Friday, 15 March 2013

#LahadDatu : 3 Pengganas Sulu Didakwa Di Filipina #PrayForSabah

Sebanyak tiga lagi pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah akan didakwa selepas ditahan oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai di kawasan perairan Tawi-Tawi.

Agensi berita, ABS-CBNnews.com melaporkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima berkata, penahanan itu menjadikan sebanyak 38 pengikut Kiram ditahan dalam tiga kejadian berasingan di Tawi-Tawi, selepas bot yang mereka naiki dipintas pasukan keselamatan negara ini.

"Sebanyak 38 individu tersebut disoal siasat sehingga pukul 8 malam tadi. Soal siasat itu dihentikan awal ekoran ketiadaan bekalan elektrik. Mereka kini ditahan di pangkalan tentera laut di Panglima Sugala, Tawi-Tawi,

" katanya. Beliau berkata, mereka akan didakwa hari ini atau Isnin ini kerana memiliki senjata api yang melanggar peraturan membawa senjata api oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan tuduhan di bawah Artikel 118 Akta Kanun Keseksaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive