Thursday 21 March 2013

Isu Bunuh : Filipina Dakwa Kiram Berbohong #PrayForSabah

MANILA – Kerajaan Filipina tidak mahu mengambil pusing berhubung plot pembunuhan yang didakwa oleh Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Saycon Pastor.

Jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda semalam meminta Jamalul berhenti berbohong dengan segera.

“Dakwaan ini tidak masuk akal. Setiap hari beliau mengeluarkan cerita sensasi,” kata beliau pada sidang media, semalam.

Lacierda turut membaca kenyataan Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia mengenai pengesahan komuniti perisikan mengenai plot pembunuhan itu adalah negatif.

“Siasatan yang dijalankan mengenai dakwaan kehadiran individu tertentu juga tiada sama sekali,” katanya.

Lacierda berkata, pihaknya juga tidak pasti sama ada cerita plot pembunuhan itu sahih atau tidak. Beliau menambah, pihaknya sukar untuk mempercayai Jamalul kerana sebelum ini mereka pernah menyebarkan berita palsu.

“Kami mempunyai pengalaman yang sama sebelum ini, mereka tidak memberitahu kami cerita sebenar,” ujar Lacierda.

Beliau berkata lagi, Jamalul juga mesti memaklumkan kepada Biro Siasatan Negara (NBI) mengenai ‘cerita’ mereka itu.

Saycon dan peguam Jamalul, Leonard de Vera telah mengunjungi NBI petang semalam bagi melaporkan plot yang dikatakan mahu membunuh Jamlul, ahli keluarga terdekat dan para pengikutnya.

Menurut Saycon, mereka ada membincangkan mengenai ancaman sebenar ke atas Kesultanan Sulu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive