Thursday, 19 September 2013

Jangan Main Tuduh!!! Kemewahan Ini Usaha Saya - Sohaimi Ibrahim


Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui beliau yang ditahan SPRM kerana disiasat atas pertuduhan salah guna wang program akhiri zaman miskin (1AZAM). Tujuh individu dari kementerian lain turut dipanggil bagi membantu siasatan.


“Tiada apa yang hendak disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang disiarkan di blog dan portal tidak semuanya betul,”

SPRM juga menyita 10 kenderaan mewah Suhaimi namun beliau menafikan laporan itu.

“Jika ada pihak yang mempersoal kemewahan saya, seperti tersiar di blog, itu hasil usaha keras saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan dari situlah datang sumber kewangan itu,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Beliau telah ditahan reman empat hari sejak Jumaat berhubung kes itu dan dibebaskan Selasa. Suhaimi tidak bercerita lanjut butiran penyiasatan.

“Saya tidak terlibat dalam program 1AZAM. Saya telah bekerjasama dengan SPRM dan kini saya mahu membersihkan semula nama saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah beliau akan dipanggil semula oleh SPRM, katanya,

“Saya telah berikan kerjasama. Saya datang sendiri dan tiba pada jam 5 petang dan disoal sepanjang minggu.”

Selepas ini beliau juuga berkata mahu memberi fokus kepada perniagaan dan tidak mahu terjebak lagi dalam pertuduhan sedemikian.

“Perniagaan saya tiada kaitan dengan kementerian atau program di bawahnya. Namun untuk mengelak sebarang tuduhan, lebih baik saya berdiam diri,” katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive