Saturday, 14 September 2013

16 September Hari Penjajah??? - Jeffery Kitingan

Jeffrey Kitingan Pertikai Hari Malaysia Dalam kita bersemangat untuk menyambut Hari Malaysia di Sabah, pemimpin pembangkang dari Sabah sendiri, iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor mengambil sikap bertentangan.

Pemimpin pembangkang ini telah mengejutkan ramai dengan menganggap 16 September sebagai Hari Penjajah. Beliau menyifatkan sedemikian atas dakwaan Malaya telah ‘menjajah’ Sabah setelah mengambil alihnya dari British, melalui penubuhan Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Nampaknya, Jeffrey masih menyesali sejarah dan tidak mampu menerima hakikat bahawa Sabah telah menjadi sebahagian dari Malaysia. Apa yang menarik ialah, penyesalan beliau terletak jelas pada faktor ‘wang’. Ini terbukti apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan boleh muflis tanpa Sabah dan Sarawak dengan memetik angka pendapatan melebihi RM40 billion tanpa perlu ‘berkongsi’ dengan Semenanjung.

Namun, disebabkan ‘penjajahan’, maka Sabah dan Sarawak hanya mendapat RM3.7 billion dari perkongsian itu. Tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan Jeffrey Kitingan memancarkan perasaan dendam yang membara.

Justeru, tidak salahlah jika kita mempercayai sumber dari Filipina dan beberapa blog sebelum ini yang menamakan beliau sebagai antara pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Antara laporan risikan yang terdedah dari kes Lahad Datu menyebut, “Pemimpin utama pembangkang Sabah yang dikenal pasti dalang pencerobohan ini ialah Jeffrey Kitingan dan Anwar Ibrahim yang telah berjumpa dengan Nur Misuari Pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Sultan Sulu Palsu Jamalul Karim untuk menceroboh Sabah bagi menuntut negeri Sabah.”

Dengan kenyataan Jeffrey itu, ia mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa MNLF hanyalah alat pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka. Jika ini benar maka puak penceroboh Sulu sebenarnya merupakan mangsa ketamakan dan kebodohan mereka sendiri.

Kenyataan Jeffrey Kitingan juga merupakan cetusan dari ketiadaan taat setia pada negara. Oleh itu, ia boleh diambilkira sebagai hasutan serta mampu menggalakkan pemberontakan.

Pihak kerajaan perlu mengambil serius perkara ini supaya tidak terus menerus memberi ruang kepada pengkhianat untuk memecahbelahkan Malaysia.

Lebih dari itu, Jeffrey Kitingan juga perlu dipantau secara dekat memandangkan beliau telah mempamerkan dirinya sebagai seorang yang berpotensi menggerakkan pemberontakan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive