Lahad Datu, 19 Mac - Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.
Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.
"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini.
"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.
Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.
"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.
Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.
"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.
Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter.
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu. - BERNAMA
PT
Kita ambil iktibar apa yang berlaku. benda ni takkan berakhir disini. sejak serangan 1954 ianya berterusan. Tapi 2013 mencatatkan sejarah baru dimana pihak musuh semakin berani mencemar kedaulatan negara kita.
Bukan itu saja, rupanya tindakan kurang menyengat mereka dan berpura2 mahukan keamanan beberapa tahun kebelakang ini rupanya mereka sedang mengatur strategi menyusup ke dalam dan jadi musuh dalam selimut.
Manakala kita pula sentiasa berhati murni, membantu mereka dgn harapan selepas dibantu akan amanlah kawasan bergolak jiran kita dan mereka akan dengan sendirinya memajukan ekonomi mereka dan berpendidikan.
Disangka Panas hingga ke Petang rupanya Hujan Darah di tengahari. Selepas ini pastikan semua sorotan sejarah serangan puak bangsat ni dicatat dalam sejarah dan diturunkan ke anak cucu.
Tak perlu nak jaga sangat hati negara jiran yang tak reti hormat jirannya. Kalau selama ini kita berlembut, sudah sampai masa kita kuatkan pertahanan kita..tidak semestinya pertahanan tentera tapi pertahanan immigresen.
Serangan gerila bukan hanya bergantung pada fizikal tapi kebijaksanaan dlm pengaturannya. Syabas ATM & PDRM..Semoga semua anggota dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah.
No comments:
Post a Comment