Tuesday, 17 September 2013

Abu Mayat Pejuang Chin Peng Akan Di Bawa Pulang!!! - Kholid Ismath @LokmanAdam #Lokman4NKP


SEPERTI dijangka, sudah ada pihak yang mahu abu Chin Peng yang mati di Thailand pagi semalam, dibawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan.


Ini merujuk kepada Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihujani permintaan tersebut dari majoriti pengikut Twitter bukan Melayu.

Kononnya atas nama perkemanusian dan wasiat yang ditinggalkan Chin Peng. Eh, macamlah kita ni kisah sangat dengan wasiat yang Chin Peng tinggalkan. Perikemanusiaan? Adakah semasa Chin Peng lakukan keganasan dulu, dia ada ingat tentang perikemanusiaanatau tidak?



Orang putih kata, stop talk nonsense.

Bunuh anggota pasukan keselamatan satu hal, onar yang dibuat Chin Peng dulu telah menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan dan banyak kawasan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehingga ada perintah berkurung dan sebagainya.

Walaupun perintah berkurung itu untuk keselamatan rakyat, tapi secara langsung ia menyekat kebebasan orang nak bergerak ke sana sini.

Anggota keselamatan Malaysia (majoriti orang Melayu) inilah yang berusaha keras memastikan ancaman komunis hanya terhad di kawasan-kawasan tertentu dalam negara sahaja, di bahagian lain yang tidak terancam, rakyat boleh hidup seperti biasa.

Itulah ‘jasa’ Chin Peng yang paling besar kepada rakyat negara ini (kalau ada yang tidak tahu atau buat tak tahu), menyebabkan kita semua hidup dalam ketakutan kerana ancaman pasukan komunis yang dipimpinnya.

Jangan kata generasi yang lahir 80-an atau 90-an, generasi yang lahir era 70-an pun ramai yang tidak pernah menghadapi susah hidup di zaman komunis, itu yang selamba minta Chin Peng dibawa balik ke mari kononnya atas nama kemanusiaan.

Tapi ada berjuta-juta orang lagi di Malaysia ini yang masih kenang kekejaman komunis. Kalau tak dia sendiri hidup dalam zaman itu, ada di kalangan keluarganya yang menjadi mangsa komunis, baik sebagai anggota keselamatan atau orang awam.

Sebab itu, kita tidak redha Chin Peng untuk balik ke sini, walaupun dalam bentuk abu.

Dia pun bukan rakyat negara kita, walaupun lahir di negara ini. Kita perlu ingat, komunis tidak termasuk dalam prinsip Jus Soli yang ditetapkan untuk kerakyatan kaum selain Melayu semasa zaman kemerdekaan dulu. - Sumber


PT
Tapi yang peliknya seekor Melayu ni ingin p[ulak membawa balik abu mayat kononnya sebagai pejuang kemerdekaan. Bangsa apa la si mamat ni sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata bangan sebegini.

Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. 

Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. 

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive