Lihat sendiri apa yang tertulis pada Kalendar ini, Nik Aziz menyatakan bahawa dia sebagai kepala negeri wajib menjaga harta rakyat Kelantan walaupun 5 sen. Siap dengan muka nak 'berjerit"(menangis) konon-kononnya sedih la. Tapi apa pula kisah disebalik pemberian tanah di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu memberi 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.Rakyat sendiri punyalah susah untuk mendapatkan sebidang tanah.
Rupa-rupanya Nik Aziz selama ni "berkecek belawok" kepada seluruh rakyat Kelantan. Untuk makluman kalendar 2013 yang PT dapat ni diperolehi dari pencacai kaler hijau semasa PT sedang membeli belah di pasaraya Billion petang tadi. Kesian kat pencacai Pas berapa sen sangatlah dapat upah bagi kalendar ni pada pengunjung pasaraya. Tanpa dia sedari yang tok guru dia tu seorang PEMBOHONG yang amat.!!!!
Semakin tinggi ilmu dan jawatan diperolehi, semakin hebatlah ujian ditanggungi. Sungguh malang, tindak-tanduk dan kata-katanya akhir-akhir ini memberi petunjuk bahawa beliau tidak direstui dan menyimpang dari ajaran yang haq. Beliau dan Hadi Awanglah yang mencetus dan mengapi-apikan kebencian dan perpecahan sesama Islam di negara ini. Paling parah apabila jutaan ahli UMNO yang beragama Islam dianggap kafir dan murtad, termasuk yang sudah meninggal dunia. Berat sungguh berat....
Bukti yang Nik Aziz jaga harta rakyat Kelantan
Kalau dapat Royalti lagi terangkat kopiah!
ReplyDeletesetuju...habis disapu royalti kepada kaum kerabat nik aziz...nasib baik la kerajaan pusat bagi terus kat rakyat yang betul2 layak...
ReplyDelete