Showing posts with label jamalul kiram. Show all posts
Showing posts with label jamalul kiram. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Jamalul Kiram III Akan Ditahan Dan Didakwa - Kerajaan Filipina

KUALA LUMPUR:  Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu serta pengikutnya akan ditahan dan didakwa dalam waktu terdekat. Menurut sebuah laporan dalam Utusan Malaysia hari ini, Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina yang menyiasat pencerobohan Sulu ke Sabah, telah menyerahkan laporan siasatan kepada Kementerian Kehakiman negara itu.

Suratkhabar itu tersebut memetik kata-kata seorang 'sumber' yang melaporkan kumpulan Sulu tersebut akan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya.

Sumber tersebut juga berkata siasatan oleh pihak berkuasa Filipina mendedahkan bahawa pencerobohan tersebut telah dirancang seawal bulan November tahun lepas, sebelum pihak itu mendarat  di pantai timur Sabah pada 12 Februari.

Sumber itu juga berkata bahawa pihak berkuasa Filipina sedang giat memburu adik Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram yang dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.

Sementara itu, anak perempuan ‘Sultan’ tersebut, Jacel Kiram berkata ahli keluarga mereka telah menerima maklumat dari sumber “dalam kerajaan” tentang perancangan untuk menyerahkan Kiram kepada kerajaan Malaysia.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan dalam Philippines Daily, Jurucakap Presiden Edwin Lacierda menafikan dakwaan tersebut. “Ia hanyalah dakwaan…tunggu kenyataan rasmi dari kami,” kata Lacierda.

Sumber

Friday, 29 March 2013

#OpsDaulat :Pengganas Kiram Menyamar Jadi Orang Awam #LahadDatu #HariPolis

Pasukan keselamatan negara akan meningkatkan lagi operasi bagi menghapuskan saki-baki kumpulan pengganas Kiram yang menyamar sebagai orang awam untuk melepaskan diri daripada ditangkap.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, kumpulan pengganas berkenaan telah berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba menyamar sebagai orang awam.

"Ops Daulat masih berterusan dan sebagaimana dalam tempoh empat hari ini, kita dalam usaha untuk membersihkan saki-baki pengganas dalam kawasan operasi.

"Mereka sekarang ini berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba melarikan diri, saki-baki pengganas ini juga ada yang memakai pakaian awam dan senjata mereka telah disembunyikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Berhubung pertempuran yang berlaku semalam, beliau berkata, sekumpulan pengganas telah dikesan dan pihaknya akan terus menjejaki mereka.

Semalam, sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang dirampas pasukan keselamatan selepas berbalas tembakan dengan saki-baki pengganas Kiram di Sungai Bilis di Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, tiga pengganas Kiram melarikan diri selepas melakukan serang hendap terhadap sepasukan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, beliau yakin kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengenal pasti kawasan baharu untuk penempatan sementara penduduk Kampung Tanduo, Lahad Datu yang kini masih lagi berada di pusat pemindahan sementara.

"Kita juga telah menghantar pasukan penilaian kerosakan ke Kampung Tanjung Batu untuk menilai kemusnahan harta benda, tanaman serta haiwan peliharaan penduduk kampung.

"Dalam masa terdekat ini juga, kita akan membawa orang kampung melihat rumah masing-masing," katanya.

Sumber

Friday, 22 March 2013

Mayat Cepat Reput Pengganas Sulu Guna Ilmu Hitam #PrayForSabah


Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam - BERNAMA

Wednesday, 20 March 2013

Ketua Pengganas Sulu Jamalul Kiram Dakwa Ada Kumpulan Mahu Dibunuh #PrayForSabah

MANILA - Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.

Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.

Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.

Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.

Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut. Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.

Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. Sumber - KOSMO

Sunday, 17 March 2013

Ganas !!! Militan Sulu Dilatih Tentera Amerika #PrayForSabah

Terkejut juga bila baca apa yang didedahkan oleh rakan blogger mymassa tentang dakwaan sebuah portal Borneo Insider tentang wujudnya pihak ketiga iaitu tentera elite Amerika Syarikat yang menjadi tulang belakang dalang pencerobohan di Lahad Datu..

Hubungan akrab antara tentera elite US dan tentera yang mendakwa askar diraja Sulu sudah lama wujud..

Tentera US masuk ke Sulu atas nama program khidmat masyarakat tetapi pada masa yang sama ada agenda terselindung disebalik itu..

Baca apa yang ditulis oleh rakan blogger mymassa

Monday, 11 March 2013

Siapa Sebenar Raja Muda Azzimudie Terbongkar Bukti Dari Email #LahadDatu #Pray4Sabah

KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.
Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.

Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT


Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.

Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.

Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.

Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA

1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?

2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?

3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?

4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?

5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation?

LESSONS

1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.

2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.

3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.

4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.
Lahad Datu.


Sumber : Keris7Lok

Saturday, 9 March 2013

#LahadDatu : Badaruddin Dakwa Dirinya Sultan Sulu Ori !!!

MANILA - Di sebalik kesahihan Jamalul Kiram III sebagai waris Kesultanan Sulu, masih ada lagi pihak yang menuntut gelaran Sultan Sulu walaupun setakat ini tiada sebarang bukti untuk mengesahkan perkara itu.

Badaruddin D. Mohammed Bataraza mendakwa beliau sultan sebenar Sulu kerana merupakan anak kepada isteri pertama Sultan Jamalul Alam yang menandatangani perjanjian 1878 untuk memajak Sabah kepada British North Borneo Company.

Menurut dokumen lengkap dihantar kepada Philippine Daily Inquirer, wakil Badaruddin pernah cuba mendapatkan pengiktirafan kerajaan Filipina sejak 25 Julai lalu. Pihaknya juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sebenar.

Jurucakap Badaruddin, Arturo Sampana berkata yang kononnya sultan yang sudah berusia 74 tahun itu masih lagi bersembunyi tetapi akan mendedahkan dirinya yang sebenar tidak lama lagi untuk bercerita mengenai sejarah dan susur galur keturunannya.

Difahamkan, Badaruddin merupakan putera keempat dari lima orang anak Almarhum Puteri Aishah bersama Datu Mohammad Bataraza. Aishah pula merupakan puteri kepada Sharifah Zainab atau juga dikenali sebagai Puteri Indok, yang merupakan isteri kepada Sultan Badaruddin II yang memerintah Sulu dari tahun 1881 hingga 1884.

Katanya, Badaruddin II merupakan pengganti kepada Sultan Jamalul Alam selepas meninggal dunia akibat diracun manakala ahli keluarganya yang lain termasuk Aishah berjaya menyembunyikan diri. Kata beliau, Jamalul Kiram III yang kini dikehendaki Malaysia merupakan keturunan isteri kedua Jamalul Alam.

“Mengikut tertib Kesultanan Sulu, waris sah memegang tahta hanya dari keturunan isteri pertama sultan,” tambah beliau.

Ujarnya lagi, Badaruddin dan keluarganya tinggal di Sabah pada tahun 1970-an dan kembali ke Filipina pada tahun 2009 tetapi kekal bersembunyi untuk menjamin keselamatan mereka sekeluarga.-sn

#LahadDatu : Ketua Pengganas Azzimuddien Kiram Selamat Bersama Pengikutnya - Philippine Daily Inquirer

MANILA - Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.


Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.

Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.

“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.

Jacel turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur tangan bagi menangani konflik berkenaan.

Dua hari lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.

“Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden tetapi hampa,” kata Jacel.-sn

Friday, 8 March 2013

Kiram Pembohong ! Dakwa Miskin Tapi Kelengkapan Senjata Siapa Yang Bekal ???

MANILA – Tidak seperti keluarga diraja yang lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.


“Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.

Pengikut Sultan Sulu ini telah mencetuskan krisis keselamatan terbesar di Malaysia kerana menghantar kira-kira 200 pengikutnya dan sebahagian mereka bersenjata yang diketuai oleh adik beliau sendiri ke Lahad Datu.
Mereka mencetuskan konflik di Malaysia kerana mahu menuntut semula kononnya kawasan itu merupakan hak milik mereka. Operasi yang dikenali sebagai Op Daulat itu berlarutan lebih seminggu tetapi sehingga kini pengikut Jamalul masih berdegil dan enggan berundur.

Jamalul mendakwa yang Sabah ialah milik Kesultanan Sulu satu masa dahulu dan ia hanya dipajak kepada Malaysia dan mereka membayar sewa tahunan sebanyak AS$1,708 atau lebih RM5,000. Jamalul yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung juga dengan bangganya menceritakan empayarnya berpangkalan di kepulauan Sulu, selatan Filipina.

“Filipina kemudian dipajak Sabah kepada syarikat British dan pada tahun 1963, Sabah mengambil keputusan untuk menyertai Malaysia,” katanya.
Beliau menambah ketika waktu muda, Jamalul sering mengembara ke Sabah.

“Negeri itu sangat kaya dan setiap kali saya ke sana, saya berasa seperti berada di kampung halaman saya sendiri,” ujarnya.

Sehingga kini, lebih 800,00 rakyat Filipina menetap di Sabah untuk bekerja sejak bertahun-tahun dahulu. - Sinar


#LahadDatu : NBI Hantar Ejen Jaga Sultan Jamalul Tiram III ???



MANILA - Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina mengesahkan pihaknya ada menghantar tiga ejen bagi 'mengunjungi' kediaman Sultan Jamalul Kiram III di Tabuig City, kelmarin.

Timbalan Pengarah NBI, Reynaldo Esmeralda berkata, operasi itu sah dan dibenarkan oleh biro tersebut.

Beliau berkata, kakitangan NBI dihantar bagi memantau keselamatan di kawasan itu.

Dipetik portal ABS-CBNnew, beliau menafikan salah faham beberapa pihak yang mendakwa NBI menghantar ejen bagi melindungi keluarga Jamalul.

Tuesday, 5 March 2013

Betulkah Jamalul Kiram III Keturunan Pembuuh ???



Siapakah Kiram?
Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.
Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.
Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.


Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.
Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.
Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.

Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.
Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I? - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive