Monday 25 March 2013

DUN N9 Pertama Bubar Secara Automatik Lusa !!!

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan DUN itu terbubar dengan sendiri pada 27 Mac ini jika tiada pengumuman dibuat pembubarannya esok.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana DUN sekarang akan tamat tempohnya esok selepas lima tahun bersidang.

Pihak SPR pula, tambah beliau, mempunyai masa selama 60 hari daripada tarikh pembubaran untuk mengadakan pilihan raya.

"Speaker (Negeri Sembilan) akan menulis surat kepada SPR memaklumkan DUN Negeri Sembilan terbubar. SPR pula mempunyai masa 60 hari untuk untuk mengadakan pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.

Negeri Sembilan dengan 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada 27 Mac ini selepas cukup tempoh lima tahun.

Sebanyak 21 kerusi di negeri itu dikuasai BN dan 15 kerusi lagi dikuasai Pakatan Rakyat dengan DAP menguasai sepuluh kerusi, PKR empat kerusi dan PAS pula satu kerusi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive