Monday 18 March 2013

Bapa Saipol Bukhori Jelajah Negara Pertahan Raja Goyang ???

KUALA LUMPUR: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan konspirasi fitnah melibatkan anaknya, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

“Kita bermula di Johor seminggu dari sekarang hingga pilihan raya. Kita akan masuk ke kawasan majoriti orang Melayu,” katanya kepada Keadilan Daily.

Johari turut ‘mencadangkan’ Umno untuk membawa Saiful Bukhari bagi menjawab pendedahan bapanya. “Umno tidak perlu baling batu. Kita bukan mahu bergaduh. Ayah Saiful hanya mahu ceritakan perkara sebenar. Jadi, saya cadangkan Umno bawa Saiful,” katanya.

SaifulMinggu lalu, Azlan membuat pengakuan terbuka betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik yang didalangi pegawai khas Perdana Menteri untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab tuduhan media kawalan Umno BN, kononnya Azlan dibayar untuk membuat pendedahan, Johari berkata, beliau tiada jutaan ringgit untuk berbuat demikian.

“Azlan hanya mahu ceritakan hal sebenar yang dia tahu,” katanya. Kata Johari, Pegawai Khas Perdana Menteri yang disebut Azlan sehingga hari ini tidak menafi penglibatannya dalam konspirasi fitnah kedua.

“Saya kenal sangat dengan Datuk Khairil Annas Jusoh. Dia sekampung dengan saya, orang Kampung Padang Temusu, Sungai Petani. Keluarganya, semuanya saya kenal.

“Saya hendak tengok. Apa yang dia hendak nafi,” kata Johari.

Sumber : fb

2 comments:

  1. Tak sabar-sabar tunggu PAS buat SOLAT HAJAT untuk Allah tunjuk kebenaran Anwar Ibrahim yang kemudiannya Allah tunjuk satu lepas satu....Beranikah Nik Aziz buat solat hajat sekali lagi? Ulama seperti beliau,jangan takut..buatlah sekali lagi solat hajat,sebab kami semua nak tunggu apa LAGI yang ALLAH akan tunjukkan tentang Anwar. Sayang....pengikut tegarnya masih terkunci hati dan perasaan mereka belum dibuka ALLAH lagi untuk melihat siapakah Anwar sebenarnya...Kasihan kepada orang-orang seperti ini......hanya di akhirat baru tersedaR SALAH mengikut pemimpin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di kelantan rata2 penyokong pas marahkan nik aziz sebab dok gilo sokong anwar...sdgkan dah tahu siapa anwar sebenarnya...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive