Showing posts with label pengganas. Show all posts
Showing posts with label pengganas. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

#OpsDaulat Terakhir - Mayat Reput Dan Tinggal Tulang Serta Busuk #PeaceSabah

Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang tersebut dipercayai ditanam di situ selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita.

15 Pengganas Sulu Dikeluarkan Dari Tanah

Mayat itu dipercayai telah ditanam oleh pengganas Sulu yang terselamat dalam pertempuran tersebut.

Mayat itu dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan pegawai unit forensik dengan dikawal oleh anggota yang lengkap bersenjata api. Operasi mencari dan mengesan lubang itu bermula pada pukul 1 petang.



ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia menggali dan mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang ditanam di dalam lubang di Kampung Tanduo semalam. 

Bau busuk menyelubungi kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanduo di sini apabila pasukan penyelamat mengeluarkan mayat 15 puak pengganas Sulu yang dikeluarkan dari tiga buah lubang.

Kesemua 15 mayat pengganas itu telah ditanam di dalam tiga buah lubang bersaiz antara empat dan lima meter persegi. Jarak antara setiap lubang itu kira-kira tiga meter.



Bau busuk dan keadaan mayat yang berulat dengan isi daging yang sudah terlerai menjadi cabaran utama sepasukan unit forensik ketika menggali tiga kubur mengandungi mayat pengganas dipercayai ditanam rakan mereka selepas bertempur dengan pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Kampung Tanduo, awal bulan lalu.



Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.

“Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam,” katanya.  - Sumber


Saturday, 6 April 2013

#OpsDaulat Fasa Ketiga : Ketua Pengganas Sulu Diburu Ditahan !!! #PeaceSabah #ESSZONE

Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya. Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas.




Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka hari ini.

Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.


#LahadDatu : Hero Kg Senallang - Mati Lebih Baik Dari Ditawan Pengganas Sulu #PeaceSabah #ESSZONE

“Saya lihat lelaki itu duduk di bawah pokok nangka seperti menunggu rakannya dan ketika itulah saya bersama abang dan seorang lagi penduduk kampung, Mohd Saparudin Abdul Hatam mula merancang untuk bertindak.

Almasi menunjukkan tempat dia dan abangnya mengambil kedudukan 
sebelum melakukan serangan ke atas lelaki bersenjata itu

“Kami mengambil kedudukan masing-masing di mana saya duduk di hadapan sebelah kiri, abang saya di sebelah kanan dan Saparudin di belakang menunggu peluang untuk melakukan serangan,” katanya.

Almasi berkata, tidak berapa lama selepas itu, lelaki yang mengacukan M16 ke arah orang kampung meneguk minumannya dan ketika anggota pengganas Kiram itu hendak meletakkan botol minuman, ketika itulah dia dan abangnya serentak menyerang lelaki tersebut.

“Mujurlah saya dapat merampas senjata di tangannya, manakala abang saya dapat melepaskan tumbukan ke arah mukanya, manakala Saparudin menendang dari arah belakang sehingga dia rebah.

“Apabila rebah, penduduk kampung yang ketakutan pada mulanya, terus menyerang dan memukul lelaki itu dengan kayu dan batu... malah wanita dan kanak-kanak juga turut memukul pengganas Kiram itu seperti melepaskan marah,” katanya.

Menurutnya, tidak berapa lama selepas itu lelaki tersebut tidak lagi bergerak dan apabila diperiksa lelaki itu sudah tidak lagi bernyawa menyebabkan penduduk kampung yang ditawan melarikan diri dan segera melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Apa nak jadi, jadilah.... Kalau mati... matilah aku hari ini,” kata Almasi Ansyah, 27, wira Kampung Senallang Lama yang mula-mula menerkam pengganas Kiram bersama abangnya, Boi Ansyah, 29, dalam kejadian penduduk kampung itu ditawan seorang lelaki, 3 Mac lalu.


Menceritakan peristiwa pagi Ahad itu, Almasi bersama 200 penduduk Kampung Senallang Lama dikejutkan dengan teriakan seorang lelaki yang berusia 50-an, ‘akulah yang menembak mati polis malam tadi’ yang turun dari arah sebuah bukit sambil membawa raifal M16 memerintahkan penduduk kampung berhimpun di dalam masjid.

Ansyah yang sedikit pendiam berkata, di dalam masjid kampung itu, lelaki tersebut dilihat menelefon seseorang berkemungkinan rakannya yang juga pengganas Kiram.

“Kami menjadi takut melihat lelaki itu seperti tidak waras dan mengarahkan kami semua keluar dari rumah dan berkumpul di masjid.

“Kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan... lebih-lebih lagi lelaki separuh abad itu melepaskan satu das tembakan ke lantai,” katanya.

Menurutnya, lebih kurang sejam dikurung, penduduk kampung tersebut kemudiannya diarahkan berjalan menuju ke sebuah bukit kira-kira satu kilometer dari masjid itu tanpa ada sikit pun belas kasihan.

Katanya, ada orang tua dan kanak-kanak tidak larat berjalan dipaksa berjalan sejam lamanya sehinggalah tiba di sebuah pondok di kaki bukit yang tingginya kira-kira 300 meter.

Ketika ditanya apa menyebabkan dia berani bertindak sedemikian, Almasi berkata, dia yang pada awalnya takut, secara tiba-tiba menjadi berani apabila melihat kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan.

Menurutnya, mujurlah rancangan mereka untuk menyerang lelaki itu berjaya dan sekiranya gagal mungkin ramai penduduk yang menjadi korban pengganas Kiram yang sehari sebelum itu membunuh enam anggota polis dalam satu serang hendap di Kampung Air Simunul.

“Selepas kejadian itu, ramai penduduk kampung melarikan diri kerana bimbang rakan-rakan lelaki itu datang semula dan membalas dendam sehinggalah pasukan keselamatan mengisytiharkan kampung itu selamat,” katanya.

Sementara itu, Saparudin melahirkan kesyukuran kerana terselamat dalam insiden itu, namun mereka masih lagi risau dan mengharapkan pihak polis meningkatkan kawalan di kampung itu.

“Jarak kampung ini dengan Simunul bukannya jauh sangat, kami bimbang tentang keselamatan anak isteri kami yang masih trauma dengan kejadian tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memuji keberanian penduduk kampung melawan pengganas bersenjata yang ceroboh kampung mereka.

SUMBER

Friday, 5 April 2013

#OpsDaulat : Seorang Lelaki Dan Wanita Asing Ditahan #PeaceSabah #ESSZONE

Seorang lagi lelaki tempatan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam operasi polis bagi membanteras saki-baki penceroboh dari Selatan Filipina di Sabah.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu petang semalam, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata dalam Operasi Daulat semalam, polis turut menahan seorang wanita berusia 45 tahun yang mempunyai kad identiti dari kesultanan Sulu di Kampung Sungai Bilis, Felda Sahabat dekat sini.

"Kami masih menyiasat penglibatan kedua-dua mereka dengan insiden pencerobohan militan Sulu," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebuah lagi balai polis bergerak ditempatkan di sekitar Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu mulai pagi ini bagi meningkatkan keyakinan penduduk kampung yang terjejas akibat insiden pencerobohan itu.

Kok Liang berkata sehingga pukul 1 tengah hari ini, 20 laporan polis telah dibuat antaranya membabitkan kehilangan harta benda serta rumah yang dibakar dan dirosakkan militan terbabit.

Beliau berkata polis percaya lebih banyak laporan polis akan dibuat penduduk untuk tempoh terdekat.

"Selain balai polis itu, pasukan keselamatan juga akan meneruskan rondaan untuk meningkatkan tahap keselamatan.

"Kami percaya penduduk kampung di zon merah tidak akan takut lagi dan akan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

[Sumber]

#OpsDaulat : Senarai Pengganas Sulu Yang Sangat Dikehendaki !!! #PeaceSabah #ESSZONE

Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.


Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina. - Sumber

Tuesday, 26 March 2013

Pemberi Dana Kepada Pengganas Kiram III Dikenal Pasti #LahadDatu



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pihak polis sudah mengenalpasti beberapa individu di Sandakan dan Semporna di Sabah yang telah menghantar wang ke Pulau Jolo di Filipina untuk menyokong pengganas Jamalul Kiram III.



Pihak polis sedang mengawasi pergerakan mereka yang terlibat dan akan didakwa atas tuduhan pengkhianatan kepada negara.

Ini adalah kesalahan paling serius mereka yang terlibat akan ditangkap di bawah Keselamatan Kesalahan Akta (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jika didapati bersalah, hukuman adalah penjara seumur hidup dan hukuman mati disabitkan kesalahan.



Media Filipina, Manila Times pada 16 Februari 2013 pernah mendedahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram II ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Ketua Umum PKR, pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar pernah mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.

Media REUTERS pada 14 Februari 2013 juga pernah mendedahkan kenyataan pegawai tentera Filipina bahawa ahli politik pembangkang Malaysia telah menjemput pengganas Jamalul Kiram III ke Sabah untuk membincangkan isu-isu tanah.

