.
Mereka berdua berharap Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengambil tindakan segera kerana keadaan ini mengundang ketidakselesaan kepada seluruh penduduk kampung Jubakar yang terlibat.
PT
Baru sebuah kampung yang mengalami masalah air yang bertakung sehingga ke dalam rumah mereka. Adakah MB Kelantan telah mengarahkan anak buahnya atau hanya buat-buat pekak telinga sahaja ? Adakah YB Pas tengah bersenang lenang dengan anak bini tanpa menghiraukan masalah rakyat di kawasan mereka ?
Kepada penduduk yang terbabit berfikirlah secara cerdik bila sampai masa untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi wakil rakyat. Bukannya sekadar reti memegang jawatan tetapi tidak tahu apa tanggungjawab kepada penduduk.
Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
No comments:
Post a Comment