Showing posts with label NGO. Show all posts
Showing posts with label NGO. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

77 Rawatan & Kaunseling Kepada Anggota Keluarga Penumpang MH370 #Pray4MH370



Gambar mangsa ahli keluarga pesawat MAS MH370 hilang oleh themalaymailonline – Laporan Bernama News Mh370

Sebanyak 77 kes direkodkan sebagai rawatan pesakit luar dan kaunseling kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly di sini, sepanjang 10 hari lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata daripada jumlah itu, empat kes dirujuk ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya.

“Dua kecemasan iaitu satu kes asma dan satu lagi sakit dada (namun akhirnya disahkan mengalami masalah serangan panik) dan dua kes biasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis serta anggota keluarga di hotel berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes diberi intervensi psikososial yang bertujuan membantu menangani masalah emosi yang dihadapi anggota keluarga penumpang pesawat berkenaan.

Katanya, daripada 17 kes itu, satu kes yang memerlukan rawatan lanjut dalam aspek psikososial iaitu ‘stress induced hyperventilation’ yang menunjukkan tanda keresahan amat teruk dan telah dirujuk ke Hospital Putrajaya.

“Pesakit kini berada dalam keadaan yang stabil dan dipantau Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial di hotel ini,” katanya menambah petugas dan skop perkhidmatan di pusat tersebut akan ditingkatkan jika kedaan memerlukan.

Sehingga kini, empat sesi terapi kelompok telah dilaksanakan oleh petugas terlibat kepada 51 anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

Terapi ini telah membantu melegakan perasaan mereka, ketenangan emosi serta membolehkan mereka lebih yakin untuk memberi sokongan kepada anggota keluarga yang lain, katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyediakan sesi taklimat secara berjadual kepada petugas setiap hari seperti kemahiran asas memberikan bantuan, memaklumkan berita buruk, kematian/kehilangan, penilaian keberkenanan tekanan serta teknik relaksasi.

Sementara itu, di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Subramaniam turut meluangkan kira-kira 15 minit meninjau kemudahan yang disediakan kepada keluarga penumpang MH370 dari China yang ditempatkan di situ, namun tidak mengadakan pertemuan dengan mereka bagi mengelak gangguan emosi.

Katanya, menurut laporan pasukan perubatan, secara keseluruhannya keadaan emosi anggota keluarga pada masa ini adalah terkawal, walaupun pada mulanya reaksi mereka agak mengejutkan.

“Pada masa ini saya pasti tekanan mereka sudah berkurangan. Walaupun demikian kita perlu sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada mereka… lebih-lebih lagi ketika mereka menunggu dengan penuh harapan akan hasil operasi menyelamat,” katanya.

Subramaniam berkata, keluarga penumpang dari China itu akan terus diberi bimbingan dan kaunseling melalui pasukan yang dibentuk oleh kementerian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memahami budaya mereka dan boleh berkomunikasi dalam Mandarin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO dan swasta seperti Kumpulan Tzu Chi dan Hospital Gleneagles yang turut berpusat di Cyberview Resort & Spa untuk membantu keluarga penumpang.

Kira-kira 30 anggota keluarga penumpang MH370 dari China ditempatkan di hotel berkenaan. – Bernama

Wednesday, 5 March 2014

[VIDEO] Isu Kalimah Allah - Peserta Cuba Rempuh Ruang Legar Mahkamah???



Perbicaraan rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan mahkamah Oktober lalu yang melarang mereka menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald, bertukar menjadi kecoh apabila ada yang cuba merempuh masuk ke Istana Kehakiman.

Sebahagian besar peserta yang berkumpul adalah daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam.

Pada kira-kira jam 11.15 pagi itu, hadirin cuba merempuh anggota polis yang berkawal, sambil melaungkan "La ila Ha Illalah". - Sumber


Monday, 25 March 2013

Hindraf Amat Berpuas Hati Pertemuan Dengan PM

25 2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lebih banyak perbincangan dengan pemimpin Hindraf dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, kata NGO hari ini.

Penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganeson berkata pertemuan sejam dengan Najib di Putrajaya hari ini adalah berfaedah, tetapi enggan mendedahkan butir-butir perbincangan itu.

"Apa yang penting ialah kita telah mewujudkan satu saluran komunikasi," kata Ganesan selepas pertemuan tersebut di Putrajaya.

Katanya, ia akan diikuti dengan lebih banyak lagi perbincangan kerana isu itu "terlalu kompleks" untuk diselesaikan delam pertemuan sejam itu.

"Apa yang telah kita persetujui ialah untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Ganesan tanpa menyatakan tarikh pertemuan seterusnya.

Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (kiri), yang turut hadir, sedang mengadakan mogok lapar di sebuah kuil di Rawang, untuk mendesak supaya rangka tindakan Hindraf dipersetujui oleh sama ada BN atau Pakatan Rakyat.-mk

Thursday, 27 December 2012

FOTO !!! HIMPUNAN SEDAR 2.0 DI KOTA BHARU UNTUK NIK AZIZ YANG TAK PERNAH SEDAR2...

Bukan seorang rakyat Kelantan yang berhasrat menukar kerajaan Pas kepada Kerajaan UMNO/BN pada PRU13 nanti. Pada pukul 10.00 pagi tadi satu Himpunan Sedar 2.0 telah diadakan di perkarangan Bangunan Mara Kota Bharu.Kepada rakyat Kelantan yang mahukan perubahan pemerintahan Negeri Kelantan. Himpunan ini dianjurkan oleh MTRK yang di ketuai oleh Azmi Ali. Beberapa pemimpin NGO Kelantan berucap termasuklah Perkasa dan Ombak serta Tukar.Isu-isu yang disampaikan ialah berkaitan dengan pemberian tanah oleh Nik Aziz kepada 2 cina Dap Perak.







 Hairan juga PT kerana semasa himpunan berlansung tiada seekor pun langau hijau yang melalui sekitar tempat himpunan sedang berlangsung. 

Wednesday, 14 November 2012

APA PENDIRIAN PAS ??? NGO MAHU HAPUS ARTIKEL 89 DAN 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA ...


Terbaru, dua NGO, satu asing dan satu lagi Malaysia, keluarkan satu laporan yang konon dakwa dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.

Dengan dibiayai oleh tabung Kesatuan Eropah (EU) laporan setebal 406 (Versi PDF) itu boleh dimuat turun di laman web ERT.

Apa yang menarik, punya pembohongan mereka ini adalah menjadikan gambar perhimpunan Bersih sebagai gambar utama, memberi bayangan seolah-olah perhimpunan tersebut juga berkaitan dengan diskriminasi kaum.

Laporan tersebut antara lain mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik.

Terbahagi kepada empat bahagian, yang dijalankan bersama ERT dan Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.

Sebaliknya, peruntukan “melanggar piawaian undang-undang antarabangsa”, kata kajian tersebut dalam ringkasan eksekutif “Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia” kajian yang diterbitkan di laman web ERT pada Isnin.

“Langkah-langkah tindakan positif di bawah peruntukan ini tidak terhad kepada masa atau mempunyai fungsi terhad.

“Keistimewaan kekal dinikmati oleh orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak itu mengekalkan piawaian tidak sama rata dan berasingan, atas alasan bangsa, bercanggah dengan larangan diskriminasi dalam perlembagaan,” kata kajian tersebut.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa ‘Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain’. Peruntukan ini juga menentukan cara untuk melakukan ini, seperti mewujudkan kuota bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.

Seterusnya klik di sini

Monday, 15 October 2012

SUK KEDAH UNDUR LAGI BAIK - AHLI MAJLIS PBT



ALOR SETAR - Ekoran tiada maklum balas susulan demonstrasi aman dan penyerahan memorandum mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir melepaskan jawatannya, 5 September lalu, satu lagi demonstrasi aman diadakan di hadapan Wisma Darul Aman, hari ini.

Protes aman kali ini disertai wakil semua Ahli Majlis seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah, masing-masing membawa sepanduk Desak SUK Kedah letak jawatan.

Tiga tuntutan dibangkitkan kerana mendakwa Rasli mencabuli undang-undang Seksyen 10 dan 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan hal ehwal perlantikan Yang Dipertua (YDP) PBT.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Akta Pencabulan Akta 171, Basir Ismail berkata, Ahli Majlis seluruh negeri Kedah sebulat suara mahu Rasli meletakkan jawatannya secara sukarela.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk, tindakan mencabuli akta berkenaan menyebabkan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah tercemar, menjatuhkan maruah Pegawai Tadbir Negeri (KCS) serta tidak menghormati bidang kuasa Menteri Besar dan Exco.

“Kami mahu sampaikan mesej yang jelas kepada Exco dan Menteri Besar. Kita sudah serahkan memorandum sebelum ini namun tiada tindakan diambil, kita tengok apa tindakan bersesuaian dan bincang,” katanya.

Basir yang juga Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) berkata, pihak yang mempertikai tindakan mereka disaran meneliti Seksyen 10 dan 11 akta itu supaya memahami situasi sebenar.

Pada 5 September lalu, lebih 50 terdiri daripada Ahli Majlis MDKP, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan aman di hadapan Wisma Darul Aman, membantah pertukaran Pegawai Daerah, yang juga Yang Dipertua MDKP, Ahmad Fisol Mohd Nor, selain mendesak Rasli melepaskan jawatannya. - sinarharian

Thursday, 11 October 2012

SUARAM TABUR FITNAH - PERANCIS AKAN DAKWA ???

SUARAM telah pun mengaku bahawa mereka menerima dana dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) iaitu NGO asing yang mana misi utama mereka adalah melakukan ‘pertukaran rejim’ di negara-negara yang mempunyai nilai ekonomi dan sosial bagi mencapai matlamat Yahudi untuk menguasai dunia.


Kebimbangan mengenai usaha Yahudi untuk menguasai dunia bukanlah satu paranoia umat Islam, tetapi ianya telah disebut dengan tegas di dalam Al-Quran. Peringatan Allah SWT kepada kita ialah agar bersikap hati-hati kepada bangsa Yahudi kerana mereka tidak akan rela kepada kaum muslim sampai kaum muslim tunduk serta mengikuti kemahuan dan keinginan mereka.

Hari ini, bukan sahaja umat Islam tetapi ramai di kalangan barat sendiri meragui kaum Yahudi, lalu mengkaji dan mendedahkan niat dan strategi Yahudi untuk menakluk dunia melalui berbagai-bagai NGO yang menggunakan berbagai nama yang kononnya membawa niat murni seperti memperjuangkan hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya.

Bertitik tolak dari itu, pada 1 Oktober lepas, Rusia telah bertindak tegas dengan mengambil tindakan menutup pejabat NED di negara itu setelah menyedari NGO dari Amerika tersebut mempunyai agenda jahat dan terlibat dalam pengubahan wang haram yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Selain NED, semua rangkaiannya seperti International Republican Institute (IRI), the National Democratic Institute (NDI), the Center for International Private Enterprise (CIPE) and the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) juga turut ditutup.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bukan hanya negara-negara Islam seperti Tunisia, Libya, Mesir atau Syria yang disasarkan oleh Yahudi, tetapi juga negara bukan Islam. Dan tentu sekali, Malaysia, sebagai satu-satunya negara Islam yang maju dan aman tidak mungkin terlepas dari menjadi sasaran mereka.

Hari ini, hubungan langsung NED dan juga OSI dengan SUARAM dan pembangkang Malaysia bukan lagi rahsia. Ini terbukti apabila Ketua Pembangkang sendiri, iaitu Anwar Ibrahim tidak segan silu dan langsung tidak bersembunyi atau berahsia mengenai hubungan baiknya dengan pihak ini.

Untuk itu, Anwar, bagi pihak SUARAM telah ke Perancis baru-baru ini semata-mata untuk ‘menjemput’ seorang peguam bernama William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM yang sedang berhadapan dengan undang-undang Malaysia dalam kes menerima dana asing yang diragui. William Bourdon adalah juga peguam kepada George Soros pemilik OSI iaitu seorang penyangak matawang berfahaman liberal yang radikal. Beliau diketahui umum menjadi ‘kilang wang’ bagi semua operasi pertukaran rejim yang dirancang oleh rangkaian Yahudi.

Tidak seperti Rusia, NED bergerak di Malaysia melalui perkakasnya iaitu SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, yang bakal menerima akibat jika didapati bersalah dalam kes ini ialah SUARAM dan bukannya NED.

Dan malang bagi SUARAM kerana NED telah tersilap dengan memandang rendah akan kekuatan sebuah kebenaran serta kebijaksanaan pemimpin Malaysia. Akibatnya, SUARAM bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan undang-undang Malaysia, tetapi juga Perancis.

Sumber dalaman memberitahu bahawa Mahkamah Perancis dikatakan bakal mendakwa SUARAM setelah mengambil kira beberapa fakta, antaranya:

1. SUARAM telah dengan sengaja mewar-warkan apa yang dipanggil mereka ‘kertas siasatan’ yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144, kononnya diperolehi dari pejabat Pendakwaraya. Sedangkan, siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia. Jika benar wujud ‘kertas siasatan’ tersebut, maka tindakan SUARAM mewar-warkannya adalah salah dari segi undang-undang.

2. Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka SUARAM telah dengan sengaja dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat pendakwaraya Perancis.

3. SUARAM juga telah dengan tidak bertanggungjawab mengada-adakan cerita tentang perbicaraan di Perancis, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

4. SUARAM bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis, Le Loire, sesuka hati dalam pembohongan mereka.

5. SUARAM mengadakan perbicaraan melalui media dengan mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis.

6. SUARAM menipu menggunakan nama mahkamah Perancis dan membangkitkan persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia.

7. SUARAM dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap polis Perancis dengan menyatakan bahawa Altantuya memasuki negara tersebut yang mana menyanggah kenyataan rasmi polis Perancis yang menafikannya.

Berita ini membawa makna bahawa pembohongan SUARAM hanyalah setakat ini sahaja. Nampaknya, selepas ini, NED dan OSI perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangkang Malaysia untuk meneruskan agenda mereka di negara ini. Namun, dengan hubungan pembangkang dengan Yahudi yang begitu jelas, apakah mereka yakin yang rakyat masih akan terpedaya?

-Isuhot.com

Sunday, 30 September 2012

SAH !!! NGO DAN PENDUDUK DI PERGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG UNTUK DEMONTRASI DI PENGERANG ???



Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 06Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 039.05am:Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai. - malaysiakini


PT
Tak habis pembangkang mempergunakan penduduk dan NGO bagi menghalang segala apa yang dirancangkan oleh kerajaan.Dah tak ada kerja lain para pemimpin pembangkang. 25 jam dengan perhimpunan dan demontrasi. Sampai bila rakyat yang cetek akal menurut segala apa yang dilaungkan oleh pembangkang ini???

Monday, 3 September 2012

BIAR BETUL !!! 50,000 HADIRI HIMPUNAN HIJAU DI RAUB ???


RAUB – Sasaran menarik 20,000 peserta menghadiri Himpunan Hijau anjuran pembangkang di Padang Kompleks Sukan Raub hari ini, bagi membantah penggunaan bahan kimia sianida dalam memproses emas di lombong Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd, gagal kerana ia hanya dihadiri 3,000 orang.


Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata pihaknya hanya membenarkan perhimpunan itu diadakan selama dua jam bermula pukul 2 hingga 4 petang.

Katanya perhimpunan tersebut telah melanggar dua daripada 16 peraturan atau syarat yang ditetapkan polis.

Beliau berkata dua pelanggaran peraturan itu ialah mengadakan perarakan dan membawa kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang mana tindakan akan diambil terhadap penganjur kerana gagal mematuhi syarat berkenaan.

“Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan atau kejadian tidak diingini berlaku dengan kawalan ketat dan pemantauan lebih 300 anggota polis yang turut dibantu anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU),” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, kelihatan hadir di perhimpunan itu. -BERNAMA

Wednesday, 29 August 2012

BEBERAPA NEGARA ASING BIAYAI SUARAM - KUA KIA SOONG (PENGARAH SUARAM)

KUALA LUMPUR – Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong pada Selasa mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara.

Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysiaselain sumbangan daripada individu.

Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima Suaram sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.

“Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?,” soal Kua pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011, di sini.

Beliau turut mempersoalkan wartawan tempatan akhbar harian Melayu sama adamereka mengetahui sumber pembiayaan akhbar mereka.

Kua turut menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Suaram agar membuat laporan polis.

Pada Julai, Suaram selaku peranannya sebagai sebuah NGO bebas telah dipersoalkan berikutan menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari ‘National Endowment for Democracy’ (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.

Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Selain Suaram, NGO Malaysia yang turut dibiayai seperti disenaraikan NED termasuk International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for IndependentJournalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.

Sebelum ini, dilaporkan secara meluas bahawa Suaram tidak pernah didaftarkansebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagaisebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.

Sejak itu, Suaram membisu mengenai dakwaan status pertubuhan serta sumber dana pembiayaannya. – BERNAMA

Friday, 13 July 2012

SAYA NAK TIDUR DAN TIADA KAITAN DENGAN OREN - PAK LAH


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka, lapor Bernama.

"Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.

Bernama juga melaporkan Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

Sebelum ini, NGO Gerakan Selamat Felda (GSF) menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan poster 'Himpunan Oren' yang memaparkan wajah kedua-dua tokoh pemimpin Umno itu.

Bagaimanapun, koordinatornya Mazlan Aliman mengakui pihaknya telah menjemput Abdullah dan Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan itu, tetapi tiada sebarang maklum balas. -Bernama

Thursday, 31 May 2012

BIAR BETUL !!! SHEIKH KADIR # KELUAR PARTI KERANA NAK TUBUH PARTI

Ada angin senja yang berhembus membawa khabar bekas MT Umno yang sudah tidak lagi mempercayai kepada parti itu dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti yang disertai lebih 50 tahun itu, Kadir Sheikh Fadzil akan menubuhkan parti politik baru sebagai platform barunya untuk berjuang membela rakyat dan serentak itu mendedahkan kebusukan Umno.

Kadir dikata mengambil keputusan itu selepas beliau gagal untuk menyalin Ngo Angkatan Amanat Merdeka (Amanah) sebagai parti politik apabila mendapat bantahan daripada kebanyakan anggota Ngo berkenaan.

Sebelum ini Kadir yang juga timbalan presiden Amanah dikatakan telah mencadangkan kepada Tengku Razaleigh berbuat demikian tetapi permintaan itu tidak disetujui Tengku Razaleigh kerana beliau menghormati majoriti ahli yang mahu Amanah kekal sebagai sebuah Ngo bebas tanpa berparti.

Bekas menteri penerangan itu kini dikatakan sedang memikirkan apakah nama parti politik baru itu. Khabar angin tersebut secara langsung menjelaskan Kadir masih belum puas berjuang menerusi parti politik. Kadir yang meninggalkan Umno kerana menyedari parti itu sudah jauh terpesong dari perjuangan asal serta amalan politik wang dalam parti itu, kebelakangan rancak memburukkan parti tersebut.

Tindakan terbaru beliau kini sudah mulai turun ke gelanggang dan berada sepentas dengan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Pas. Di Kedah minggu lalu beliau berceramah bersama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan timbalannya Muhammad Sabu. Katanya puluhan ribu hadir mendengar syarahan Kadir dan sambutan hangat itu semakin menghairankan beliau untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum itu beliau telah mengunjungi ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut dan beramah mesra dan bertgukar-tukar fikiran dengan Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar dan lain-lain.

Beliau juga pada malam Sabtu lalu turun ke Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dalam majlis countdown Bersih dan ikut sama berucap. Sebelum ini Kadir menegaskan beliau akan berada di barisan hadapan dalam himpunan Bersih: Duduk dan Bantah 3.0 pada 29 April nanti.

Dalam pada itu ada desas desus menyebut kemungkinan sekiranya usaha Kadir untuk menubuhkan parti politik gagal beliau akan memilih untuk menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Penyertaan itu bagi membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Disebut-sebut juga Pas telah menawar keahlian kepada Kadir.

Untuk Kadir berundur dari langkah 'songsangnya' sekarang kerana meninggal parti yang pernah meletakkan beliau sebagai menteri, tidak mungkin lagi kerana beliau sudah menapak dan terlanjur begitu jauh.

Sumber : Mso

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive