Showing posts with label ops daulat. Show all posts
Showing posts with label ops daulat. Show all posts

Friday, 5 April 2013

#OpsDaulat : Senarai Pengganas Sulu Yang Sangat Dikehendaki !!! #PeaceSabah #ESSZONE

Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.


Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina. - Sumber

Wednesday, 3 April 2013

#LahadDatu : Seorang Lagi Datuk Seri Dicari Kes Pencerobohan #PeaceSabah #ESSZONE


LAHAD DATU: Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sementara itu, beliau berkata, seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak Selasa selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.

Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya.

Tan berkata, tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.

Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar pada Rabu, beliau berkata, penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.

"Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi," katanya. - BERNAMA

Friday, 29 March 2013

#LahadDatu : Foto - Penduduk Balik Tengok Rumah #HariPolis


Hari ini penduduk kampung yang terjejas akibat pencerobohan di Lahad Datu meninjau rumah mereka yang rata-rata rosak. 11 Foto untuk dikongsi bersama pembaca sekitar lawatan yang dikawal oleh anggota polis dan tentera.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmod Mallang, 72, berkata, dia sama sekali tidak menyangka rumahnya yang diduduki sejak 1959 terbakar dan beberapa harta lain turut musnah seperti kereta serta motosikal.

Katanya, ketika pertempuran berlaku di Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu itu, dia mempunyai urusan di bandar Lahad Datu.

Katanya, anak lelakinya, Azmain, 35, menghubunginya bagi memaklumkan mengenai pencerobohan di kampung itu dan menasihatkan agar tidak pulang kerana kumpulan pengganas Kiram itu mencarinya.

“Saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah saudara di Fajar Harapan dan hari ini merupakan hari pertama saya bersama lebih 30 wakil keluarga dibawa ke rumah masing-masing untuk melihat sendiri kesan pertempuran,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Dalam lawatan pagi ini, kumpulan penduduk diiringi oleh pasukan keselamatan yang bersenjata lengkap.

Selain wakil keluarga, pihak Pejabat Daerah Lahad Datu dan wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dibawa bersama bagi menilai kerosakan yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahmod berkata, dia juga amat terkejut melihat persekitaran perkampungan itu.

Menurutnya, bukan sahaja terdapat beberapa buah rumah hangus terbakar dan tidak boleh diduduki lagi, kesan tembakan boleh dilihat pada keseluruhan rumah di situ.

Tambahnya, kelongsong peluru daripada senjata ringan dan berat masih bertaburan di seluruh kawasan kampung.

Meskipun begitu katanya, hasil perbincangan pihaknya bersama penduduk lain, kebanyakannya masih mahu kembali tinggal di kampung halaman mereka.

Namun begitu katanya, hasrat mereka itu masih bergantung kepada jaminan keselamatan yang akan diberikan oleh pihak berkuasa, malah akan sentiasa mematuhi arahan jika dinasihatkan untuk mencari penempatan baharu.

Tuesday, 19 March 2013

#LahadDatu : Taktik Gerila Pengganas Sulu Tidak Berkesan #PrayForSabah

Lahad Datu, 19 Mac - Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini.

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.

Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu. - BERNAMA

PT
Kita ambil iktibar apa yang berlaku. benda ni takkan berakhir disini. sejak serangan 1954 ianya berterusan. Tapi 2013 mencatatkan sejarah baru dimana pihak musuh semakin berani mencemar kedaulatan negara kita.

Bukan itu saja, rupanya tindakan kurang menyengat mereka dan berpura2 mahukan keamanan beberapa tahun kebelakang ini rupanya mereka sedang mengatur strategi menyusup ke dalam dan jadi musuh dalam selimut.

Manakala kita pula sentiasa berhati murni, membantu mereka dgn harapan selepas dibantu akan amanlah kawasan bergolak jiran kita dan mereka akan dengan sendirinya memajukan ekonomi mereka dan berpendidikan.

Disangka Panas hingga ke Petang rupanya Hujan Darah di tengahari. Selepas ini pastikan semua sorotan sejarah serangan puak bangsat ni dicatat dalam sejarah dan diturunkan ke anak cucu.

Tak perlu nak jaga sangat hati negara jiran yang tak reti hormat jirannya. Kalau selama ini kita berlembut, sudah sampai masa kita kuatkan pertahanan kita..tidak semestinya pertahanan tentera tapi pertahanan immigresen.

Serangan gerila bukan hanya bergantung pada fizikal tapi kebijaksanaan dlm pengaturannya. Syabas ATM & PDRM..Semoga semua anggota dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah.

Sunday, 10 March 2013

#LahadDatu : Anggota Tertembak Remaja Di dalam Semak #PrayForSabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.


Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.

Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.-mk

Terkini!!! : 33 Talibarut Pengganas Sulu Ditahan Di Semporna #OpsDaulat

Semporna, 10 Mac - Polis menahan 33 suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal siasat.

"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.

Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.

Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. - BERNAMA

#OpsDaulat : 27 Ditahan Di Zon Merah #LahadDatu


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Op Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu dekat sini pada 10 pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu.

"Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

"Walaupun tiada senjata ditemui, saya telah arahkan polis Daerah Lahad Datu untuk jalankan siasatan mendalam dan akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh berkenaan," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam.

Berikutan operasi membersih dan membanteras musuh sedang dijalankan, Ismail menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan yang ditetapkan kerana boleh menjejaskan operasi selain membahayakan mereka yang tidak berkenaan.

Berhubung 53 mayat penceroboh yang belum dibawa keluar dari Zon Merah, beliau berkata, semua militan yang ditembak itu belum diperiksa oleh unit Forensik berikutan kedudukannya berhampiran dengan lokasi di mana musuh berada dan keadaan itu boleh mengancam nyawa pasukan sekiranya dihampiri.

Ismail berkata, walaupun terdapat beberapa mayat telah dibawa keluar, namun sejak unit Forensik diserang Rabu lepas pihaknya terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

Katanya, sehingga kini unit Forensik hanya merakamkan gambar penjenayah yang terbunuh tetapi belum dapat menjalankan proses siasatan dan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit bagi tujuan pendakwaan.

Selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban.

Saturday, 9 March 2013

#LahadDatu : Pengganas Sulu Tinggal Pakaian Seragam

LAHAD DATU: Polis masih mengenal pasti siapa jeneral pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu, pagi semalam, sama ada ia adalah Raja Muda Agbimudin Kiram atau orang kanannya.

Berdasarkan pakaian seragam tentera yang ditemui tertulis logo Tentera Kesultanan Sulu dan dipercayai pakaian berkenaan milik orang kanan dalam kumpulan pengganas terbabit.

Dalam pertempuran sengit kira-kira jam 11.30 pagi itu, 31 pengganas termasuk seorang lelaki yang berpakaian uniform jeneral ditembak mati manakala selebihnya dipercayai melarikan diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, usaha masih mengenal pasti siapa lelaki yang memakai uniform berkenaan.

Katanya, operasi menggempur saki baki pengganas masih diteruskan sejak petang ini dan bertumpu di Kampung Tanjung Batu yang bersebelahan Kampung Tanduo.


Beliau berkata, berikutan operasi di kawasan tertentu di lokasi kampung itu, penduduk dilarang masuk bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Sehingga ini, saya berpuas hati dengan operasi yang dijalankan hari ini (semalam), pasukan keselamatan sedang memastikan keselamatan Sabah kembali ke tahap asal," katanya pada sidang media harian Op Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Residensi Sahabat, di sini, hari ini.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini masih menjalankan operasi bagi memastikan tiada lagi pengganas di kawasan operasi.

Katanya, walaupun pasukan keselamatan sudah menjalankan penggeledahan di kawasan itu tetapi ia tidak bermakna mereka tiada di kawasan itu. - Harian Metro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive