Friday, 29 March 2013

#OpsDaulat : PENGAWAL 'IMAM TUA' MATI DITEMBAK DI KAMPUNG SIMUNUL #LahadDatu


Lahad Datu, 28 Mac - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Add caption
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.

Sumber :Fb 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive