SHAH ALAM – Sebanyak 1,010 suri rumah di Selangor memfailkan saman berjumlah RM5.858 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut elaun khas yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12.
Tuntutan itu bagi kos RM100 setiap bulan mulai 1 April 2008 sehingga Februari 2013.
Saman difailkan oleh peguam, Kamarudin Ahmad dari Tetuan Kamarudin and Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini pukul 9.30 pagi semalam. Plaintif pertama, Norela Abu Bakar, 41, dari Seksyen 7 di sini bersama 1,009 plaintif lagi menamakan kerajaan Selangor sebagai defendan pertama manakala Abdul Khalid sebagai defendan kedua.-kosmo
No comments:
Post a Comment