Wednesday 26 December 2012

APA KAITAN DAA DENGAN PROJEK TANAH UPAYAPADU NGEH @ NGA ???


KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, saya kira semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini. Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira OMBAK boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 25 Disember 2012

Harap pembaca dah baca dan faham bagaimana SU akhbar nik aziz terpaksa menjawab dengan mudah kononnya nak salahkan orang lain pulak hahahaha..kat mana yang anda tak paham ni ? hehe baca lagi sekali surat dari SU akhbar nik aziz yang kononnya hebat nak alih isu dosa rasuah mereka kepada UMNO/BN.

Nik aziz tak berani nak jawab sendiri..atau mungkin nik aziz telah d briefkan bahawa inilah alasan terbaik yang mereka ada untuk lepaskan diri dari kejahatan rasuah yang mereka lakukan..Is that all u got ?? hahaha betul-betul puok kera ni nak bodohkan rakyat Kelantan !!

Nampaknya isu ni bakal menghancurkan reputasi Pas..hancurkan gelaran Nik Aziz sebagai kononnya tok guru tanpa dosa..hancurkan pas Malaysia yang kononnya ada cop syurga atas dahi ahli mereka..akan hancurkan dewan ulama yang mereka cipta sendiri..ulama politik !!

SU Akhbar nik aziz cuba kelirukan kita antara SURAT MOHON BANTUAN TANAM SEMULA GETAH dengan TANAH MILIK RAKYAT BERPINDAH TANGAN SECARA PERCUMA...

SU Akhbar Nik Aziz cuba salahkan Datuk Awang Adek kononnya sudah maklum tentang tanah tersebut...; 
Apakah Datuk Awang Adek diberitahu tentang perpindahan nama empunya tanah. Apakah Datuk Awang Adek bertanggung jawab meluluskan tanah tersebut ? Apakah Datuk Awang Adek orang yang bertanggungjawab dalam proses tukar milik tanah secara percuma atau secara apa sekali pun kepada sesiapa saja d Kelantan ? Datuk Awang Adek ni Menteri Besar Kelantan ke atau dia ni Menteri Tanah Kelantan ?

Janganlah kerana kesilapan Nik Aziz maka dosa Nik Aziz ni nak dIalihkan pada orang lain, nampak sangat nak menipu secara mudah.
Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan!!


SETERUSNYA SILA [KLIK]

1 comment:

  1. Ha,ha,ha,nampak sangat su akhbar ni nak kelentong rakyat yg dungu sahaja.surat Awang Adek tu memanglah betul,proses biasa jabatan/kementerian berkenaan mohon dan beri kebenaran isu berkaitan,tp bukan pindah pajakan ke individu DAP? woi,nak cari alasan pun telitilah dulu atau fahamlah dulu peroses tu.Buat malu je!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive