Tuesday, 18 September 2012

PORK BURGER ONLY IN SELANGOR - PBT LULUSKAN ???



Apakah undang-undang PBT Selangor sudah bertukar 100% sejak Pakatan Haram mengambil alih Selangor selepas PRU12 ?

Apa yang dilihat disetiap kawasan atau daerah yang strategik samada ianya kawasan kepadatan Melayu Islam atau tidak, janji ada 'ramai' bangsa kafir atau ada akses yang mudah berhampiran kawasan bangsa kafir maka wujudlah Restoran atau Kedai menjual Makanan Haram.

Fenomena menjual secara terbuka dengan konsep moden ini bermula di Shah Alam tidak lama selepas Pakatan Haram memerintah Selangor, kedai menjual DAGING BABI BEKU bermula di di Kemuning Greenville Seksyen 31 Shah Alam. Kawasan tersebut terletak bersebelahan dengan perkampungan melayu yang agak besar di Shah Alam iaitu Kampung Jalan Kebun.

Manakala kedai tersebut pula terletak sebaris dengan sebuah restoran melayu serta premis perniagaan lain termasuk premis orang-orang islam. (gambar di bawah)



Shah Alam telah diistiharkan sebagai Bandar Melayu Bestari dan penduduknya juga telah ditetapkan 60 % adalah orang-orang melayu yang beragama islam.Sebarang premis perniagaan arak, judi, hiburan dan jualan daging babi secara terbuka tidak dibenarkan di Shah Alam.

Kini perniagaan yang kononnya boleh membawa banyak untuk dan francais baru mula dibuka di Selangor, Restoran Makanan Segera ala Mc Donald, Burger Babi keseluruhannya dan ianya bermula di "Shopping Mall" yang besar dan gambar di atas perolehi dari sahabat  yang habiskan cuti panjang sempena Hari Malaysia.


Gambar tersebut diambil di Sunway Pyramid semalam dan ketika melintas di hadapan Restoran Burger Babi tersebut, bau masakan babi dapat dihidu hingga ke luar restoran. Apakah PBT Selangor meluluskan lesen dan permit perniagaan ini ? Apa yang  didengar bukan di Sunway Pyramid sahaja, di Setia Mall juga ada Restoran Burger Babi ini.


Arak, Pelacur & Babi, rakyat Selangor akur segalanya . Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive