Thursday 28 March 2013

Anwar Tunduk Dengan Kehendak Dap Tanding Di Johor #TolakPR #Vote4BN

Diharap tidak ada siapa percaya bahawa penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari Perak ke Johor, adalah bukti kepada kelemahan parti rasis cina nombor satu itu.

Dengan kedudukan semasa parti itu yang semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina, adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari kawasan kuatnya di Ipoh Timur.

Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?

Dari apa yang penulis nampak, pemindahan Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan datang.

Kemasukan Kit Siang ke negeri kubu kuat UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang cina.

Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.

Di kalangan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.

Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu kawasan bandar. Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik sekali.

Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.

Senario inilah yang diharapkan Kit Siang akan berlaku. Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor, meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.

BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan baik. Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih 8,000 undi pada 2008, tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tersilap kita membaca pergerakan DAP dan Kit Siang ini, bencana menanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive