Sejak akhir-akhir ini, pejabat dan juga kediaman rasmi Perdana Menteri sibuk luar biasa.Kereta rasmi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, pemimpin-pemimpin parti komponen keluar masuk tak berhenti.
Asal saja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada di Sri Perdana atau Perdana Putra memang sah-sah mesyuarat demi mesyuarat yang dipercayai berkaitan dengan persiapan menjelang pengumuman bubar Dewan Rakyat.
Najib yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk membubarkan Dewan Rakyat bila-bila masa yang beliau suka sebelum tamat tempoh 28 April ini, Rabu turut mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Difahamkan selepas mesyuarat Kabinet semalam, Najib menemui beberapa menteri besar dalam pertemuan berasingan, termasuklah dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Kisah Ali Rustam atau dipanggil 'Tok Ali' dikalangan UMNO agak menarik.Rabu semalam merupakan pertemuan kedua beliau dengan Perdana Menteri dalam minggu ini.Difahamkan pertemuan kedua dibuat tak lama selepas Tok Ali mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.
Ramai yang tertanya-tanya apakah ini signal Tok Ali hendak ke Pusat? Beliau sendiri sudah membayangkan kesediaannya untuk melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri untuk bertanding Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Hasrat Tok Ali ini semua maklum, cuma kata putus dari Najib saja yang ditunggu-tunggu.
Jika Tok Ali ke Pusat, satu-satunya kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya adalah Bukit Katil. Kerusi tersebut kini diwakili bekas setiausaha politiknya, Datuk Mat Sirat, yang sedia maklum memang orang kuat Tok Ali dan tak ada masalah nak bagi laluan bila-bila masapun.
Untuk rekod, PKR menamakan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calonnya di Parlimen Bukit Katil.
Semalam, difahamkan, Najib akan menemui sekurang-kurangnya empat lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Yang dalam senarai hari ini, adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas juga dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri hari ini.
Tugas berat Najib adalah untuk memilih dan memuktamadkan senarai 727 calon BN yang akan bertanding 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN dalam pilihanraya umum ke 13 ini.
Agendadaily difahamkan, senarai calon BN akan diumumkan sehari selepas Parlimen dibubarkan.
Ini bermakna lebih awal dari sebelumnya, kerana mengikut tradisi, calon BN biasanya diumumkan hanya sehari, dua sebelum pernamaan calon. -Sumber

YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE
ReplyDeleteKepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih