Monday, 3 September 2012

BIAR BETUL !!! 50,000 HADIRI HIMPUNAN HIJAU DI RAUB ???


RAUB – Sasaran menarik 20,000 peserta menghadiri Himpunan Hijau anjuran pembangkang di Padang Kompleks Sukan Raub hari ini, bagi membantah penggunaan bahan kimia sianida dalam memproses emas di lombong Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd, gagal kerana ia hanya dihadiri 3,000 orang.


Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata pihaknya hanya membenarkan perhimpunan itu diadakan selama dua jam bermula pukul 2 hingga 4 petang.

Katanya perhimpunan tersebut telah melanggar dua daripada 16 peraturan atau syarat yang ditetapkan polis.

Beliau berkata dua pelanggaran peraturan itu ialah mengadakan perarakan dan membawa kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang mana tindakan akan diambil terhadap penganjur kerana gagal mematuhi syarat berkenaan.

“Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan atau kejadian tidak diingini berlaku dengan kawalan ketat dan pemantauan lebih 300 anggota polis yang turut dibantu anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU),” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, kelihatan hadir di perhimpunan itu. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive