Showing posts with label filipina. Show all posts
Showing posts with label filipina. Show all posts

Monday, 18 November 2013

[VIDEO] Adakah Roboh Masjid Punca Filipina Di Landa Taufan Haiyan???

Sadis dan kesian apabila melihat bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 4000 nyawa.

Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.



Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut. - Sumber

Saturday, 14 September 2013

16 September Hari Penjajah??? - Jeffery Kitingan

Jeffrey Kitingan Pertikai Hari Malaysia Dalam kita bersemangat untuk menyambut Hari Malaysia di Sabah, pemimpin pembangkang dari Sabah sendiri, iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor mengambil sikap bertentangan.

Pemimpin pembangkang ini telah mengejutkan ramai dengan menganggap 16 September sebagai Hari Penjajah. Beliau menyifatkan sedemikian atas dakwaan Malaya telah ‘menjajah’ Sabah setelah mengambil alihnya dari British, melalui penubuhan Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Nampaknya, Jeffrey masih menyesali sejarah dan tidak mampu menerima hakikat bahawa Sabah telah menjadi sebahagian dari Malaysia. Apa yang menarik ialah, penyesalan beliau terletak jelas pada faktor ‘wang’. Ini terbukti apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan boleh muflis tanpa Sabah dan Sarawak dengan memetik angka pendapatan melebihi RM40 billion tanpa perlu ‘berkongsi’ dengan Semenanjung.

Namun, disebabkan ‘penjajahan’, maka Sabah dan Sarawak hanya mendapat RM3.7 billion dari perkongsian itu. Tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan Jeffrey Kitingan memancarkan perasaan dendam yang membara.

Justeru, tidak salahlah jika kita mempercayai sumber dari Filipina dan beberapa blog sebelum ini yang menamakan beliau sebagai antara pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Antara laporan risikan yang terdedah dari kes Lahad Datu menyebut, “Pemimpin utama pembangkang Sabah yang dikenal pasti dalang pencerobohan ini ialah Jeffrey Kitingan dan Anwar Ibrahim yang telah berjumpa dengan Nur Misuari Pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Sultan Sulu Palsu Jamalul Karim untuk menceroboh Sabah bagi menuntut negeri Sabah.”

Dengan kenyataan Jeffrey itu, ia mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa MNLF hanyalah alat pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka. Jika ini benar maka puak penceroboh Sulu sebenarnya merupakan mangsa ketamakan dan kebodohan mereka sendiri.

Kenyataan Jeffrey Kitingan juga merupakan cetusan dari ketiadaan taat setia pada negara. Oleh itu, ia boleh diambilkira sebagai hasutan serta mampu menggalakkan pemberontakan.

Pihak kerajaan perlu mengambil serius perkara ini supaya tidak terus menerus memberi ruang kepada pengkhianat untuk memecahbelahkan Malaysia.

Lebih dari itu, Jeffrey Kitingan juga perlu dipantau secara dekat memandangkan beliau telah mempamerkan dirinya sebagai seorang yang berpotensi menggerakkan pemberontakan.

Sumber

Tuesday, 11 June 2013

Jamalul Kiram III Akan Ditahan Dan Didakwa - Kerajaan Filipina

KUALA LUMPUR:  Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu serta pengikutnya akan ditahan dan didakwa dalam waktu terdekat. Menurut sebuah laporan dalam Utusan Malaysia hari ini, Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina yang menyiasat pencerobohan Sulu ke Sabah, telah menyerahkan laporan siasatan kepada Kementerian Kehakiman negara itu.

Suratkhabar itu tersebut memetik kata-kata seorang 'sumber' yang melaporkan kumpulan Sulu tersebut akan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya.

Sumber tersebut juga berkata siasatan oleh pihak berkuasa Filipina mendedahkan bahawa pencerobohan tersebut telah dirancang seawal bulan November tahun lepas, sebelum pihak itu mendarat  di pantai timur Sabah pada 12 Februari.

Sumber itu juga berkata bahawa pihak berkuasa Filipina sedang giat memburu adik Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram yang dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.

Sementara itu, anak perempuan ‘Sultan’ tersebut, Jacel Kiram berkata ahli keluarga mereka telah menerima maklumat dari sumber “dalam kerajaan” tentang perancangan untuk menyerahkan Kiram kepada kerajaan Malaysia.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan dalam Philippines Daily, Jurucakap Presiden Edwin Lacierda menafikan dakwaan tersebut. “Ia hanyalah dakwaan…tunggu kenyataan rasmi dari kami,” kata Lacierda.

Sumber

Thursday, 4 April 2013

#LahadDatu : Filipina Rujuk Mahkamah Antarabangsa # PeaceSabah

MANILA, Filipina - Istana Malacanang telah ditanya sama ada kerajaan bersedia untuk menyokong satu langkah yang bertujuan campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas hak asasi manusia yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap Filipina yang tinggal di kawasan yang dipertikaikan.

Beberapa kumpulan masyarakat sivil telah memfailkan rayuan segera kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia Navanethem Pillay dan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian António Guterres, kedua-duanya berpangkalan di Geneva, Switzerland.

Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte (gambar) berkata semalam, mereka sedar surat yang dihantar oleh beberapa kumpulan ke PBB, "tetapi setakat kita tahu ... kita sedang menyiasat dakwaan ini, dan sehingga siasatan selesai dilakukan, kita tidak mahu mengulas. "

Beliau berkata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) juga menunggu hasil siasatan sebelum ia boleh mengambil tindakan, kerana terdapat laporan bahawa beberapa diplomat telah mengesyorkan bahawa isu Sabah dibawa ke hadapan mahkamah antarabangsa, tetapi dengan amaran bahawa ia boleh menjejaskan rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sedang diaturkan oleh Malaysia.
Valte berkata mereka telah mengesahkan laporan bahawa kuasa-kuasa kesultanan Sulu telah diperkukuh dan boleh menyebabkan konflik yang lebih lama di Sabah, sambil menambah ia akan terpulang kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk menentukan liabiliti mereka di sebalik kebuntuan.

Kesultanan cuba mendapat sokongan CBCP Kesultanan Sulu dan Borneo Utara bermesyuarat semalam dengan Persidangan Biskop Katolik di Filipina (CBCP) dalam usaha untuk mendapatkan sokongan Gereja untuk resolusi kebuntuan Sabah.

Menyertai Kiram dalam mesyuarat dengan biskop ialah anak perempuannya Puteri Jacel Kiram, Idjirani, dan Pastor Saycon, perunding politik kesultanan.

Idjirani berkata Kiram akan cuba untuk meyakinkan biskop mengenai tuntutan kesultanan ke atas Sabah dengan membentangkan dokumen yang termasuk "pemberian surat kuasa mentadbir" di Mahkamah Sesyen di Borneo Utara bertarikh 1939, yang diiktiraf kekuasaan Brunei Darussalam Sulu dan Borneo Utara seluruh Sabah; surat 1999 kepada editor Times harian Zamboanga yang menyatakan bahawa 1939 penghakiman Mahkamah Tinggi Borneo mengesahkan kewajaran hak ke atas Sabah oleh keturunan Sultan Sulu Punjungan Kiram; dan surat bertarikh Oktober 18, 1950 dialamatkan kepada Sulu Datu Punjungan Kiram daripada kedutaan British di Manila mengesahkan kesediaan kedutaan untuk membayar kesultanan sejumlah P1, 301,79 dalam bentuk wang 'penyerahan.

Jaycel Kiram berkata mereka juga akan menghantar rakaman video untuk CBCP menunjukkan kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap Filipina di Sabah.

Sumber

Wednesday, 3 April 2013

#LahadDatu : Seorang Lagi Datuk Seri Dicari Kes Pencerobohan #PeaceSabah #ESSZONE


LAHAD DATU: Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sementara itu, beliau berkata, seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak Selasa selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.

Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya.

Tan berkata, tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.

Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar pada Rabu, beliau berkata, penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.

"Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi," katanya. - BERNAMA

Monday, 1 April 2013

#LahadDatu : Seorang Anggota Polis Didakwa Bersubahat #OpsDaulat

Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan  pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di  hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk. Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121  Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang  sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa  hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA. Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar. 

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau. Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di  tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara  maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat  sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara  dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh.

Bernama

#LahadDatu : #OpsDaulat Gagal - Bekas Pemimpin Tentera Penjilat PR #TolakPR

Tindakan Bekas Pemimpin Tentera Keterlaluan Dan Tidak Wajar

“Apabila angkatan tentera berjuang, kita tidak boleh lakukan apa-apa perkara yang boleh melemahkan semangat mereka. Ini (usaha untuk melemahkan semangat) adalah kerja musuh dan dilakukan untuk meruntuhkan moral pasukan kita,” kata Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd. Said.

Beliau berkata demikian dalam forum Masa Depan Kita: Cabaran Keselamatan yang dianjurkan Nadi Dialog Malaysia semalam.

Datuk Seri Zaini Mohd. Said terkejut dan kecewa dengan tindakan bekas pemimpin tentera mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan semangat anggota pasukan keselamatan di Sabah.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan tidak harus dikeluarkan pada ketika anggota tentera berjuang habis-habisan dengan musuh untuk mempertahankan kedaulatan negara. Semalam, bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa Ops Daulat telah gagal.

Malah Ghafir mengeluarkan dakwaan bahawa Ops Daulat gagal kerana ia dijalankan tanpa perisikan taktikal yang penuh. Datuk Seri Zaini yang berpengalaman mengendalikan insiden Sauk di Perak berkata, tidak timbul soal cepat atau lambat dalam apa-apa operasi tetapi apa yang lebih penting adalah masa yang tepat.

“Kita memerlukan masa untuk membawa kelengkapan tentera ke medan selain melakukan pelbagai persiapan.

“Tak guna kalau kita lancarkan serangan pantas dengan 30 anggota dan lepas itu pasukan tersebut dihancurkan musuh,” katanya. - SUMBER

Sunday, 31 March 2013

#LahadDatu : Siapa Pemimpin Pembangkang SMS Kepada MNLF Dikesan #TolakPR #Vote4BN


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu.

Kami sungguh terkejut. Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian. SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".

SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

5. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

6. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Sumber

#LahadDatu : Roh Pengganas Berkeliaran Mencari Mangsa Di Kg Tanduo

Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.

Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang. "Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.

"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
Kosmo

Angkara Pengganas Sulu : 49 Rumah Hancur Lebur #LahadDatu

49 rumah penduduk musnah, 61 lagi rosak Sebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.

"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.

"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,

" katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan.

Sumber

Friday, 29 March 2013

#LahadDatu : Foto - Penduduk Balik Tengok Rumah #HariPolis


Hari ini penduduk kampung yang terjejas akibat pencerobohan di Lahad Datu meninjau rumah mereka yang rata-rata rosak. 11 Foto untuk dikongsi bersama pembaca sekitar lawatan yang dikawal oleh anggota polis dan tentera.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmod Mallang, 72, berkata, dia sama sekali tidak menyangka rumahnya yang diduduki sejak 1959 terbakar dan beberapa harta lain turut musnah seperti kereta serta motosikal.

Katanya, ketika pertempuran berlaku di Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu itu, dia mempunyai urusan di bandar Lahad Datu.

Katanya, anak lelakinya, Azmain, 35, menghubunginya bagi memaklumkan mengenai pencerobohan di kampung itu dan menasihatkan agar tidak pulang kerana kumpulan pengganas Kiram itu mencarinya.

“Saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah saudara di Fajar Harapan dan hari ini merupakan hari pertama saya bersama lebih 30 wakil keluarga dibawa ke rumah masing-masing untuk melihat sendiri kesan pertempuran,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Dalam lawatan pagi ini, kumpulan penduduk diiringi oleh pasukan keselamatan yang bersenjata lengkap.

Selain wakil keluarga, pihak Pejabat Daerah Lahad Datu dan wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dibawa bersama bagi menilai kerosakan yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahmod berkata, dia juga amat terkejut melihat persekitaran perkampungan itu.

Menurutnya, bukan sahaja terdapat beberapa buah rumah hangus terbakar dan tidak boleh diduduki lagi, kesan tembakan boleh dilihat pada keseluruhan rumah di situ.

Tambahnya, kelongsong peluru daripada senjata ringan dan berat masih bertaburan di seluruh kawasan kampung.

Meskipun begitu katanya, hasil perbincangan pihaknya bersama penduduk lain, kebanyakannya masih mahu kembali tinggal di kampung halaman mereka.

Namun begitu katanya, hasrat mereka itu masih bergantung kepada jaminan keselamatan yang akan diberikan oleh pihak berkuasa, malah akan sentiasa mematuhi arahan jika dinasihatkan untuk mencari penempatan baharu.

Thursday, 28 March 2013

Terkini : #OpsDaulat - Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Di Simunul #PrayForSabah

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas dalam pertempuran di Kampung Simunul, Semporna pagi tadi.

Turut ditahan dua wanita masing-masing isteri dan anak kepada pengganas terbabit kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan kejadian itu pada sidang media sebentar tadi dan memaklumkan empat lelaki turut ditahan dipercayai tiada dokumen pengenalan diri.

Sumber

Wednesday, 27 March 2013

Kenalilah Mereka....Siapa Mereka Sebenarnya ???

Pasukan Gerakan Am (PGA) POLIS HUTAN merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia.

Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.

Pasukan Gerakan Am diaturgerak, dilengkapkan dan dilatih khusus untuk sedia melaksanakan tugas semasa aman dan darurat.

Antara tugas semasa aman meliputi tugas mencari dan memusnahkan penjenayah yang bergerak atau bersembunyi di hutan belantara, meronda sempadan, pantai, pulau-pulau di perairan negara dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk kemasukan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pendalaman.

Ia juga membantu Polis Cawangan Tugas Am NKRA didalam tugas-tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan jenayah, mengepung dan memeriksa rumah – bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai.

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat para militeri ini telah mencapai banyak kejayaan terutamanya dalam menumpaskan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis, mengawal rusuhan dan kegiatan lanun di negara ini.

Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Disember 1989, maka tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir.

Dengan berakhirnya ancaman komunis, PDRM telah menggubal semula fungsi utama penugasan PGA.

Penugasan pasukan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah.

Sumber

Tuesday, 26 March 2013

Polis Jejak Individu Kirim Wang Bantu Penjenayah Ke Pulau Jolo #LahadDatu

Lahad Datu, 26 Mac - Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

BERNAMA

Pengganas Sulu Serah Diri Dalam Kelesuan #LahadDatu

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.

Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya. BERNAMA

Monday, 25 March 2013

4 Mayat Termasuk 2 Kanak-Kanak Maut Selepas Pertempuran #LahadDatu


LAHAD DATU – Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan keselamatan Negara kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

“Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

“Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan,” katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.

“Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan ‘sniper’ pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu,” katanya. - BERNAMA

Penduduk Kesal Tidak Lapor Kehadiran 'Orang Asing Lebih Awal #LahadDatu

LAHAD DATU - Kerisauan beberapa penduduk Kampung Tanjung Labian dengan kehadiran sekumpulan 'orang asing' yang mendirikan rumah secara haram di pinggir hutan berhampiran nyata berasas.

Tindakan mereka melaporkan kehadiran 'orang asing' itu kepada ketua kampung Mahmud Mallang, 72, pada 27 Februari lepas, bagaimanapun ditempelak sesetengah penduduk yang kononnya tidak mahu berprasangka buruk.

"Lihat apa yang telah terjadi sekarang. Ternyata apa yang saya dan rakan-rakan risaukan sebelum ini ada asasnya. Keamanan kami dirampas malah ada rakan memberitahu rumah mereka dibakar pengganas militan.

"Kalau dahulu kita semua bersatu hati melaporkan kepada pihak berkuasa, sudah tentu keadaan tidak akan jadi seperti ini," kata Idris Abdul Kahal, 49, dalam nada kesal kepada Bernama, di sini.

Mengimbau kembali kejadian serangan militan pada 1 Mac lepas, Idris yang melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang, berkata mereka dipaksa pengganas supaya segera meninggalkan kampung itu.

"Mereka bercakap dalam bahasa Suluk meminta semua orang kampung lari dengan segera jika tidak mahu diapa-apakan. Saya hanya sempat mengambil dokumen peribadi dan melarikan diri bersama penduduk kampung lain ke dalam ladang kelapa sawit.

"Suara pengganas sangat parau menyebabkan kami takut mendengarnya. Waktu melarikan diri, kami juga tidak tahu ke mana kami hendak lari dan hanya berserah kepada Allah dan lepas empat jam berjalan, kami tiba di Lok Buani," katanya.

Idris yang kini ditempatkan di Dewan Fajar Harapan, sebuah pusat penempatan sementara, berkata ekoran serangan pengganas militan itu, anak keduanya berumur 8 tahun, sering meracau dalam tidur berkemungkinan gangguan emosi.

Katanya keadaan anaknya kini semakin pulih setelah melalui proses pemulihan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan dua anaknya yang beradad di tingkatan dua dan lima masih enggan ke sekolah kerana takut.

"Perkara ini sangat menyusahkan dan saya rasa seperti tidak mahu balik lagi ke Tanjung Labian kerana saya takut jika pengganas akan kembali semula," katanya yang menganggarkan mengalami kerugian hasil tanaman sawit, ternakan dan buah-buahan kira-kira RM10,000.

Penduduk Tanjung Labian keseluruhannya 3,500 orang merupakan antara penduduk yang dipindahkan selepas kampung itu diklasifikasi sebagai zon merah dalam Operasi Daulat susulan pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, sejak 12 Februari lepas. Halimah Naukan, 48, pula berkata, beliau dimaklumkan rakan bahawa rumahnya yang berdekatan Tanjung Batu dibakar pengganas militan itu.

"Saya amat marah dan kecewa. Mereka (pengganas) ini semua bersifat binatang, langsung tidak memikirkan bagaimana kami mahu hidup semula selepas ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.

"Saya dengar haiwan ternakan pun mereka ambil. Mereka langsung tiada belas kasihan dan sepatutnya mereka ini mati. Inilah hukuman yang patut mereka terima," katanya sambil menitiskan air mata. - BERNAMA

Sunday, 24 March 2013

#LahadDatu : Anak Mat Bom Ditahan !!! #PrayForSabah

SETELAH mendapat berita gembira yang diterima, Menteri Pertahana Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.

Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.

Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.

Ketika ditangkap, kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.

Justeru penahanan Ali yang juga anak lelakinya hidup-hidup semalam, merupakan satu lagi kejayaan besar pihak keselamatan negara dalam memburu  di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Tahniah pasukan keselamatan negara!

Sumber

Mutakhir !!! 4 Pengganas Maut 1 Anggota Cedera #LahadDatu

Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.


Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.
 - Sumber

Friday, 22 March 2013

Senarai Nama 8 Pengganas Sulu Yang Didakawa #PrayForSabah

Berikut adalah senarai penuh nama 8 orang pengganas yang didakwa di Mahkamah Tinggi atas pelbagai kesalahan berkenaan insiden menceroboh Sabah

1. Hooland Kalbi
2. Timhar Hadir
3. Habil Suhaili
4. Atik Hussin Abu Bakar
5. Lin Mad Salleh
6. Basad Manuel
7. Kadir Uyung
8. Lating Tiong

TAWAU:
Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain. Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin. Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini. Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive