Saturday 23 March 2013

[FOTO] Perancang Serangan Ke atas Lahad Datu Dan Semporna Ditahan !!!




Lelaki ini adalah perunding Jamalaul Kiram III yang ditangkap polis pada pukul dua petang tadi.Dia merupakan perancang pengganas yang memyerang Lahad Datu dan Semporna.


Manakala seorang tali barut pengganas Kiram yang bertindak mengatur keperluan pengganas sepanjang pencerobohan ditahan bersama isterinya di kawasan Kampung Tunku malam tadi. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasangan suami isteri terbabit merupakan rakyat Malaysia. 

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan. - mstar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive