Saturday, 22 September 2012

JAMBATAN KEDUA SULTAN YAHYA PETRA DIJANGKA SIAP TAHUN BARU CINA 2013 ???



KOTA BHARU- Rakyat Kelantan bersyukur dan teruja dengan pembukaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dijangka boleh digunakan sebelum sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Bagi masyarakat Kelantan, pembukaan itu menujukan keprihatinan rakyat Kerajaan Pusat yang tidak pernah meminggirkan negeri ini dengan menyediakan peruntukan pembangunan.

Pesara kerajaan, Mohd Lokman Ismail, 50, berkata pembukaan itu secara tidak langsung mengurangkan kesesakan di jambatan itu sebelum ini lebih-lebih lagi di musim perayaan.

Beliau yang berasal dari Wakaf Baru Tumpat berkata, dalam keadaan kini, masyarakat terpaksa berasak-asak menggunakan laluan itu selain cuba tidak melaluinya d iwaktu puncak.

“Pada waktu pagi atau petang, keadaan sesak, bayangkan jika ada kecemasan, kita terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk melepasi jambatan ini, manakala di musim perayaan keadaan jambatan ini sangat sesak dan kita terpaksa membuang masa beberapa jam untuk melepasinya,” katanya.

Sementara itu, bagai pekerja swasta, Mohd Azman Ibrahim ,28, berkata masyarakat setempat sudah lama menunggu pembukaan jambatan itu yang sebelum ini tertangguh atas faktor-faktor tertentu.

“Sudah tentu ia memudahkan orang ramai yang berulang alik dari kawasan Tumpat ke Kota Bharu, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang menyediakan kemudahan ini,” katanya.

Semalam Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makthar Mustapha berkata, buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.

Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan. SH


1 comment:

  1. Korok dio perihatin kerajaan pusat...jambatan hanya 800 meter dari 2007 tak siap2...jambatan pulau pinang 13km 3 thaun siap semua... Janji tak ditepati..Setopa tu only good for federal government...he is useless to kelantanese ppl..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive