Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

MoU Air Selangor Satu Kerugian - Rafizi

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli mendakwa bahawa perjanjian persefahaman (MoU) semula industri air Selangor merupakan satu kerugian buat rakyat di negeri itu.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR pada sidang media Isnin berkata, MoU yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada 26 Februari lalu bersifat berat sebelah dan tidak memberi faedah kepada negeri.

Beliau mendakwa hanya satu perjanjian yang sah dalam MoU itu adalah projek Langat 2 dan yang lain tidak sah bagi menyelesaikan masalah konsesi air atau memaksa mereka untuk menerima tawaran pampasan RM9.65 bilion daripada Kumpulan Darul Ehsan Bhd milik kerajaan negeri.

Beliau mendakwa bahawa Selangor akhirnya perlu membayar sekurang-kurangnya RM2 bilion lagi kepada syarikat konsesi air.

“Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan RM2 bilion untuk membantu Selangor bagi mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air.

“Terdapat jalan buntu selama enam tahun apabila syarikat konsesi air tidak mahu menerima harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Adakah RM2 bilion akan digunakan untuk membayar kepada syarikat konsesi air yang mereka harus menolak tawaran RM9.65 bilion yang lebih rendah daripada apa yang mereka minta?

“(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) perlu memperjelaskan mengenai MoU ini kepada rakyat,” katanya.

Rafizi, yang mendakwa beliau sedang mendapatkan penjelasan sebagai Ahli Parlimen berkata, jumlah kos yang akan mempengaruhi rakyat adalah tinggi iaitu RM20 bilion dengan anggaran bahawa pengambilalihan aset air akan mencecah jumlah sekurang-kurangnya RM11.65 bilion.

“Kos untuk bina Langat 2 dianggarkan secara konservatif pada RM8 bilion. “Jika kita melihat pengambilalihan ini dan kos Langat 2 yang menggunakan wang rakyat menerusi PAAB (Pengurusan Aset Air Bhd di bawah Kerajaan Persekutuan), kita melihat kos RM20 bilion,” kata Rafizi.

Rafizi turut mempersoalkan sama ada MoU itu adalah sah apabila ia ditandatangani tanpa dibentangkan dan diluluskan oleh Exco Kerajaan negeri Selangor. - Sumber

Friday, 15 November 2013

Pesanan Nik Aziz - Erdogan & Ulama Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi Pas???

UMUM mengetahui Nik Abduh, anak kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempunyai pandangan politik yang agak berlainan daripada bapanya. Namun kini kita juga mengetahui bahawa di lubuk hatinya, Nik Abduh adalah seorang anak yang taat dan hormat kepada bapanya.

Jumaat lalu, Mursyidul Am PAS yang berusia 82 tahun itu tidak sihat dan tidak mampu menyampaikan kuliah pagi Jumaat beliau di Ibu Pejabat PAS di Kota Baru. Beliau meminta Nik Abduh menggantikannya. Nik Abduh mempunyai amat banyak persamaan dengan bapanya dan beliau adalah orang yang paling tepat untuk tugas itu – beliau kini merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, timbalan ketua Dewan Pemuda PAS dan seorang ulama.

Tetapi tugas yang harus dilaksanakan Nik Abduh bukan hanya menggantikan bapanya untuk menyampaikan kuliah – Nik Aziz telah meminta anaknya itu menyampaikan satu “pesanan khusus” yang kini hangat diperkatakan oleh orang PAS di Kelantan.

Bapanya mahu beliau menyampaikan pesan bahawa sesiapa saja, tidak kira ulama atau tidak, boleh bertanding untuk menjadi pemimpin PAS dalam pemilihan parti yang akan diadakan dua minggu lagi.Banyak hadirin dalam kuliah pagi Jumaat itu yang terkejut.

Bulan lalu, Nik Aziz membuat gempar apabila beliau mengatakan bahawa dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu dipegang oleh ulama. Beberapa hari kemudian, beliau mengubah pendirian dan mengatakan bahawa dalam diri setiap Muslim ada ulama.

Pendirian yang terkini itu pada asasnya bertujuan untuk meratakan padang permainan untuk kelompok ulama dan bukan-ulama dalam pemilihan parti.

Namun, pembawa pesan yang dipilihnya menunjukkan betapa Nik Aziz adalah seorang ahli politik yang handal. Anak beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang keras dan tergolong dalam kelompok yang percaya bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden mesti dipegang oleh ulama.

Nik Abduh diberikan tugas menyampaikan pesanan yang beliau sendiri tidak persetujui. Namun beliau tidak boleh mengengkari bapanya sendiri yang kebetulan pula adalah ketua Majlis Syura, iaitu badan yang paling berkuasa dalam parti.

Pergelutan antara golongan ulama dan bukan-ulama terlihat paling jelas pada persaingan untuk jawatan timbalan presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, timbalan Menteri Besar Kelantan. Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, berada dalam kelompok Erdogan, manakala Nik Amar adalah seorang ulama.

Dewan ulama PAS dianggotai oleh ilmuan Islam, terutamanya graduan Al-Azhar, dan memiliki pandangan politik yang konservatif.

Kelompok Erdogan pula adalah ahli-ahli parti yang mendapat pendidikan sekular dan pandangan politik mereka lebih keduniaan. Banyak di kalangan mereka juga adalah aktivis seperti Mat Sabu. Sebahagian besar ahli utama Erdogan menyertai PAS setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan mereka meraih pengaruh dalam parti.

Sejak beberapa bulan lalu, kelompok pro-ulama sedang berusaha secara diam di belakang tabir untuk mengukuhkan kedudukan ulama dalam pemilihan parti.

Pemimpin yang dilihat sebagai peneraju kelompok ini adalah ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, seorang yang bertubuh tinggi, kacak dan berhaluan ultra-konservatif. Beberapa tahun lalu, Harun diserang angin ahmar dan semua orang menyangka kerjaya politik beliau telah tamat. Tetapi bagi para penyokongnya, Tuhan mempunyai rancangan lain untuknya. Beliau kembali kuat dan menjadi wakil utama suara konservatif dalam PAS.

Harun dan kumpulan ulama berusaha memastikan hanya seorang calon ulama akan bersaing merebut jawatan timbalan presiden. Mereka mahu menghindari kesilapan yang dilakukan dalam pemilihan parti tahun 2011 apabila dua daripada tiga calon yang bertanding adalah ulama. Ini menyebabkan undi pro-ulama terpecah dua, membolehkan Mat Sabu menang.

Mat Sabu dilihat sebagai ancaman kepada dasar “kepimpinan ulama”. Ulama takut untuk membayangkan Mat Sabu di suatu masa nanti menjadi presiden PAS.

Golongan ulama mengakui Mat Sabu sebagai aset bagi parti, tetapi lebih sebagai seorang pemidato, penghibur dan penaik semangat. Mereka tidak dapat menerima jika beliau terus memegang jawatan yang akan membolehkannya naik sebagai presiden.

Ulama pada awalnya mahu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding menentang Mat Sabu. Malah, Tuan Ibrahim umumnya dilihat sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi presiden PAS.

Beliau adalah seorang ulama dari aliran pemikiran lama yang menganggap cita-cita politik yang berlebihan sebagai sebahagian daripada nafsu. Keinginan untuk merebut kuasa dan jawatan diseertikan dengan keangkuhan, suatu sifat yang ingin diatasi oleh seorang Muslim yang warak. Justeru itu, ulama dari aliran lama biasanya enggan bertanding merebut sesuatu jawatan.Tuan Ibrahim mempunyai senyuman yang manis dan berperwatakan lunak, tetapi di sebalik semua itu beliau adalah seorang yang tegas.

Beliau percaya kalimah “Allah” adalah milik Muslim semata-mata. Beliau menyelar gereja Katolik kerana mengheret isu “Allah” ke mahkamah, menyebutnya sebagai tindakan permusuhan. Beliau juga menyifatkan ketegasan penganut agama Kristian untuk terus menggunakan kalimah “Allah” sebagai tuntutan yang tidak munasabah.

Kerana itulah kelompok ulama mahu beliau memegang jawatan tertinggi. Kata-kata beliau mewakili keinginan mereka.

Tuan Ibrahim telah bertanding merebut jawatan nombor dua dalam PAS pada tahun 2011 kerana Nik Aziz sendiri telah memujuk beliau untuk berbuat demikian. Beliau telah kalah. Lalu, kali ini beliau mensasarkan kedudukan lebih rendah, iaitu kerusi naib presiden.

Natijahnya, Nik Amar kini menjadi pemegang obor-obor bagi kelompok ulama.

Mat Sabu dikatakan merasa lega apabila Tuan Ibrahim menarik diri daripada pertandingan. Beliau tahu peluang beliau malap jika berdepan dengan Tuan Ibrahim dan lebih cerah jika berdepan dengan Nik Amar.

Mat Sabu dikenali di seluruh negara dalam parti PAS, sedangkan Nik Amar lebih dikenali di Kelantan. Nik Amar berasal dari keluarga ulama yang terkemuka, tetapi beliau belum cuba mengembangkan pengaruh di luar negeri yang menjadi kubunya, tidak seperti Mat Sabu yang telah banyak berkorban untuk partinya dan masyhur dari utara sampai selatan tanah air dengan kehebatan berceramah.

Berjaya atau gagalnya Nik Amar bergantung pada sekuat mana keinginan PAS untuk meletakkan ulama di kerusi pengganti bintang besar mereka, iaitu Haji Hadi.

Menurut Mat Sabu, kempen kali ini adalah yang paling buruk sepanjang 35 tahun beliau berada dalam PAS. Satu kumpulan yang dinamakan El-Haraki dikatakan telah dibentuk oleh ulama-ulama muda dalam PAS dan serangan mereka ditujukan kepada tokoh-tokoh Erdogan dalam PAS, iaitu Datuk Husam Muda, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.

Tokoh-tokoh Erdogan dicap sebagai parasit dalam PAS. Manakala para penyokong kelompok Erdogan pula telah menuduh dalang-dalang El-Haraki sebagai perkakas Umno, pemecah-belah parti dan penebar fitnah.

Naib presiden PAS yang popular, Salahuddin Ayub, menyebut bahawa kerusi No 2 sentiasa menjadi rebutan sejak kematian presiden yang mereka sayangi, iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor.

Sewaktu Fadzil menjadi presiden dulu, timbalannya adalah Hadi. Kedua-dua jawatan itu tidak pernah diganggu-gugat kerana ahli-ahli parti cukup menghormati kedua-dua mereka. Tetapi apabila Hadi naik menjadi presiden, bermulalah perebutan untuk jawatan timbalan presiden.

Sumber dalaman PAS di Selangor menyatakan ulama agak dominan jika diukur pada mood dalam Dewan Pemuda. Ulama muda telah menyapu jawatan dalam dewan itu.

90% daripada pimpinan Dewan Pemuda di Selangor adalah ulama. Di Perak, calon-calon ulama muda berjaya merebut semua jawatan, tinggal jawatan ketua pemuda Perak yang tidak dipegang oleh ulama.

“Tetapi jangan pandang rendah pada Mat Sabu, beliau seorang pejuang,” kata Ketua PAS Cawangan Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Hakikat bahawa parti itu banyak kehilangan sokongan di peringkat akar umbi kepada Umno dalam pilihan raya umum lalu digunakan sebagai bukti bahawa PAS perlu menilai semula pendekatan dan pakatan politiknya. Matlamat jangka panjang parti itu ialah untuk menggantikan Umno sebagai parti induk untuk Muslim dan orang Melayu.

Puak ulama percaya, parti itu perlu kembali ke jalan asal, manakala puak Erdogan pula merasa parti itu perlu berubah untuk meraih sokongan lebih meluas di kalangan pengundi. Dilema ini tidak berbeza daripada pertandingan idea dan pendapat yang berlaku dalam Umno di kalangan kelompok yang merindukan zaman lampau dan kelompok yang mahu bingkas ke depan.

“Ulama atau bukan-ulama, kita semua berada dalam PAS. Seperti suami-isteri yang berkelahi, akhirnya nanti semua tetap tinggal sebumbung,” ujar Wan Rahim.

Tetapi perebutan kuasa antara puak ulama dan Erdogan telah lama berlangsung. Muktamar kali ini akan menentukan siapa bakal memegang pengaruh lebih besar. (mStar)

Friday, 4 October 2013

Bekas MB Kelantan Memang Amanah Mentadbir Duit Rakyat Kelantan???

Sepatutnya jabatan audit pun kena audit sebab isu yang sebenarnya sudah ada jawapan tapi sengaja dispin seolah-olah berlaku ketirisan peringkat jutaan nilai. 


Pembangang Malaysia isu yang pertama di war-warkan itulah yang akan mereka ulang walaupun penjelasan sudah dibuat. Paling hairan kenapa si Kitol yang jadi menteri cepat betul melatah memberi statement seolah-olah dia yang paling 'telus' tak habis-habis nak tonjolkan ke'liberal'an diri .

Yang risaunya, dajal-dajal dari. DAPBANGKAI  dan PKR makin berlambak dalam JPA, disyaki merekalah yang sabotaj JPA, untuk menyalahkan menteri-menteri Islam dan Melayu kita!!

Kerajaan BN tolong jangan membiarkan laporan ini dipergunakan sebagai senjata oleh musuh Islam dan umatnya unttk membinasakan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera kita!

Tuesday, 10 September 2013

Mat Sabun Bakal Ditendang Nik Aziz???

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar golongan ulama mengisi jawatan timbalan presiden disifatkan sebagai isyarat untuk singkirkan Mat Sabu.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan, memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu.

“Setelah satu penggal beliau memegang jawatan itu, banyak perkara yang memudaratkan Pas berbanding perkara yang memberi manfaat.

“Saya melihat ini serampang dua mata Tok Guru (Nik Aziz), pertama untuk menghindarkan Mat Sabu, kedua, untuk mempromosikan calon ulama, “ katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Azmi, walaupun Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu, kedudukan Mat Sabu tetap dalam bahaya.

“Berdasarkan prestasi ditunjukkan Mat Sabu dalam PRU13, sukar untuk beliau mengekalkan jawatannya.

“Bukan sahaja beliau gagal meningkatkan kemenangan parti, malah dirinya juga tidak diterima rakyat di kawasan ditandingi,” katanya.

Beliau turut berpendapat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob layak dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Azmi berkata, pengaruh Nik Aziz masih kuat, sehubungan itu gesaan dibuat itu mampu mempengaruhi Muktamar Pas akan datang.

Pendapat sama turut dinyatakan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat bahawa populariti Nik Aziz masih kuat dan menjadi rujukan kepada pimpinan parti.

“Mesej yang ingin di sampaikan beliau (Nik Aziz) selepas melihat situasi terdahulu selepas gelombang Anwarinas mengusai pemilihan parti kemudian diikuti kontroversi Syiah dalam parti membuatkan beliau mahu mengembalikan kegemilangan ulama dalam Pas.

“Ini juga usaha beliau memastikan masyarakat terus menerima Pas sebagai parti memperjuangkan Islam,” katanya.

Menurut beliau, antara calon berpotensi menggantikan Mat Sabu adalah Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang kuat dan layak untuk di ketengahkan, bagaimanapun sejauh mana penerimaan ahli parti masih belum boleh dijangka.

“Pada dasarnya, agak sukar untuk Nik Abduh menentang Mat Sabu, tetapi jika diberi peluang beliau layak memikul jawatan itu bukan sahaja beliau anak Nik Aziz tetapi keperibadian yang ada pada dirinya,” katanya.

Bagaimanapun, Samsul Adabi berkata, Mat Sabu masih memberi saingan kepada calon lain kerana beliau mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Sumber

PT
Nampaknya Nik Aziz sudah memasang angan-angan untuk menNYAHkan Abang Sabun dari mengekalkan kerusi no 2 pemimpin tertinggi Pas. Kita sama-sama tunggu dan lihat samada misi Nik Aziz berjaya atau sebaliknya.

Monday, 17 June 2013

Siapa Cemerlang Selama 23 Tahun Pemerintahan Pas??? Nik Aziz Atau Kelantan???

KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terharu atas penghargaan yang diberikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V kepadanya.

Beliau mengakui hatinya begitu tersentuh dan tidak tahu apa yang ingin diperkatakan apabila tuanku menyatakan penghargaan dan berterima kasih kerana telah mengetuai kerajaan dalam tempoh 23 tahun.

Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penghargaan yang diberikan oleh Sultan Kelantan terhadapnya ketika bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan ke-13.

Bagaimanapun Tuan Guru menyatakan tanggungjawab yang diberikan kerana memikul amanat yang diberikan oleh rakyat padanya sebagai hamba Allah dan bukan hamba hawa nafsu.

“Jika ingin mendapat rahmat dan balasan baik dari Allah, ikutlah perintahNya jika ikut demokrasi ciptaan barat bukan cara Islam, sebaliknya hawa nafsu.

“Oleh hal yang demikian dalam tempoh 23 tahun menjadi ketua kerajaan, saya mentadbir pemikiran rakyat,”ujarnya.

Hal ini kerana, tegasnya daripada pemikiran rakyat yang menjadi baik, ekonomi juga akan berkembang.

Sehubungan itu, Tuan Guru turut menjujung kasih kepada Tuanku Sultan Kelantan kerana keperihatinan baginda terhadap rakyat jelata dan dirinya sendiri ketika menjadi ketua kerajaan.

Sultan Kelantan ketika merasmikan pembukaan sidang Dun Kelantan baginda mengucapkan penghargaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.


Wednesday, 12 June 2013

Nik Aziz Di Lupakan Rakyat Kelantan Di Majlis Tilawah!!!!

Sedar dirinya dah tidak diperlukan lagi, barulah Nik Aziz menarik balik larangan peserta tilawah dari Kelantan pada tahun lepas.

Setelah 22 tahun baru ada peserta Kelantan, satu tempoh yang agak lama untuk mereka memperdengarkan bacaan masing-masing. Qariah Kelantan terlalu bersyukur kerana dibenarkan bersama-sama dengan peserta negeri lain. 

Radziah Ibrahim agak kecewa dengan peraturan kerajaan Pas Kelantan yang menyebabkan qariah dari negeri itu tidak dapat bersama-sama membuktikan kemampuan mereka dalam bacaan Al-Quran.

Syukur kerana qariah negeri ini kini dibenarkan menyertai semula tilawah al-Quran dan saya berharap wanita Kelantan bangkit semula untuk membuktikan kemampuan mereka dalam membaca al-Quran selepas peluang ditutup begitu lama,” Radziah Ibrahim.

Kehadiran qariah Kelantan itu sekaligus membuktikan bahawa betapa lekehnya Nik Aziz yang memandang sinis usaha kerajaan dalam memperdengarkan bacaan Al-Quran. Sedangkan beliau tahu tilawah peringkat antarabangsa dihadiri oleh peserta dari timur tengah yang semuanya mendokong ajaran Islam agak lebih ketat, namun tetap menghantar penyertaan.
Dalam hal ini, MB Kelantan yang baru Ahmad Yakob nampaknya lebih peka dan sensitif dengan kehendak rakyat Kelantan yang mahukan sedikit perubahan walaupun tak berapa nak menyeluruh.

Ahmad Yakob sedar banyak kesilapan yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap perkembangan Islam, namun tak berdaya nak melawan dan membantah kerana Nik Aziz terlalu berkuasa ketika itu.

Jadi setelah berjaya menambat hati sultan dan mengenepikan Nik Aziz, sedikit demi sedikit perkembangan Islam yang dulunya disekat oleh Nik Aziz mula dijalankan secara perlahan-lahan.

Nik Aziz yang cuba menjadi hero dalam perjuangan Islam tidak lagi boleh diterima rakyat dan pihak istana. Dengan mengatakan bahawa semua usaha kerajaan dalam memartabatkan Islam tiada nilainya di sisi Allah, hanya usaha Pas saja yang dipandang oleh Allah. Walhal diri sendiri yang mengikut telunjuk hawa nafsu sering melakukan sesuatu yang salah terhadap Islam.

Semoga selepas ini apa yang dulunya dipandang hina oleh Nik Aziz akan dapat dijernihkan demi kesatuan ummah. - Sumber

Wednesday, 29 May 2013

Selagi Ambo Bernyawo Jange Dok Koya Ado Penyatuan Umno & Pas - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” katanya kepada harakahdaily.

Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan menambah, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Sumber

Saturday, 25 May 2013

Terbongkar!!! MB Kelantan Mula Mencantas Orang2 Nik Aziz???

Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.

Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.

Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas,besi dan sebagainya.Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. 

Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata.

Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob,apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi.Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.

Namun bila diteliti semula,jelas seakan ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob,barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.

Bukan satu rahsia pun,banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.

Bukan saja tender,malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati. 

Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan,namun sebagai MB Kelantan yang baru,Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.

Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit,mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.

Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.

Sumber

Saturday, 11 May 2013

Alkisah - Pejabat Menteri Besar Kelantan Setiap Saat Diganggu Panggilan ???

Tergelak sangat-sangat kawe baca cerita di bawah dari blog putramerdeka, jadi kawe nak kongsi la dengan pembaca...
Seorang pegawai berkata bahawa dia diganggu dan dikacau sejak hari pertama lagi MB baru mengangkat sumpah..!


Seorang lagi pegawai berkata bahawa dia menjadi takut untuk mengangkat telefon...

Ini semua berlaku apabila negeri Kelantan menerima Menteri Besar baru menggantikan memanda Mursyidul am PAS si Nik Aziz.

Dilaporkan sejak dari Isnin 6 hb Mei yang lalu, deringan telefon terus menerus menggangu pejabat Menteri Besar.

Diberitakan bahawa...

Telefonis - Selamat pagi, Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Pemanggil - Selamat pagi, boleh bercakap dengan YAB Menteri Besar Dato Nik Aziz.

Telefonis - maaf encik, MB dah bertukar, Dato Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar.

Pemanggil - ooo gitu...takper la, terima kasih.

Beberapa minit berselang, pemanggil tetap membuat panggilan dan mengemukakan soalan yang sama hingga telefonis dan pegawai di pejabat MB berang dengan tindakan pemanggil tersebut.

Kejadian itu menyebabkan pemanggil disergah dan dimarahi oleh telefonis dan pegawai di pejabat MB...

Telefonis - awak tak faham ke? awak tak reti bahasa ke yang Dato Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi MB Kelantan. Kenapa awak terus telefon bertanya hal yang sama?

Pemanggil - sebenarnya encik...saya suka dengar ayat yang Dato Nik Aziz tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan, itu yang saya telefon lagi tu...jangan marah..!!!

wakakakaka....

Kedengaran suara pemanggil ketawa lalu meletakkan telefon...! namun panggilan yang sama tetap akan terus dibuat..! sebab apa ya?

Wednesday, 8 May 2013

Isu Exco Kelantan : [VIDEO & FOTO] Penyokong Naik Darah Husam Tiada Dalam Senarai Exco !!!

Sekumpulan 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.



Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.


Timbalan Pengarah 2, Pas Dun Salor, Mohd Nuri Mohd Yaakob mahu penjelasan pengguguran Husam kerana ia mencetuskan banyak persoalan terutama kepada rakyat di negeri itu.

Mereka berpendapat, tindakan kerajaan negeri Kelantan tidak menyenaraikan Husam sangat mengejutkan.


Kononnya berjuang bukan untuk jawatan...Husam oh Husam...

Saturday, 4 May 2013

#PRU13 ; Jika BN Menang 57 Faedah Untuk Rakyat Kelantan !!! #TukarKelantan #vote4BN


57 perkara yang akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan jika BN menang telah diumumkan oleh BN Kelantan. Berikut adalah senarai 57 faedah yang bakal dinikmati rakyat Kelantan.



AKU JANJI DATO' SRI NAJIB

1. PEMBINAAN LEBUHRAYA KUALA KRAI - KOTA BHARU.
2. STADIUM BARU.
3. KAMPUS BANDAR (UiTM) YANG BOLEH MEMUATKAN 5,000 PELAJAR.
4. MEMBINA MASJID IKON BERNILAI RM50 JUTA.
5. MENYELESAIKAN MASALAH AIR DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
6. BERI TANAH KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG LAYAK.
7. MEWUJUDKAN SISTEM PENGANKUTAN RAPID KOTA BHARU.
8. MEMBINA 1 JUTA RUMAH MAMPU MILIK.

IKRAR DATO' PA

9. TIDAK AKAN SESEKALI MEWUJUDKAN LESEN JUDI.
10. TIDAK SESEKALI MELULUSKAN LESEN ARAK SELAIN DARI YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN PAS SEBELUM INI.
11. TIDAK AKAN SESEKALI MELULUSKAN LESEN-LESEN PUSAT HIBURAN.

SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU, BALAISAH DAN PONDOK

12. GERAN PENYELENGGARAAN NAIK TARAF MASJID, SURAU DAN LALAISAH.
13. MENAIKAN GAJI / ELAUN IMAM, BILAL DAN SIAK.
14. PEMBERIAN ONE-OFF SEBANYAK RM1,000 KEPADA IMAM BALAISAH.
15. PEMBAYARAN ELAUN KEPADA GURU-GURU AL-QURAN DI KAMPUNG-KAMPUNG.
16. MENAIK TARAF SEKOLAH PONDOK.
17. ELAUN TETAP KEPADA GURU-GURU SEKOLAH PONDOK.
18. MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT/PONDOK.

PELUANG KEPADA WARGA KELANTAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI

19. IBADAT HAJI PERTAMA SECARA PERCUMA KEPADA SEMUA IMAM, BILAL, SIAK MASJID, SURAU DAN BALAISAH.
20. IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA WARGA TUA YANG BELUM BERKEMAMPUAN MENUNAIKAN HAJI.
21. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PARA HAFIZ.
22. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK TERPILIH.

PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

23. 1,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK / MESRA RAKYAT BAGI SETIAP PARLIMEN.
24. PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT TERMISKIN DAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.
25. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA 10,000.

SUMBANGAN KEMATIAN / MALAPETAKA

26. SUMBANGAN KEMATIAN RM1,000.
27. BANTUAN BENCANA SEHINGGA RM5,000.
28. BANTUAN KEMALANGAN / KEMATIAN TRAGIS RM5,000.
29. TABUNG PENYAKIT KRONIK RM 30 JUTA.

SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN BELIA

30. HADIAH WANG TUNAI BERNILAI RM2,000 KEPADA PERKAHWINAN PERTAMA KEPADA YANG BERPENDAPATAN KURANG RM1,500
31. SUMBANGAN SETIAP KELAHIRAN CAHAYA MATA SEBANYAK RM100.
32. PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 30,000 DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
33.DANA KHAS BANTUAN MODAL UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

34. BANTUAN IBU TUNGGAL RM1,500.
35. BANTUAN ANAK YATIM RM300.
36. BANTUAN OKU RM1,500.
37. BANTUAN WARGA EMAS RM1,500.

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPT DAN PELAJAR CEMERLANG

38. IJAZAH PERTAMA RM1,500.
39. DIPLOMA RM1,000
40. MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI / TINGAKATAN 6 RM800.
41. SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG UPSR, SPM, SMU, STPM & STU.

KEMUDAHAN DAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA

42. MENYEDIAKAN TAPAK PASAR MALAM YANG TETAP DI SETIAP DUN.
43. MEMBINA GRAND BAZAR DI KOTA BHARU.
44. MENGADAKAN KAWASAN PERNIAGAAN UPTOWN KOTA BHARU.
45. BANTUAN MOTOSIKAL RODA TIGA KEPADA PENJAJA.
46. MENYEDIAKAN KIOSK YANG LEBIH TERSUSUN UNTUK BELIA BERNIAGA.

HAPUSKIRA TUNGGAKAN CUKAI DAN SAMA

47. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI HASIL TANAH.
48. HAPUS KIRA TUNGGAKAN BIL AIR AKSB.
49. HAPUS KIRA TUNGGAKAN SAMAN PARKING PBT.
50. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI PINTU.
51. TIADA BAYARAN LESEN SAMPAN BAGI NELAYAN PANTAI.

GERAN KEPADA NGO

52. GERAN TAHUNAN KEPADA NGO YANG DIIKTIRAF SEBANYAK RM20 JUTA SETAHUN.

KEMUDAHAN ASAS

53. MENINGKATKAN KEMUDAHAN PRASARANA PELABUHAN TOK BALI, HUB PEMPROSESAN HASIL LAUT & MEMBINA PUSAT MEMBINA DAN MEMBAIKI KAPAL.
54. MENAIK TARAF JALAN-JALAN DALAM BANDAR UTAMA.
55. MENAIK TARAF BANDAR-BANDAR UTAMA TERMASUK MEWUJUDKAN BANDAR SATELIT KOTA BHARU DI KOK LANAS.
56. MELAKSANAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI GOLOK DAN SUNGAI KELANTAN.
57. LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA DINAIK TARAF MENJADI HUB PENERBANGAN PINTU MASUK KE WILAYAH SERANTAU. - Sumber

#PRU13 : Bongkar 2 !!! Exco Pas Hentam Kerajaan Negeri Kelantan Demi Tauke Besar #tolakPAS #tolakPR #Vote4BN #TukarKelantan

Projek Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) adalah bukti kezaliman Pas kepada rakyat Kelantan terutamanya golobgan miskin.

Sebelum projek PTSK, kawasan subur di Lembah Sireh diusahakan oleh para petani. Srlepas PTSK, tanah itu diserahkan kepada tauke besar tanpa memberi faedah kepada para petani apalagi membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Projek PTSK, dibuat tanpa penilaian projek dan kepentingan rakyat tidak terjamin. Mengapa ini berlaku? Adakah disebabkan ada tangan-tangan ghaip yang campur tangan?

Keraguan telah timbul bila mesyuarat exco menolak cadangan alternatif penyelesaian UPEN yang mengesyorkan jumlah yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri oleh pemaju bernilai RM318 288 564.

Sebaliknya Exco Pas Kelantan telah dalam mesyuarat yang sama mengesyorkan firma audit swasta dilantik dengan kos perkhidmatan sebanyak RM37 100 bagi tujuan nenilai semula jumlah sumbangan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

Laporan firma audit swasta itu diterima oleh kerajaan negeri pada April 2012 dan mengesyorkan pembayaran sebanyak hanya RM213 30 juta dibuat kepada kerajaan negeri. Kurang RM105 juta dari nilaian yang dibuat oleh UPEN.

Bukankah exco sepatutnya menjaga kepentingan kerajaan dan bukan menjaga kepentingan syarikat lebih dari kerajaan. Adakah ini berlaku kerana ada unsur-unsur lainyang di luar kerajaan yabg melibatkan individu-individu dan Parti Pas mendapat keuntungan? ??

Ini bukyi yang nyata  konsep Negara Kebangkitan Pas, rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya. Dan yang kaya itu bukan setakat tauke-tauke besar tetapi juga keluarga Nik Aziz,  exco-exconya dan broker-broker yang berkeliaran  dalam Pas di Kelantan.

Sumber

Thursday, 2 May 2013

#PRU13 : Gempar!!! Ceramah Ustad Hassan Basri Diganggu Penyokong Tegar Pas Pulau Melaka #GE13 #tolakPAS #TukarKelantan

Semalam julung-julung kalinya ceramah UMNO telah diadakan di Pulau Melaka lubuk Pas dan juga tempat tinggal Nik Aziz .

Turut hadir calon parlimen Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin dan juga calon Dun Panchor Rosli Hassan serta peceramah terkenal Ustad Hassan Basri bekas ahli Pas.

Apa yang dikongsikan dengan pembaca ialah kehadiran hampir 1000 orang mendengar  ceramah yang penuh dengan fakta. Mungkin kerana keberanian Ustad Hassan Basri membuka pekung Pas menyebabkan segelintir penyokong taksub Pas menganggu dan membuat provoke.

Mujurlah kehadiran anggota keselamatan dapat meredakan keadaan yang semakin panas gara-gara penyokong Nik Aziz yang tidak dapat terima bila ribuan penyokong Umno hadir di lubuk mereka.

Tapi di tempat yang berlainan iaitu di cermah Pas oleh calon mereka iaitu Nik Amar hanya di hadiri sekitar 50 orang sahaja di Taman Kurnia Pengkalan Chepa.  Bukti rakyat Pengkalan Chepa sudah bosan dan bersedia untuk menukar Kerajaan Pas kepada kerajaan BN.

Khabarnya Nik Amar terpaksa menyorok di tempat gelap kerana malu ceramahnya tiada sambutan.

Monday, 22 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Tentera Merah Tok Pa Tumbangkan Nik Aziz ?? #BetterNation #vote4BN #tolakPAS

Pertembungan di antara BN dan PAS di Kelantan pada PRU13 ini pastinya agak sengit di mana BN bukan sahaja dijangkakan bakal mengulangi kebangkitannya seperti yang berlaku pada PRU 11 2004, malah bersandarkan trend semasa tampak jelas BN berpeluang cerah untuk menoktahkan hayat politik PAS di negeri ini.


Beberapa otai politik yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah kekal bertanding mempertahankan Parlimen Gua Musang, sementara Datuk Dr. Awang Adek Husain pula akan menggalas cabaran untuk menawan kembali Parlimen Bachok.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali ramai dengan gelaran Tok Pa pula akan bertanding mempertahankan Parlimen Jeli di masa yang sama diberi tanggungjawab bertanding di DUN Air Lanas.

Manakala Bapa Kebangkitan Bola Sepak Kelantan iaitu Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa tidak berdepan sebarang masalah untuk mengibarkan kembali panji BN di Parlimen Ketereh di samping memastikan ketiga-tiga DUN dimenangi BN.

Salah satu kerusi DUN, iaitu N25 Kok Lanas akan dipertahankan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang tika ini adalah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan merupakan calon sesuai sebagai Timbalan MB.

Kombinasi lima orang warlord Kelantan ini pastinya mampu merealisasikan misi Gelombang Merah & menukar pucuk pimpinan negeri dari PAS kepada BN. Apatah lagi tika ini majoriti rakyat Kelantan semakin muak dengan permainan politik PAS dan kegagalan pimpinan parti itu dalam mengemudi Kelantan ke tahap yang lebih baik.

Rakyat Kelantan pernah kecewa sekali pada tahun 2004 apabila usaha menobatkan Tok Pa sebagai MB gagal walau pun tika itu PAS sudah di hujung tanduk, sekarang masanya dalam PRU13 ini rakyat Kelantan telah membulatkan tekad untuk memastikan hasrat itu menjadi realiti.


Wednesday, 17 April 2013

#GE13 : Senarai Lengkap Calon Pas Bakal Tersungkur #PRU13 #TukarKelantan



Dari Blog : Tukar Kelantan

Pas Kelantan sedang mengadakan pengumuman barisan calon menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),  di Padang Majlis Daerah Machang (MDM). Senarai calon Parlimen dan DUN itu akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.

Senarai Penuh Calon PAS Kelantan PRU-13




P19 TUMPAT: Kamarudin Jaaffar.
N1 Pengkalan Kubur: Prof Shahrum (PKR)
N2 Kelaboran: Mohd Zaki Ibrahim.
N3 Pasir Pekan: Ahmad Yaacob.
N4 Wakaf Baru Che Abdullah Nawi.

P20 PENGKALAN CHEPA: Dr Izani Hussein.
N5 Kijang: Wan Ubaidah Wan Omar.
N6 Chempaka: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
N7 Panchor: Mohd Amar Nik Abdullah.

P21 KOTA BHARU: Takiyuddin Hassan.
N8 Tanjung Mas: Rohani Ibrahim.
N9 Kota Lama: Annuar Tan Abdullah.
N10 Bunut Payung: Dr Ramli Mohamad.

P22 PASIR MAS: Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
N11 Tendong: Rozi Mohamad.
N12 Pengkalan Pasir: Hanifa Ahmad.
N13 Chetok: Abdul Halim Abdul Rahman.

P23 RANTAU PANJANG: Siti Zailah
N14 Meranti: Nasaruddin Daud.
N15 Gual Periok: Ahmad Awang.
N16 Bukut Tuku: Abdul Rasol.

P24 KUBANG KERIAN: Ahmad Baihayaqi Atikullah.
N17 Salor: Husam Musa.
N18 Pasir Tumbuh: Abdul Rahman Yunus.
N19 Demit: Muntaz Nawi.

P25 BACHOK: Marzub Shaari.
N20 Tawang: Hassan Mahmood.
N21: Perupok: Huzamy.
N22: Jelawat: Abdul Aziz Kadir.

P26 KETEREH:
N23 Melor: Dr Yusram
N24 Kadok: Hazami.
N25 Kok Lanas: Nik Mahadi Nik Mahmod.

P27 TANAH MERAH: Nik Mahmod (PKR).
N26 Bukit Panau: Abdul Fatah Mahmood.
N27 Gual Ipoh: Wan Yusuf Wan Mustafa.
N28 Kemahang: Mejar Anizan Abdul Rahman.

P28 PASIR PUTEH: Nik Mazian Nik Mohamaed.
N29 Selising: Saiful Baharin.
N30 Limbongan: Nabalang.
N31 Semerak: Wan Hassan Wan Ibrahim.
N32 Gaal: Tuan Mazlan Tuan Mat

P29 MACHANG: Dr Wan Zawawi (PKR).
N33 Pulai Chondong: Zulkefli Mamat.
N34 Temangan: Dr Mohd Fadzli Hassan.
N35 Kemuning: Ustaz Man.

P30 JELI: Apandi Mohamad.
N36 Bukit Bunga: Suply Razak.
N37 Air Lanas: Abdullah Yaacob.
N38 Kuala Balah: PRK.

P31 KUALA KRAI: Dr Mohd Hatta Ramli.
N39 Mengkebang: Abdul Latif Abdul Rahman.
N40 Guchil: Che Rosli (PKR).
N41 Manek Urai: Fauzi Abdullah.
N42 Dabong: Tok Iman Zaki.

P31 GUA MUSANG: Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
N43 Nenggeri: PKR.
N44 Paloh: PKR
N45 Galas: Abdullah Hussein.



Senarai lengkap akan menyusul sebentar lagi....

Friday, 12 April 2013

Video Penuh 11 Minit Pak Mustape Pas ???


PAS wajar laksanakan hukuman HUDUD keatas Stopa....

Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina. Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah bahwa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah, maka wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100x sebat. Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud, "Penzina wanita dan penzina lelaki, hendaklah kamu dera, masing-

masing seratus dera".



Anwar Ibrahim pastinya tersenyum puas waktu ini kerana PAS tidak lagi boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS juga mempunyai pemimpin yang bermasaalah moral.

Pendek kata PAS tidak boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Menang PRU 13 ini. 
Sedarlah wahai puak puak PAS, siapa PKR tu jangan jadi BODOH!

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara





Saturday, 6 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Hanya Umno Parti Kroni, PAS Parti Suci !!! #vote4BN #tolakPR #GE13


Khabar angin yang bertiup kencang - Kononnya Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang.

Khabarnya - PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.


Khabarnya - DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew. Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh

Jika ini semua benar

Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?


Benarkah sekarang wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof?
Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang di bawah tu semua begitu pandir sehingga tak layak jadi calon?



Sumber

Friday, 5 April 2013

Terkini !!! Penyokong Tegar Pas Cuba Bunuh Orang Umno Di Kelantan #TukarKelantan #tolakPR #Vote4BN


Pas Kelantan dalam keadaan kritikal apabila penyokong mereka telah memulakan keganasan sebelum PRU13 bermula. Inilah masalah mentaliti totok celaka PAS. Apa sahaja yang dibuat oleh mereka boleh belaka. Bendera mereka boleh pasang di mana-mana mereka suka, UMNO BN tak boleh! 


Datuk Wang Adek Hussin melawat mangsa Azran Nawawi


Kini rejim Pas semakin ganas dan  mereka semakin tertekan dengan sambutan dan sokongan rakyat terhadap umno/bn lalu cuba bertindak ganas untuk menakut-nakutkan rakyat Kelatan yang nak Tukar kerajaan Pas kepada kerajaan Barisan Nasional.

Terkini seorang mangsa penyokong Umno Azran zawawi parah apabila di tetak, oleh penyokong kuat pas di cabang 3 Melawi Bachok pada 11.45 mlm 3/4/2013. Menurut sumber penetak Azran Nawawi ada kaitan keluarga dengan mangsa. Suspek yang merupakan penyokong tegar Pas bertindak kerana fatwa terkini Nik Aziz barangkali. 


Difahamkan kejadian bermula dengan kedatangan dua orang penyokong Pas bersama adik mangsa. Mangsa diarah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya di potong dengan pedang dan kemudiannya mangsa ditetak di bahu kanan.Kes disiasat oleh Pegawai Penyiasat IPD Bachok di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. No repot 1093/2013.

Gambar terkini

Saban hari semakin gila dakyah yang disebarkan kepada penyokong mereka.sebelum ini berlakunya insiden di mana seorang penyokong parti PAS yang membawa imej Islam, telah bertindak mencekik dan mengugut untuk membakar rumah seorang bekas ahli PAS di Kuala Terengganu baru-baru ini hanya kerana meninggalkan parti itu untuk bersama UMNO.

Baju PAS ganti UMNO boleh pakai di mana-mana mereka suka, baju DAP ganti PAS TAK BOLEH! Sticker R dan muka hijau nik aziz boleh ditepet sesuka hati di kereta mereka. Stiker T hanya segelintir sebab puak2 celako Pas akan calar kereta atau lebih ganas lagi ...kawe ake pecoh cermin kereta Demo !!!

Inilah kesannya bila ceramah demi ceramah disumbatkan, maka masyarakat telah tertelan dengan dakyah bahawa PAS adalah agama bukanlah sebuah parti atau pertubuhan. Maka penyokong taksubnya akan buat apa saja demi mempertahankan idealogi mereka meskipun boleh mencederakan orang lain yang tidak dapat menerima selain parti tersebut..

#TukarKelantan : Petanda Pas Akan Tersungkur Dengan Ribuan Rakyat Bagi Sokongan #Vote4BN #PRU13

Satu Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah telah diadakan malam semalam bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh.


Majlis tersebut bermula degan solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin, solat Isyak dan seterusnya disambung dengan sesi ceramah.

Jumlah hadirin yang hadir ke majlis tersebut mencecah angka 3000 orang dan mereka tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga tamat majlis.

Timbalan Penyelaras DUN Kok Lanas, Ustaz Kamarudin bertindak sebagai pengacara majlis pada sesi ceramah.

Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Ketua Pembangkang Kelantan yang juga merupakan ADUN Kok Lanas, YB Dato Hj. Md Alwi, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama.


YB Dato Hj. Md. Alwi memulakan ceramah dan berbicara soal Lahad Datu. Beliau menekankan peranan yang telah dimainkan kerajaan dan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara. Seperti biasa, Ketua Pembangkang Kelantan ini lantang menyampaikan ceramah sehingga baju yang dipakainya dibasahi keringat.

Ceramah kemudian diteruskan oleh Tan Sri Annuar Musa. Beliau menekankan soal hudud yang dipolitikkan Pakatan Pembangkang terutamanya PAS.

Seterusnya baca di [SINI]

Wednesday, 3 April 2013

[VIDEO] Wajib Tengok!! Husam Pecah Tanah #TolakPR #TukarKelantan #ManifestoBukanJanji

Puak PAS banyak buat projek pecah tanah saja,kat mana-mana pun camtu,rakyat betul percaya macam nak mampus terus kena tipu,kat Kedah boleh buat muka tak malu mengaku bina 12 buah masjid, seloq kero la gini Nik Aziz weh !!! mana dah negara Islam dan hudud? 

Yang pasti hanya jadi pecacai DAP lah sekarang ni Huse Muse sungguhlah....Sedap ko mung belako la....tanah banyok, harta banyok...rakyat kelate nak bulih tanah pun payah....saing ambo sore tu kijo pokgad dahlah gaji muroh dok rumoh sewa...mintok tanah dengan kerajaan Pas pun habuk tak leh !!! mapus mapus!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive