Monday, 23 September 2013

Mengapa @AriffHakimi Perlu Dipilih Perwakilan Sebagai KP UMNO Pasir Puteh #AriffHakimi4Exco




Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.

Calon Ketua Pemuda Pasir Puteh dan Exco Pemuda Malaysia UMNO, Ariff Hakimi bin Zulkifli merupakan seorang anak muda yang bergiat aktif dalam beberapa NGO pro kerajaan serta pergerakaan lain. 


Antaranya ialah:

1- Ketua Pegawai Eksekutif, Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (TOMBAK).

2- Naib Presiden, Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK).

3- Timbalan Presiden, Kelab Alumni Senibina Landskap UPM (KASEL).

4- Exco, Majlis Belia Negeri Kelantan.

5- Pengarah Eksekutif, Gerakan Destini Anak Bangsa.

6- Naib Presiden, Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA).

7-Presiden, Kelab Sukarelawan Belia Pasir Puteh (KRISPATEH)

Katanya, apabila beliau diumumkan bertanding jawatan itu respons daripada ahli seperti ada keterujaan dan sokongan untuk calon anak muda menerajui pemuda Pasir Puteh.

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.
Ariff Hakimi bin Zulkifli 34 merupakan seorang Arkitek Landskap. Beliau berkelulusan B.L.Arch(UPM), M.B.A.(UUM) dan sekarang sedang belajar secara sambilan di UUM utk ijazah Doctor of Business Administration.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive