Saturday 23 March 2013

Tahniah !!! Presiden Pas Gembira, Lim Kit Siang Mahu Guna lambang Pas PRU13 !!!

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.


Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.
ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya. - mk


PT
Tahniah kit siang! Inilah kehebatan DAP! Peneraju PR, kalau dah pandai takbir dalam ceramah PAS, sekarang gunakan logo PAS. Nanti apa kata masukkan dia dalam majlis syura pulak lagi bagus. Kesian PAS makin di bodohkan dan permainkan macam tak ada pendirian. 

DAP tu hanya nak menipu Melayu sebab tu mereka guna lambang PAS...kenapa tak guna lambang mata Yahudi atau komunis ? Hidup-hidup penyokong BENGONG Pas dan Pkr ditipu. Mereka ingat Dap tu betul-betul nak berkerjasama dengan mereka.

BIAR BODOH ASAL JANGAN JUAL PERJUANGAN MU WAHAI PAS !!!

2 comments:

  1. Mungkin ini taktik untuk kelirukan pengundi Melayu Islam.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pendapat tuan...Dap mahu gunakan peluang yang terbuka demi meraih sokongan pengundi Melayu Islam...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive