Saturday 16 March 2013

#LahadDatu : Ketua Pengganas Sulu Azzimudie Kiram Terlepas Dari Kepungan #PrayForSabah

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.

Kenyataan berkenaan dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin. Katanya pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.

Zulkifeli berkata maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan, ia menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya yang terkepung di Lahad Datu.

Terdahulu pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi lebih seminggu lalu bagi menghapuskan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh dan membunuh anggota keselamatan negara ini di kawasan berkenaan.

Nasib sebenar Azzimudie menjadi tanda tanya selepas beberapa pegawai kanannya dikatakan terbunuh sebaik operasi bermula.
Sunber : Astro Awani

1 comment:

  1. Itu ajimudin misti awal awal suda balik dia punya kampung sebelum operasi daulat dilancarkan.Dia tiada di kampung Tanduo semasa operasi sebaliknya dia duduk sana selatan filipinia sambil minum kopi.Ini semua tipu helah dan strategi kiram dan misuari.Orang Moro kejam dan pendendam,mereka tidak akan berdiam diri dengan kematian rakan rakan mereka di Sabah.Gelombang pencerobohan dan kekacauan kedua boleh terjadi pd bila bila masa juga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive