Tuesday 18 September 2012

JANGAN DIROBOH PERPADUAN DI SABAH - LIEW VUI KEONG


SANDAKAN – Tindakan pihak tertentu cuba merobohkan perpaduan yang dinikmati rakyat negeri ini tidak akan berjaya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Malah, kata beliau, benteng kerjasama rakyat Sabah akan terus kekal dan bertambah teguh walaupun pihak tertentu berkenaan menggunakan pelbagai strategi untuk memusnahkannya.

“Sabah telah menikmati pelbagai perubahan merangkumi kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial sejak pembentukan Malaysia pada 1963 dan ia dikecapi hasil perkongsian dan keharmonian bersama.

“Walaupun terdapat sesetengah pihak cuba merobohkan benteng ini, namun perpaduan dan muafakat yang telah kita bina selama ini menjadi tunjang utama untuk kita hidup bersatu padu,” katanya pada majlis Perasmian Fiesta Hari Malaysia di sini semalam.

Vui Keong berkata, beliau amat yakin bahawa benteng teguh perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah akan dapat terus dikekalkan malah menjadi semakin teguh selepas banyak usaha dilakukan kerajaan untuk memajukan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan di antara kaum.

Sehubungan itu, katanya, beliau menyeru rakyat Sabah tidak terpedaya dengan sikap tamak sesetengah pihak yang cuba memecah-belahkan segala kemakmuran yang dikencapi rakyat negeri ini selama ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive