Tuesday, 10 September 2013

Mat Sabun Bakal Ditendang Nik Aziz???

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar golongan ulama mengisi jawatan timbalan presiden disifatkan sebagai isyarat untuk singkirkan Mat Sabu.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan, memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu.

“Setelah satu penggal beliau memegang jawatan itu, banyak perkara yang memudaratkan Pas berbanding perkara yang memberi manfaat.

“Saya melihat ini serampang dua mata Tok Guru (Nik Aziz), pertama untuk menghindarkan Mat Sabu, kedua, untuk mempromosikan calon ulama, “ katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Azmi, walaupun Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu, kedudukan Mat Sabu tetap dalam bahaya.

“Berdasarkan prestasi ditunjukkan Mat Sabu dalam PRU13, sukar untuk beliau mengekalkan jawatannya.

“Bukan sahaja beliau gagal meningkatkan kemenangan parti, malah dirinya juga tidak diterima rakyat di kawasan ditandingi,” katanya.

Beliau turut berpendapat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob layak dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Azmi berkata, pengaruh Nik Aziz masih kuat, sehubungan itu gesaan dibuat itu mampu mempengaruhi Muktamar Pas akan datang.

Pendapat sama turut dinyatakan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat bahawa populariti Nik Aziz masih kuat dan menjadi rujukan kepada pimpinan parti.

“Mesej yang ingin di sampaikan beliau (Nik Aziz) selepas melihat situasi terdahulu selepas gelombang Anwarinas mengusai pemilihan parti kemudian diikuti kontroversi Syiah dalam parti membuatkan beliau mahu mengembalikan kegemilangan ulama dalam Pas.

“Ini juga usaha beliau memastikan masyarakat terus menerima Pas sebagai parti memperjuangkan Islam,” katanya.

Menurut beliau, antara calon berpotensi menggantikan Mat Sabu adalah Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang kuat dan layak untuk di ketengahkan, bagaimanapun sejauh mana penerimaan ahli parti masih belum boleh dijangka.

“Pada dasarnya, agak sukar untuk Nik Abduh menentang Mat Sabu, tetapi jika diberi peluang beliau layak memikul jawatan itu bukan sahaja beliau anak Nik Aziz tetapi keperibadian yang ada pada dirinya,” katanya.

Bagaimanapun, Samsul Adabi berkata, Mat Sabu masih memberi saingan kepada calon lain kerana beliau mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Sumber

PT
Nampaknya Nik Aziz sudah memasang angan-angan untuk menNYAHkan Abang Sabun dari mengekalkan kerusi no 2 pemimpin tertinggi Pas. Kita sama-sama tunggu dan lihat samada misi Nik Aziz berjaya atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive