Sunday, 16 September 2012

PENERBIT FILEM HINA NABI DITAHAN PIHAK BERKUASA AS

Lelaki yang menutup muka itu dikatakan Nakoula Basseley Nakoula

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang difahamkan telah menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan serta protes umat Islam seluruh dunia hingga mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, 55, pernah disabitkan atas kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak dibenarkan mengakses0 Internet.

Namun demikian, Nakoula dilaporkan telah menafikan dakwaan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi di kediamannya. Sebelum penahanan itu, kelihatan kumpulan wakil media lain juga menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata, kononnya bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya. Oleh yang demikian, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela, katanya.

Sebelumnya, Nakoula pernah memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.

Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel. Namun merujuk kepada rekod terdahulu, Nakoula pernah menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain selain nama sekarang.

Dalam pekembangan lain, protes umat Islam seluruh dunia ekoran tayangan filem itu telah merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Manakala hari ini, protes merebak ke Australia.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive