Thursday 27 September 2012

LEMBAGA MKINI DOTCOM ADA KAITAN DENGAN SOROS ???



Gambar hiasan 


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dana Pinjaman Pembangunan Media yang dikaitkan dengan George Soros, Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada pengarah Mkini Dotcom yang mengendalikan Malaysiakini manakala beberapa tokoh pembangkang merupakan antara 50 pemegang sahamnya.

Manel, yang berpangkalan di Brooklyn, New York, telah dilantik sebagai pengarah pada Julai tahun lepas, menurut Mkini profil Dotcom.

MDLF telah menyalurkan dana kepada operasi Malaysiakini untuk lebih sedekad.

Ahli Parlimen Sivarasa, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengakui bahawa beliau adalah pemegang saham.

Sivarasa berkata, beliau membayar RM5,000 untuk 5,000 unit saham apabila beliau ditawar untuk memberi sumbang dalam menubuhkan portal berita itu di Internet 13 tahun lalu.

“Ia adalah tujuan yang bernilai. Dan saya masih memiliki 5,000 saham Mkini daripada 4.5 juta saham yang dikeluarkan,” katanya dalam satu temuramah.

Sivarasa, seorang lagi pemegang saham Bruno Gentil Pereira, dan pengarah Premesh Chandran juga merupakan aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Para pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Aziz.

Malaysiakini dan Suaram kini menjadi perhatian berikutan laporan-laporan yang mendakwa mereka merupakan antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama adalah National Endowment for Democrady (NED) dan Open Society Institue (OSI) yang dikaitkan dengan George Soros, di mana menyalurkan dana kepada beberapa kumpulan bagi menyokong objektifnya di seluruh dunia.

OSI dikaitkan dengan MDLF di mana ia didakwa menjadi penggerak kepada dana pelaburan untuk cawangan media bebas di negara-negara yang mempunyai sejarah penindasan media.

MDLF memegang 1.316 juta unit saham Mkini, manakala Premesh dan seorang pengarah lagi, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.

Premesh berkata, MDLF memiliki kira-kira 29 peratus saham syarikat itu manakala pengasa bersama dan kakitangannya mempunyai baki saham.

Walaupun perkara ini dan beberapa pendedahan lain, Premesh menegaskan bahawa portal itu mengekalkan media bebasnya tetapi beberapa blogger mempersoalkan bagaimana beliau boleh mengatakannya sedemikian berikutan terdapat beberapa tokoh pembangkang disenaraikan sebagai pemegang sahamnya.

Menurut laporan kewangannya yang boleh diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, Mkini mencatatkan kemerosotan perolehannya dari RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lepas.

Bagaimanapun, “pendapatan lain” meningkat dari RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lepas.

Perbelanjaan operasi dan pentadbirannya berjumlah RM5.1 juta.

Menurut Mkini.blogspot.com, ia menerima geram daripada Kedutaan Belanda di Malaysia,Canadian International Development Agency, NED, International Centre for Journalists,Free Voice, dan Friedrich Naumann Foundation, sebahagian daripada MDLF dan Perikatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive