Monday 25 March 2013

Hindraf Amat Berpuas Hati Pertemuan Dengan PM

25 2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lebih banyak perbincangan dengan pemimpin Hindraf dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, kata NGO hari ini.

Penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganeson berkata pertemuan sejam dengan Najib di Putrajaya hari ini adalah berfaedah, tetapi enggan mendedahkan butir-butir perbincangan itu.

"Apa yang penting ialah kita telah mewujudkan satu saluran komunikasi," kata Ganesan selepas pertemuan tersebut di Putrajaya.

Katanya, ia akan diikuti dengan lebih banyak lagi perbincangan kerana isu itu "terlalu kompleks" untuk diselesaikan delam pertemuan sejam itu.

"Apa yang telah kita persetujui ialah untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Ganesan tanpa menyatakan tarikh pertemuan seterusnya.

Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (kiri), yang turut hadir, sedang mengadakan mogok lapar di sebuah kuil di Rawang, untuk mendesak supaya rangka tindakan Hindraf dipersetujui oleh sama ada BN atau Pakatan Rakyat.-mk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive