Untuk pengetahuan anda, difahamkan di sinilah para pengganas militan Sulu mendarat di hari pertama insiden pencerobohan itu.
Ketika ini kampung itu telah dibersihkan daripada pengganas berkenaan tetapi penduduk masih lagi belum dibenarkan untuk kembali ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.
Sekali lagi agama telah diperalatkan untuk kepentingan peribadi, surau yang sepatutnya menjadi medium untuk beribadat dan menyebarkan dakwah telah disalahgunakan untuk tujuan menyerang dan membunuh mereka yang tidak berdosa.
Hasil risikan keselamatan juga mengesahkan ada di antara pengganas yang menyamar sebagai jemaah tabligh untuk menjalankan aktiviti subversif mereka seperti mana dalam insiden di Kampung Senalang Lama, Semporna.
Ternyata demi matlamat untuk menjayakan nafsu rakus pemimpin mereka, Jamalul Kiram III, para pengikutnya telah MENGHALALKAN segala cara termasuk menggunakan rumah Allah seperti yang dilihat dalam gambar di atas.
Surau di Kampung Tanduo ini kini rosak akibat pertempuran puak pengganas ini dengan pasukan keselamatan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui secara eksklusif oleh Mynewshub.my menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku sewaktu tinjauannya ke kawasan tersebut petang tadi.
” Sayang sekali…kawasan kampung itu sangat cantik dan indah, tetapi disebabkan kerakusan puak penceroboh ini, segalanya telah musnah,” katanya.
Apalagi nak dikata… – Sumber.
No comments:
Post a Comment