Sudah tiba masanya rakyat perlu didedahkan siapa individu-individu terbabit dan berapa jumlah dana yang telah diberi kepada pengganas Jamalul Kiram III ini.Media Filipina, MANILA TIMES pada 16 Februari 2013 pernah mendedahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram II ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Ketua Umum PKR, pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar pernah mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.

Media REUTERS pada 14 Februari 2013 juga pernah mendedahkan kenyataan pegawai tentera Filipina bahawa ahli politik pembangkang Malaysia telah menjemput pengganas Jamalul Kiram III ke Sabah untuk membincangkan isu-isu tanah.

Sudah tiba masanya rakyat perlu didedahkan siapa individu-individu terbabit dan berapa jumlah dana yang telah diberi kepada pengganas Jamalul Kiram III ini.


Sumber

Polis Jejak Individu Kirim Wang Bantu Penjenayah Ke Pulau Jolo #LahadDatu

Lahad Datu, 26 Mac - Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

BERNAMA

Kami Akan Buru Kiram Dan Kuncu2nya - Peguam Negara #LahadDatu



PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasan keselamatan.



"Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah.

Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu Datu Amir Bahar Hushin Kiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata, Jabatan Peguam Negara akan meneliti perkara itu.

Beliau juga berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram, kepada kerajaan Filipina.
"Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi... sudah tentu kami akan memburu dia... terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini," katanya ketika disoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiram yang memegang kewarganegaraan Malaysia. 

Abdul Gani juga berkata, lapan suspek yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas, bukan rakyat Malaysia.

Mengulas dakwaan beberapa nama dalam kertas pertuduhan sebenarnya milik individu yang sudah mati, Abdul Gani berkata jika perkara itu benar, "sudah tentu tertuduh tidak akan menyahut ketika namanya dipanggil semasa mahkamah bersidang."

"Sebagai contoh, seorang tertuduh yang bernama Hooland, saya boleh ingat namanya kerana ia agak pelik, dikatakan sudah meninggal dunia namun dia menyahut ketika mahkamah memanggil nama itu," katanya. 

Abdul Gani berkata beliau juga memohon agar mahkamah tidak merekod pengakuan tertuduh kerana beliau akan mendapatkan nasihat daripada Kedutaan Filipina berhubung bantuan perundangan.

Katanya, beliau juga sudah menghubungi Persatuan Undang-Undang Sabah dan Majlis Peguam dalam usaha menyediakan bantuan perundangan kepada tertuduh.

"Jika kita ada muslihat, kita boleh ambil sahaja pengakuan mereka. Malah, ketika prosiding mahkamah, seorang daripada mereka berkata dia diupah untuk melakukan perkara itu. Kenyataan itu boleh diambil sebagai pengakuan bersalah dan dia boleh dihukum penjara, namun saya enggan menerima pengakuan itu," katanya.

Peguam Negara berkata pendakwaan ingin berlaku adil ketika melaksanakan tugasan mereka. Meskipun di pihak pendakwaan, Abdul Gani berkata, beliau percaya hak tertuduh sebagai seorang individu harus dipelihara.

Menyentuh sama ada peguam dari Majlis Peguam Malaya boleh mewakili tertuduh, Abdul Gani berkata, mereka boleh memberi bantuan serta nasihat perundangan selain mendapatkan kemasukan secara ad-hoc ke majlis itu untuk kes tertentu.
Beliau berkata bilangan peguam dari Persatuan Undang-Undang Sabah yang mengendali kes jenayah adalah terhad.

"Jadi, saya meminta bantuan Majlis Peguam dan mereka (Majlis Peguam dan Persatuan Undang-Undang Sabah) sudah berbincang berkaitan perkara ini," katanya. - Bernama

Friday, 22 March 2013

Mayat Cepat Reput Pengganas Sulu Guna Ilmu Hitam #PrayForSabah


Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam - BERNAMA

Thursday, 14 March 2013

#LahadDatu : Kisah Keganasan Militan Sulu #PrayForSabah


Mahmood Mallang, 72, merupakan seorang yang sangat dihormati oleh penduduk Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu. Berasal dari keturunan Sulu, beliau yang dilahirkan di Pulau Sibutu, Filipina mula berhijrah ke Lahad Datu sejak berusia 18 tahun lagi.


Beliau kini pemegang kerakyatan Malaysia dan telah dilantik menjadi ketua kampung di situ sejak beberapa tahun lalu.

Sewaktu hari pertama ketibaan pengganas militan Sulu tiba di kampungnya, Mahmood berada di bandar Lahad Datu.

Beliau hanya menyedari berlaku peristiwa pencerobohan ini setelah dimaklumkan melalui telefon bimbit oleh anaknya, yang sebelum itu berjaya melarikan diri setelah dipukul dan dijadikan tebusan oleh puak pengganas Sulu yang mengepung kampung mereka.

"Mereka tahan anak saya, bahkan rumah saya pun mereka bakar namun saya nekad tidak mahu bersubahat dengan puak pengganas ini, saya enggan tunduk walau apa cara sekali pun,” tegasnya.

Menurut Mahmood, beliau sedar ramai penduduk di kampungnya berasal dari Filipina dan tinggal tanpa izin sejak sekian lama.

Namun, katanya, mereka ini jarang menimbulkan masalah malah ramai yang sudah berkahwin dan beranak pinak di kampung tersebut.

Katanya, ini disebabkan tanah asal kelahiran mereka di Filipina sangat mundur hingga susah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Sebab itu, katanya, beliau hairan bagaimana puak yang mendakwa berasal dari Kesultanan Sulu ini sanggup bertindak kejam dan di luar batasan hingga menyusahkan mereka yang telah lama bermaustatin di sini khususnya dan di Sabah amnya.

"Yang pasti, saya diberitahu ada pihak di sana mendakwa mereka telah ditipu dan dimomok-momokkan kononnya negeri ini telah dikuasai oleh geng Sultan Kiram ini, mereka juga telah dijanjikan dengan pekerjaan namun bila sampai ke sini, lain pula jadinya.

"Saya diberitahu ramai yang terkejut apabila tiba-tiba diminta mengangkat senjata sedangkan niat mereka datang ke sini hanyalah untuk mencari rezeki, bukan untuk berperang,” katanya.

Menurut Mahmood, beliau percaya ada dalang dan tali barut yang memainkan peranan di sebalik semua yang berlaku.

Katanya, walaupun beliau sendiri orang Sulu dan berasal dari Filipina namun ini bukan bermakna beliau perlu tunduk dan akur dengan kemahuan puak pengganas berkenaan.

"Sebenarnya ‘jeneral’ Musa itu sendiri adalah sepupu kepada isteri saya namun itu bukan alasan untuk saya bersubahat dengan mereka dalam hal ini.

"Kami sudah berjanji untuk menumpahkan taat setia kami pada Malaysia, mereka (pengganas) tidak boleh paksa untuk kami bersama mereka dalam perjuangan yang sia-sia ini,” katanya

Tuesday, 12 March 2013

#LahadDatu : Kg Tanduo Clear 97 Pengganas Militan Ditahan #PrayForSabah

LAHAD DATU: Selepas seminggu Operasi Daulat, polis pada Isnin mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Ahad lalu, seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat. Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.
Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pada Ahad yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya. Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. BERNAMA

Keganasan Sulu Telah Merebak Ke Bangi !!!



Ini bukan 'Datuk' Sulu

Ketika negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, lain pula berlaku di sini apabila dua kumpulan yang diketuai dua lelaki yang dikurniakan gelaran 'Datuk' oleh Kesultanan Sulu bergaduh sesama sendiri di sebuah restoran di Teras Jernang, Bangi di sini kelmarin.

Pergaduhan melibatkan 20 lelaki bersenjatakan parang itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika dua Datuk berkenaan bersama pengikut masing-masing datang ke restoran tersebut untuk berbincang mengenai status satu projek di Sungai Merab, Sepang yang terbengkalai.

Kedua-dua Datuk yang berusia 30-an dan 40-an itu, masing-masing aktif dalam dunia politik dan perniagaan perlancongan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, seramai 12 orang termasuk dua Datuk tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

Friday, 8 March 2013

#LahadDatu : NBI Hantar Ejen Jaga Sultan Jamalul Tiram III ???



MANILA - Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina mengesahkan pihaknya ada menghantar tiga ejen bagi 'mengunjungi' kediaman Sultan Jamalul Kiram III di Tabuig City, kelmarin.

Timbalan Pengarah NBI, Reynaldo Esmeralda berkata, operasi itu sah dan dibenarkan oleh biro tersebut.

Beliau berkata, kakitangan NBI dihantar bagi memantau keselamatan di kawasan itu.

Dipetik portal ABS-CBNnew, beliau menafikan salah faham beberapa pihak yang mendakwa NBI menghantar ejen bagi melindungi keluarga Jamalul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive